Angkatan Tentera Arab Syria (Arab: القوات المسلحة العربية السورية) adalah pasukan bersenjata di Republik Arab Syria. Ia terdiri daripada Tentera Darat Arab Syria, Tentera Laut Arab Syria, Tentera Udara Arab Syria, Pasukan Pertahanan Udara Arab Syria, dan beberapa pasukan para-tentera seperti Pasukan Pertahanan Kebangsaan. Berdasarkan kepada perlembagaan Syria, Presiden Syria merupakan Panglima Angkatan Tentera.
Pasukan tentera berdasarkan sistem kerahan; rakyat lelaki memasuki tentera apabila berumur 18 tahun, tetapi dikecualikan sekiranya mereka tiada adik beradik lelaki yang boleh menjaga ibu bapa mereka. Sejak Perang Saudara Syria, jumlah anggota tentera kerahan dalam pasukan angkatan tentera berkurang sebanyak separuh sebelum perang iaitu 325,000 kepada 150,000 orang dalam tentera darat pada Disember 2014, di sebabkan meninggal dunia, melarikan diri dan mengelakkan diri dari dikerah,[2] mencecah antara 178,000 hingga 220,000 orang dalam tentera darat,[6] selain 80,000 hingga 100,000 tentera bukan tetap.
Nota
Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan pemerintah Amerika Syarikat dalam domain awam.
Rujukan
Bacaan lanjut
Pautan luar
Templat:Syrian security forces
Templat:Syria topics