Avenue des Champs-Élysées (Sebutan Perancis: [ʃɑ̃zeliˈze](dengar)) adalah sebuah lebuh berprestij yang terletak di Paris, Perancis. Dengan dihiasi dengan panggung, kafé, kedai-kedai khas mewah dan pokok berangan, Avenue des Champs-Élysées menjadi salah satu jalan yang paling terkenal di dunia, dengan kadar sewanya setinggi AS$1.5 juta bagi setiap 1,000 kaki persegi (92.9 meter persegi) ruang. Ia kekal menjadi jalur hartanah paling mahaldi Eropah.[1][2] Namanya yang bermaksud padang Elysion di dalam bahasa Perancis, adalah sebuah tempat kematian bertuah dalam mitologi Yunani.
Avenue des Champs-Élysées juga dikenali dalam bahasa Perancis sebagai La plus belle avenue du monde ("Lebuh paling cantik di dunia").[3] Ketibaan rangkaian kedai berjenama global sejak beberapa tahun lepas sedikit sebanyak mengubah karekternya, dan dalam usaha pertama bagi menahan perubahan-perubahan ini, Kota Paris (yang mana memanggil trend ini sebagai "banalisation") pada tahun 2007 telah memutuskan untuk menghalang rangkaian pakaian dari Sweden, H&M dari membukakedai di lebuh ini.[2] Bagaimanapun pada tahun 2008, rangkaian pakaian dari Amerika Syarikat, Abercrombie & Fitch telah diberi kebenaran untuk membuka kedai di sini.[4]
Rujukan
^Stretches of New York City's Fifth Avenue contain the world's most expensive real estate.