Sokongan Logistik, yang mempunyai status berasingan sendiri
Terdapat dua lagi "cabang pasukan berasingan", iaitu Pengawal Kebangsaan dan Pasukan Sempadan. Ia mengekalkan status sah "Angkatan Tentera", selama berada diluar bidang kuasa Staf Am Angkatan Tentera Persekutuan Rusia. Pengawal Kebangsaan dibentuk dari Pasukan Dalam Negeri Rusia. Struktur baru ini telah dipisahkan dari Kementerian Dalam Negeri kepada sebuah agensi berasingan, berada terus dibawah Presiden Rusia. Pasukan Sempadan ialah organisasi separa tentera Khidmat Keselamatan Persekutuan - iaitu agensi utama perisikan dalam negeri. Kedua-dua organisasi mempunyai tugas masa perang yang penting selain aktiviti utama masa aman dan mengendalikan unit-unit darat, udara dan maritim mereka sendiri.
Jumlah anggota ditentukan oleh dekriPresiden Rusia. Pada 1 Januari 2008, sejumlah 2,019,629 anggota, termasuk 1,134,800 anggota tentera, telah ditetapkan.[7] Pada tahun 2010 Institut Antarabangsa bagi Kajian Strategik (IISS) menganggarkan Angkatan Tentera Rusia berjumlah kira-kira 1,027,000 askar aktif dan sekitar 2,035,000 askar simpanan (kebanyakannya bekas kerahan).[8] Berbanding dengan anggota yang ditentukan oleh dekri, jumlah sebenar anggota pada senarai gaji telah dilaporkan oleh Jabatan Audit Rusia sebagai 766,000 pada Oktober 2013.[9][10] Sehingga Disember 2016, pihak angkatan tentera berada pada 93 peratus tenaga manusia yang diperlukan, naik daripada 82 peratus yang dilaporkan pada Disember 2013.[11]
Menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm, antara tahun 2005-2009 dan 2010-2014, eksport senjata utama Rusia meningkat sebanyak 37 peratus;[12] Rusia membelanjakan $66.4 bilion untuk senjata pada tahun 2015,[13] kemudian $69.2 bilion pada 2016, telah mengambil tempat ke-3 (selepas A.S. dan China).[14] Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, sumbangan senjata moden dalam Angkatan Tentera mencapai dari 26 hingga 48 peratus dikalangan kategori pasukan yang berlainan pada Disember 2014.[15] Ia meningkat ke 30.5–70.7% pada bulan Julai 2015.[16] Purata ialah 61.5 peratus pada akhir tahun 2018.[17][18]
^Masters, Jonathan (28 September 2015). "The Russian Military". Council on Foreign Relations. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2017. Dicapai pada 17 Ogos 2017: This source cites the IISS Military Balance for 2014.CS1 maint: postscript (link)
^"766,055". RIA Novosti. 31 Oktober 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2017. Dicapai pada 13 April 2017 – melalui russiandefpolicy.blog.
^The potential reserve personnel of Russia may be as high as 20 million, depending on how the figures are counted. However, an est. 2 million have seen military service within the last 5 years.
Rujukan
"How are the mighty fallen". The Economist. 2–8 July 2005. pp. 45–46.
Russia's Military Analysis A very comprehensive online database of modern Russian arms and military technologies. Website also has discussion forums, videos and more.
Что такое современная армия России [What is the modern army of Russia]. Vlast (dalam bahasa Rusia). Kommersant (7(610)). 21 February 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2007. Dicapai pada 20 September 2008.