Perdana Menteri Perancis (bahasa Perancis: Premier ministre français) di Republik Kelima adalah ketua kepada pemerintah negaranya yang turut merangkumi kementerian utama dalam Perancis.[1] Semasa Republik Ketiga dan Keempat, ketua jawatan dalam kerajaan dipanggil Presiden Majlis Menteri-menteri (bahasa Perancis: Président du Conseil des Ministres), secara amnya dipendekkan kepada Presiden Majlis (bahasa Perancis: Président du Conseil).
Perdana Menteri mencadangkan senarai menteri kepada Presiden Republik. Ketetapan dan keputusan Perdana Menteri, seperti hampir semua keputusan eksekutif, adalah tertakluk kepada pengawasan sistem mahkamah pentadbiran. Beberapa dekri diambil selepas nasihat daripada Majlis Negeri (Bahasa Perancis: Conseil d'État). Semua perdana menteri mempertahankan program kementerian mereka, dan membuat pilihan belanjawan. Michel Barnier merupakan penjawat terkini kerusi ini sejak 8 Julai 2024 setelah peletakkan jawatan Gabriel Attal.