Grand Prix Kanada 2011 (nama rasmi: Formula 1 Grand Prix du Canada 2011,[1] merupakan pusingan ketujuh Formula Satu musim 2011 dan diadakan di Circuit Gilles Villeneuve pada 12 Jun 2011.[2]
Perlumbaan ini dimenangi oleh pemandu McLaren, Jenson Button yang memintas pemandu Red Bull, Sebastian Vettel di pusingan terakhir. Perlumbaan ini mencatat rekod baru dengan menjadi perlumbaan terlama dalam sejarah F1 (4 jam, 4 minit dan 39 saat) setelah perlumbaan dikenakan bendera merah selama kira-kira dua jam disebabkan hujan lebat. Kereta keselamatan juga dihantar enam kali, sekaligus memecahkan rekod kali terbanyak penggunaan kereta keselamatan dalam satu perlumbaan.
Keputusan
Kelayakan
- ↑ – Jérôme d'Ambrosio gagal mencatatkan masa pusingan dalam batas 107% dalam kelayakan, tetapi dibenarkan berlumba setelah difahamkan bahawa beliau menggunakan casis baru selepas kemalangan dalam sesi latihan Jumaat,[3] di samping hakikat bahawa beliau mencatat masa di dalam batas 107% pada latihan pertama Jumaat.
Perlumbaan
- ↑ – Karthikeyan menamatkan perlumbaan di tempat ke-14 tetapi dikenakan penalti 20 saat selepas perlumbaan kerana memotong kawalan sesiku lalu mendapat kelebihan.
Rujukan