Panglima tertinggi, juga dipanggil pemerintah tertinggi, adalah orang yang menjalankan perintah dan kawal tertinggi ke atas sesebuah angkatan tentera atau cabang tentera. Sebagai satu istilah teknikal, ia merujuk kepada keupayaan tentera yang berada dalam kepimpinan eksekutif sesebuah negara – iaitu ketua negara atau ketua pemerintahan.
Peranan commander-in-chief berasal dari bahasa Latin, iaitu imperator. Para ImperatorRepublik Rom dan Empayar Rom memiliki kuasa imperium (pemerintahan). Dalam penggunaan moden, istilah ini pada mulanya digunakan oleh Raja England Charles I pada tahun 1639. Ketua negara sesebuah negara (monarki atau republik) biasanya memegang posisi commander-in-chief atas nama sahaja, walaupun kuasa eksekutif yang sebenar dipegang oleh ketua kerajaan yang berasingan. Didalam sistem berparlimen, badan eksekutif akhirnya bergantung kepada kehendak badan perundangan; meskipun badan perundangan tidak mengeluarkan arahan terus kepada angkatan tentera dan dengan itu tidak menguasai tentera dalam apa jua maksud. Para Gabenor Jeneral dan gabenor kolonial juga sering dilantik menjadi commander-in-chief angkatan tentera dalam jajahan mereka.
Commander in chief kadangkala dirujuk sebagai Supreme Commander, yang kadangkala digunakan sebagai satu istilah spesifik. Istilah ini juga digunakan untuk pegawai tentera yang memegang kuasa dan pengaruh berkenaan, bukan melalui pemerintahan diktator, dan sebagai orang bawahan kepada ketua negara (lihat Generalisimo). Istilah ini juga digunakan untuk pegawai yang memegang kuasa keatas perkhidmatan tentera atau didalam kancah operasi.
Ketua negara sebagai panglima tertinggi
Ini termasuklah ketua-ketua negara yang berikut:
Ketua eksekutif dengan mandat politik untuk membuat keputusan mengikut budi bicara, termasuk memerintah angkatan bersenjata.
Ketua negara yang bersifat istiadat (raja berperlembagaan, wizurai dan presiden di republik berparlimen) dengan kuasa lebihan substantif yang diperuntukkan terhadap angkatan bersenjata, bertindak dalam keadaan normal atas nasihat ketua eksekutif berperlembagaan dengan mandat politik untuk membuat keputusan mengikut budi bicara.
Arab Saudi
Perkara 60 Hukum Asas Arab Saudi menyatakan: "Raja adalah panglima tertinggi seluruh angkatan tentera. Baginda melantik para pegawai dan menamatkan perkhidmatan mereka mengikut undang-undang."
Perkara 61 selanjutnya menyatakan: "Raja mengisytiharkan darurat, pengerahan umum dan perang, dan undang-undang mentakrifkan peraturan ini."
Akhir sekali, Perkara 62 menyatakan: "Sekiranya terdapat bahaya mengancam keselamatan Kerajaan atau integriti wilayahnya, atau keselamatan rakyat dan kepentingannya, atau menghalang fungsi institusi negara, Raja boleh mengambil tindakan segera untuk menangani ancaman ini Dan sekiranya Raja menganggap tindakan ini patut diteruskan, baginda boleh melaksanakan peraturan-peraturan yang perlu untuk tujuan ini."
Tambahan pula, Perkara 80 memberikan Presiden Republik Rakyat China (sebagai tambahan kepada tugas-tugas istiadat ketua negara) kuasa untuk mengisytiharkan undang-undang tentera, mengisytiharkan perang, dan untuk mengeluarkan perintah pengerahan atas keputusan Kongres Rakyat Kebangsaan dan Jawatankuasa Tetapnya.[1]
Pengerusi CMC dan presiden adalah pejabat negara yang berasingan dan ia tidak selalunya dipegang oleh orang yang sama. Akan tetapi, bermula pada tahun 1993, semasa pemerintahan Jiang Zemin sebagai Pengerusi CMC dan Setiausaha Agung Parti Komunis, ia telah menjadi amalan standard Presiden, Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, dan Setiausaha Agung Parti dipegang oleh orang yang sama; walaupun sedikit perbezaan dari mula dan akhir tempoh masa untuk jawatan masing-masing bermakna terdapat beberapa pertindihan antara pemegang jawatan dan pendahulunya.
Semasa pemerintahan Republik Keempat, Perlembagaan 1973 yang diperkenalkan oleh Ferdinand Marcos telah mewujudkan sistem berparlimen yang memisahkan kuasa Eksekutif kepada dua, dengan perdana menteri mengekalkan jawatan pemerintah tertinggi dan presiden diturunkan sebagai ketua simbolik. Kenyataan Perkara VII, Bahagian 9 dalam perlembagaan sebelumnya membolehkan Marcos selaku pemerintah tertinggi untuk mengisytiharkanUndang-Undang Tentera dan menggantung writ habeas corpus pada 21 September 1972. Marcos juga mengeluarkan perintah, mengurniakan pangkat tentera jeneral lima bintang kepada presiden, sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Tentera. Beliau kemudiannya bertindak sebagai presiden dan perdana menteri sehingga tahun 1981, apabila undang-undang tentera ditarik balik dan Cesar Virata menggantikannya sebagai perdana menteri dan pindaan Perlembagaan 1973 dibuat untuk mengubahnya kepada sistem separa-presiden yang kuat dimana jawatan panglima tertinggi secara rasminya dipulangkan ke presiden. Salvador Laurel adalah perdana menteri terakhir Filipina apabila jawatan itu dimansuhkan selepas Revolusi Kuasa Rakyat 1986, dan kuasa eksekutif sekali lagi digabungkan dengan jawatan Presiden.
Di Perancis, presiden Republik ditetapkan sebagai "Chef des Armées" (secara harfiah "Ketua Angkatan Tentera") dibawah perkara 15 perlembagaan, dan dengan itu badan berkuasa eksekutif tertinggi bagi hal ehwal ketenteraan. Perkara 16 memberikan presiden dengan kuasa darurat yang luas.[3]
Akan tetapi, disebabkan sifat sistem separa presiden, perdana menteri juga memiliki kuasa perlembagaan dibawah perkara 21: "Beliau akan bertanggungjawab bagi pertahanan negara" dan mempunyai "kuasa untuk membuat peraturan dan membuat pelantikan jawatan awam dan tentera".[3]
Sejak pemerintahan Louis XIV, pihak-pihak berkuasa Perancis adalah terpusat. Selepas menumpaskan ahli bangsawan tempatan yang terlibat dalam warlordisme, raja-raja Perancis mengekalkan semua autoriti dengan pertolongan dua perdana menteri yang bijak pandai (Mazarin, dan Richelieu).
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera India terletak pada Presiden India, walaupun kuasa dan tanggungjawab eksekutif untuk pertahanan negara berada pada Kabinet India yang dikepalai oleh Perdana Menteri. Kuasa mengalir kepada Kementerian Pertahanan, dipimpin oleh Menteri Pertahanan, yang menyediakan kerangka dasar dan sumber-sumber untuk Angkatan Tentera menunaikan tanggungjawab mereka dalam konteks pertahanan negara.
Pada 15 Ogos 1947, setiap perkhidmatan tentera diletakkan dibawah panglima masing-masing. Pada tahun 1955, ketiga-tiga panglima perkhidmatan telah ditetapkan semula sebagai Ketua Turus Tentera Darat (berpangkat Jeneral), Ketua Turus Tentera Laut (berpangkat Laksamana Madya) dan Ketua Turus Udara (berpangkat Marsyal Udara) dengan Presiden sebagai Pemerintah Tertinggi. Ketua Turus Udara telah dinaikkan pangkat Ketua Marsyal Udara pada tahun 1965 dan Ketua Turus Tentera Laut dinaikkan pangkat ke Laksamana pada tahun 1968.
Angkatan Tentara Indonesia mempunyai tiga cabang perkhidmatan: Angkatan Darat Indonesia, Angkatan Laut Indonesia (termasuk Korps Marinir Indonesia), dan Angkatan Udara Indonesia. Setiap cabang perkhidmatan dikepalai oleh seorang Ketua Turus (juga berpangkat 4-bintang) yang mempunyai tugas mengembangkan profesionalisme perajurit dalam setiap cabang. Akan tetapi, kuasa memerintah dipegang oleh Panglima Angkatan Tentara Indonesia. Panglima TNI mengarah kuasa memerintah kepada Komando Utama Tempur daripada semua cabang perkhidmatan seperti Markas Pasukan Khusus , Markas Strategik Angkatan Darat, Markas Wilayah Tentera, Markas Armada, Markas Angkutan Laut , Markas Pertahanan Udara Nasional dan Markas Operasi Angkatan Udara. Panglima TNI dilantik oleh presiden dari kalangan ketua-ketua staf (Angkatan Darat, Angkatan Laut, atau Angkatan Udara) dan mesti mendapat kelulusan dari Dewan Perwakilan. Ketua staf juga dilantik oleh presiden dari kalangan pegawai kanan tentera. Presiden selaku pemerintah tertinggi juga mempunyai kuasa dalam pertukaran dan kenaikan pangkat para pegawai kanan tentera semasa bertugas. Menteri Pertahanan mempunyai tanggungjawab untuk membantu presiden dalam hal ehwal pertahanan dan mencipta dasar-dasar tentang kebenaran penggunaan angkatan tentera, mengurus bajet pertahanan, dll. Bagi kebenaran penggunaan angkatan tentera atau pengisytiharan perang, presiden mesti mendapatkan kelulusan dari Dewan Rakyat. Panglima TNI memberi cadangan kepada menteri pertahanan dalam mewujudkan dasar-dasar pertahanan negara.
Sebelum tahun 1979, Baginda Raja Shah adalah Panglima Tertinggi Iran. Selepas pengasasan Republik Islam, presiden Iran pada awalnya dilantik ke jawatan itu, dengan Abolhassan Bani Sadr menjadi Panglima Tertinggi yang pertama. Bagaimanapun, Abolhassan Bani Sadr telah didakwa pada 22 Jun 1981. Selepas peristiwa itu peranan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Republik Islam Iran telah diberikan kepada Pemimpin Agung Iran.
Itali
Perlembagaan Itali, dalam Perkara 87, menyatakan bahawa Presiden Republik:
"adalah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera dan pengerusi majlis pertahanan tertinggi yang dibentuk oleh undang-undang; beliau mengisytiharkan perang mengikut keputusan parlimen".[4]
Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa jawatan Pemerintah Tertinggi hendaklah disekalikan dengan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara:
Perkara 41, Perlembagaan Persekutuan- Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.
Parlimen Persekutuan meluluskan Akta Angkatan Tentera Persekutuan untuk menyatukan semua peraturan kedalam satu undang-undang bagi mentadbir ketiga-tiga perkhidmatan ( Tentera Darat, Tentera Laut, dan Tentera Udara ). Ia menetapkan fungsi dan dan tugas-tugas Ketua Utama Negara dalam kapasitinya sebagai Pemerintah Tertinggi.
Pakistan
Di Republik Islam Pakistan, sebelum Perlembagaan 1973, ketua angkatan tentera, iaitu Ketua Turus Tentera Darat, telah dirujuk sebagai "Panglima Tertinggi".:105[5] Istilah ini digantikan dengan "Ketua Turus" pada 20 Mac 1972:62[6] Ketua Turus adalah pegawai empat bintang dengan tempoh masa 3 tahun, tetapi boleh dilanjutkan atau diperbaharui tempoh. Ketua-Ketua Turus Tentera Darat/Udara/Laut dilantik oleh Perdana Menteri Pakistan dan disahkan oleh Presiden Pakistan.
Seperti kebanyakan monarki Eropah yang masih tinggal, kedudukan raja Sepanyol sebagai ketua nominal angkatan tentera berasal sejak berabad-abad lamanya.
Kerajaan hendaklah melaksanakan dasar luar negara dan domestik, sivil dan pentadbiran tentera dan pertahanan Negara[10]
Dan Perkara 98 pula menyatakan komposisi kerajaan (Raja bukan anggota). Tiada peruntukan dalam perlembagaan memerlukan Raja/kerajaan untuk mendapatkan kelulusan daripada Cortes Generales sebelum menghantar angkatan tentera ke luar negara.[10]
Sejak tahun 1984, ketua turus pertahanan ialah ketua profesional angkatan tentera dan, dibawah kuasa menteri pertahanan, bertanggungjawab bagi operasi ketenteraan dan organisasi tentera.
"Ketua Angkatan Tentera Thai" (Bahasa Thai: จอมทัพไทยcode: th is deprecated ; RTGS: Chom Thap Thai) adalah jawatan tertinggi tentera yang diberi hak kepada Raja Thailand, telah disandang oleh Raja Bhumibol Adulyadej sehingga kemangkatannya pada Oktober 2016, selaku raja pemerintah dan ketua negara adalah panglima tertinggi Angkatan Tentera Diraja Thai.[11]
Turki
Presiden Republik Turki mempunyai hak berperlembagaan untuk mewakili Pemerintahan Tertinggi Angkatan Tentera Turki, bagi pihak Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki, dan untuk mengerah Angkatan Tentera Turki, untuk melantik Ketua Turus Am, untuk memanggil Majlis Keselamatan Negara bersidang, untuk mempengerusi Majlis Keselamatan Negara, untuk mengisytihar undang-undang tentera atau darurat, dan untuk mengeluarkan dekri yang mempunyai kuasa undang-undang, atas keputusan mesyuarat Jemaah Menteri dibawah kepimpinannya. Dengan semua isu-isu yang tertulis dalam Perlembagaan Turki, hak-hak eksekutif diberi kepada presiden Republik Turki yang merupakan pemerintah tertinggi tentera.
Monarki British adalah "KetuaAngkatan Tentera"[12] dan juga dirujuk sebagai "Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Seri Paduka Baginda".[13] Pemerintahan raja berperlembagaan yang paling lama, namun, telah memberi hak kuasa eksekutif de facto, dengan menjalankan kuasa Prerogatif Diraja, pada Perdana Menteri dan Setiausaha Negara bagi Pertahanan. Perdana Menteri (bertindak dengan sokongan Kabinet) membuat keputusan penting mengenai penggunaan angkatan tentera.[14][15] Walau bagaimanapun Baginda Ratu kekal sebagai "penguasa mutlak" keatas tentera, dengan para pegawai dan anggota mengangkat sumpah taat setia hanya kepada ratu.[16]
Penyandang jawatan lain sebagai panglima tertinggi atau situasi yang lain
Jerman
Republik Persekutuan, pada masa kini (1956-)
Selepas penenteraan semula Jerman Barat pada tahun 1955, negara itu menyertai NATO, Hukum Asas Republik Persekutuan Jerman telah dipinda pada 1956 untuk memasukkan syarat-syarat perlembagaan bagi pemerintahan angkatan tentera.
Pada masa aman, dibawah Perkara 65a, Menteri Pertahanan Persekutuan (Jerman: Bundesminister der Verteidigungcode: de is deprecated ) memegang kuasa pemerintahan tertinggi (Jerman: Inhaber der Befehls- und Kommandogewalt - IBuKcode: de is deprecated ) terhadap Bundeswehr.[17]
Jika Bundestag mengisytiharkan darurat (Jerman: Verteidigungsfallcode: de is deprecated ), Canselor Persekutuan, dibawah Perkara 115b, akan mengambil alih kuasa pemerintahan tertinggi angkatan tentera.[17] Sehingga tahun 2019, perkara ini tidak pernah terjadi.
Presiden Jerman tidak mempunyai sebarang peranan dalam pemerintahan angkatan tentera, namun beliau terus menerima penghormatan beristiadat disebabkan kedudukannya sebagai ketua negara.
Rasional meletakkan kuasa pemerintahan terus ke atas angkatan tentera dengan menteri yang bertanggungjawab terhadap institusi ketenteraan, dan oleh itu melanggar tradisi lama perlembagaan Jerman dalam kedua-dua sistem monarki dan republik sebelumnya yang meletakkan pada ketua negara, adalah kerana dalam sistem demokrasiberparlimen,
kuasa pemerintahan hendaklah secara langsung berada dimana ia akan dikuatkuasakan dan dimana ia tertakluk kepada kawalan parlimen Bundestag pada setiap masa. Dengan memberi terus kepada menteri yang bertanggungjawab, bukannya pada Canselor Persekutuan, ia juga bermaksud bahawa hal ehwal ketenteraan adalah salah satu tanggungjawab bersepadu kerajaan; berbeza sekali sebelum ini apabila bahagian institusi ketenteraan diasingkan dari pentadbiran awam yang membenarkan pemimpin dahulu bertindak sebagai daulah terpendam (berbeza dengan Republik Persekutuan, Republik Weimar bermula dengan pakatan Ebert–Groener, yang mengekalkan institusi ketenteraan sebagai satu kuasa autonomi di luar kawalan politik; pilihanraya tahun 1925 menyaksikan Paul von Hindenburg sebagai Reichpräsident, dikelilingi oleh pengampu-pengampu dan komplot Kurt von Schleicher, tidak banyak dilakukan untuk menterbalikkan trend tersebut).[18][19]
Dibawah posisi ketua negara, setiap cabang tentera (Jerman: Teilstreitkraftcode: de is deprecated ) mempunyai ketuanya sendiri yang melapor terus kepada ketua negara dan memegang pangkat tertinggi dalam perkhidmatannya; dalam Reichsheer - Generalfeldmarschall, dan dalam Reichsmarine - Grossadmiral.
Selepas Canselor Adolf Hitler mengambil alih kuasa sebagai Führer[20] (selepas kematian Presiden Paul von Hindenburg), beliau kemudian mengurniakan menteri perangnya, GeneralfeldmarschallWerner von Blomberg, jawatan Panglima Tertinggi Angkatan Tentera pada tahun 1935, apabila pengerahan tentera diperkenalkan semula. Bagaimanapun, pada tahun 1938 disebabkan oleh Peristiwa Blomberg–Fritsch, Hitler menarik balik jawatan panglima tertinggi, membubarkan jawatan menteri perang dan mengambil alih sendiri pemerintahan tertinggi Angkatan Tentera. Jawatan menteri perang telah diambil alih secara de facto oleh Oberkommando der Wehrmacht, yang diketuai oleh Generalfeldmarschall Wilhelm Keitel sehingga penyerahan kalah Jerman.
adakah Presiden Presidium Perhimpunan Agung Rakyat, dibawah perkara 117 perlembagaan mengarah kerja-kerja presidium, mewakili negara, dan mengiktiraf para diplomat Korea Utara dan menerima watikah dari diplomat asing;[26]
atau adakah Pengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara dalam perkara 100 dinyatakan sebagai "institusi tentera tertinggi Negara dan institusi bagi kawalan utama terhadap pertahanan nasional Republik Demokratik Rakyat Korea"?[27]
Walau bagaimanapun, perlembagaan Korea Utara, dalam perkara 102, adalah jelas menyatakan perintah rasmi angkatan tentera:
Pengerusi secara rasminya dipilih oleh Perhimpunan Agung Rakyat (perkara 91:5[28]) dan berkhidmat bagi tempoh lima tahun (perkara 101[27] & 90:1[28]); tetapi mengikut amalan, jawatan ini adalah warisan Dinasti Kim, apabila mendiang Kim Jong-il selepas mati ditetapkan sebagai "pengerusi abadi Suruhanjaya Hal Ehwal Negara", manakala anaknya, Kim Jong-un, telah dilantik sebagai "pengerusi pertama Suruhanjaya Hal Ehwal Negara".[29]
Lihat juga
Di dalam NATO dan Kesatuan Eropah, istilah Chief of Defence (CHOD) lazimnya digunakan sebagai satu sebutan generik bagi jawatan tertinggi yang disandang oleh seorang pegawai profesional tentera yang aktif bertugas, tanpa mengira gelaran sebenar atau kuasanya.
^Singh, Ravi Shekhar Narain Singh (2008). "Military and Politics". The Military Factor in Pakistan(googlebooks) (dalam bahasa Inggeris) (ed. 1st). London, UK: Lancer Publishers. m/s. 550. ISBN9780981537894. Dicapai pada 24 July 2017.
^Gesetz über das Staatsoberhaupt des Deutschen Reichs, 1 August 1934: "§ 1 The office of the Reichspräsident is merged with that of the Reichskanzler. Therefore, the previous rights of the Reichspräsident pass over to the Führer and Reichskanzler Adolf Hitler. He names his deputy."
^"職種 Branches of Service" (dalam bahasa Japanese). Tokyo: Japan Ground Self-Defense Force. 2012. Dicapai pada 15 July 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
^自衛隊: 組織 [JSDF: Organization]. Nihon Daihyakka Zensho (Nipponika) (dalam bahasa Japanese). Tokyo: Shogakukan. 2012. OCLC153301537. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 August 2007. Dicapai pada 2012-07-15.CS1 maint: unrecognized language (link)