Perdana Menteri Angola merupakan pegawai tinggi kerajaan di Angola, tetapi bukan ketua kerajaan.
Bersama dengan menteri-menteri yang lain, Perdana Menteri adalah dilantik oleh Presiden. Jawatan ini dicipta semasa Angola memerolehi kemerdekaan daripada Portugal pada 11 November 1975, tetapi dimansuhkan pada tahun 1978 semasa Presiden Agostinho Neto mengukuhkan kuasa sendiri. Angola tidak mempunyai perdana menteri sehingga tahun 1991, semasa Presiden José Eduardo dos Santos memulihkan jawatan ini selepas menandatangani perjanjian damai dengan parti pembangkang. Jawatan ini juga kosong dari 1999 hingga 2002.
Senarai Perdana Menteri
Lihat juga