Grand Prix Singapura 2010 (nama rasmi: 2010 Formula 1 SingTel Singapore Grand Prix) adalah pusingan ke-15 Formula Satu musim 2010 dan juga temasya Grand Prix Singapura yang ketiga, diadakan di Litar Jalan Singapura pada 26 September 2010.[1] Pemandu Ferrari, Fernando Alonso mendahului setiap pusingan dari petak pertama sampai kemenangan kedua berturut-turut sambil beranjak ke tangga kedua dalam carta kejuaraan pemandu.[2] Kereta lumba Red Bull panduan Sebastian Vettel dan Mark Webber mengisi podium, dengan Webber mempertahankan dan menjauhkan lagi teraju kejuaraannya.
Keputusan
Kelayakan
Catatan
- ↑ – Nico Hülkenberg dikenakan penalti undur lima petak kerana menukar kotak gearnya selepas pusingan di Monza.
- ↑ – Felipe Massa gagal mencatat masa pusingan setelah terhenti di atas litar pada bahagian pertama sesi kelayakan.
- ↑ – Ferrari menggantikan kotak gear dan enjin Massa – kali kesembilan buat beliau musim ini – setelah terhenti dalam kelayakan; Massa tidak dapat dikenakan penalti kerana beliau sudah layak di tempat terakhir kerana gagal mencatat masa.[3]
Perlumbaan
Catatan
- ↑ – Adrian Sutil dikenakan penalti 20 saat selepas berlumba kerana mendapat kelebihan tak sah di selekoh ketujuh pada pusingan pertama.[4]
- ↑ – Berikutan bantahan oleh Force India, Nico Hülkenberg dikenakan penalti 20 saat selepas berlumba kerana mendapat kelebihan tak sah.[5]
Kedudukan selepas perlumbaan
- Kedudukan Kejuaraan Pemandu
|
- Kedudukan Kejuaraan Pengeluar
|
- Nota: Hanya lima kedudukan teratas dimasukkan dalam senarai.
Rujukan
Pautan luar