Jamahiriyah Rakyat Sosialis Arab Libya (1977–1986) الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الاشتراكية al-Jamāhīrīyah al-'Arabīyah al-Lībīyah ash-Sha'bīyah al-IshtirākīyahJamahiriyah Rakyat Sosialis Agung Arab Libya (1986–2011) الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الإشتراكية العظمى al-Jamāhīrīyah al-'Arabīyah al-Lībīyah ash-Sha'bīyah al-Ishtirākīyah al-'Uẓmá
Nama rasmi negara Libya banyak ditukar beberapa kali sepanjang pemerintahan Muammar Gaddafi, mula-mulanya sebagai Republik Arab Libya sehingga 1977 di mana Jamahiriya Arab Libya Rakyat Sosialis (Socialist People's Libyan Arab Jamahariya).[1]Jamahiriya merupakan istilah khusus dipakai Gaddafi[1] yang sering ditakrifkan sebagai "negara masyarakat". Negara ini dinamakan semula sekali lagi sebagai Jamahiriya Rakyat Sosialis Raya Arab Libya (Great Socialist People's Libyan Arab Jamahiriya) pada tahun 1986 setelah berlakunya serangan Amerika Syarikat ke atas negara tersebut pada tahun itu.
Rencana ini mencakupi banyak fasa dalam pemerintahan Gaddafi terhadap negara Libya sejak beliau menggulingkan Raja Idris I dalam suatu rampasan kuasa yang aman dan penghapusan kerajaan baginda sehinggalah beliau digulingkan dan terbunuh dalam peperangan menentang pemberontak pimpinan Majlis Peralihan Kebangsaan pada 2011.
Penggulingan Raja Idris
Pada 1 September 1969, sekumpulan 70 orang dalam kalangan pegawai tentera muda mengambil alih kerajaan dari Benghazi lalu mengyistiharkan terhapusannya pemerintahan raja di Libya. Unit-unit tentera cepat bergerak menyokong rampasan kuasa ini sehingga mampu mengukuhkan kuasa di Tripoli dan di serata negara itu..Tiada kegenasan mahupun kematian yang berlaku dari reampasan kuasa ini, bahkan penggulingan kuasa ini sangat diraikan terutamanya dalam kalangan rakyat muda di bandar-bandar.[2]
Republik Arab Libya (1969–1977)
Jamahiriya Rakyat Sosialis Raya Arab Libya (1977–2011)
Jamahiriya Sosialis Agung Rakyat Arab Libya
الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الإشتراكية العظمى al-Jamāhīrīyah al-'Arabīyah al-Lībīyah ash-Sha'bīyah al-Ishtirākīyah al-'Uẓmá
2 Mac 1977, Kongres Agung Rakyat, dengan perintah Gaddafi diterima-pakai "Deklarasi dengan penubuhan Pihak Berkuasa Rakyat"[4][5] dan diistiharkan Jamahiriya Sosialis Rakyat Libya (Arab: الجماهيرية العربية الليبية الشعبية الاشتراكيةcode: ar is deprecated [6]al-Jamāhīrīyah al-'Arabīyah al-Lībīyah ash-Sha'bīyah al-Ishtirākīyah). Dalam falsafah politik rasmi semasa pemerintahan Gaddafi, sistem "Jamahiriya" adalah unik di negara ini, meskipun ia dipersembahkan sebagai Teori Antarabangsa Ketiga, yang telah dicadangkan oleh Gaddafi untuk diguna pakai di seluruh Dunia Ketiga. Kongres Agung Rakyat juga mewujudkan jawatan Setiausaha Agung Majis Agung Rakyat, terdiri daripada sisa-sisa anggota Majlis Markas Revolusi yang dibubarkan, dengan Gaddafi memegang jawatan sebagai setiausaha agung, dan juga melantik Jawatankuasa Agung Rakyat, yang mana mengantikan Majlis Menteri-Menteri, yang mana penyandang jawatannya dikenali sebagai setiausaha dan bukannya menteri.