Lynx ranges: red = Iberian, purple = Canadian, green = Bobcat, orange = Eurasian
Lynx (disebut [lɪŋks, lingks])[2] adalah salah satu daripada empat spesies dalam genus kucing liar saiz sederhana yang juga bernama Lynx. Haiwan dalam genus ini menonjol berbanding kucing-kucing besar lain melalui rupa berbulu panjang di hujung telinga serta misai yang panjang.
Nama lynx menyerap bahasa Latin dari akar kata Yunani λύγξ,[2] yang diertikan sebagai "terang" merujuk kepada sifat mata haiwan ini yang memantulkan cahaya terkesan.[3]
Ciri
Setiap spesies dalam genus Lynx mempunyai kadar tumbesaran tertentu yang diperhatikan dari satu jenis ke satu jenis yang lain:
Haiwan ini biasanya hidup menyendiri, namun sekali-sekala boleh berkawanan bersama berpindah dari satu tempat ke satu tempat lebih selesa atau memburu. Ia sering membina sarangannya di celah rekahan batu atau timbunan kayu.
Pasangan jantan betina mengawan pada akhir musim sejuk. Seekor lynx betina hamil dalam sekitar 70 hari melahirkan antara satu hingga empat ekor anak dalam setahun. Anak-anak ini cepat membesar di mana ia kekal tinggal bersama induknya semusim sejuk sebelum ia dapat berdikari sendiri sebagai dewasa muda.
Hubungan dengan manusia
Kepercayaan
Ciri mata haiwan ini yang kelihatan terang ada dikaitkan sebagai perlambangan kepada ketajaman akal dapat melihat mana yang benar dari yang salah,[10] bahkan sehingga ada yang percaya ia dapat melihat melalui tembok dinding.[11]
Air kencing tinjaan haiwan ini pernah dipercayai pada Zaman Pertengahan mampu memberikan penawar apabila ia terkumpul dalam bentuk galian disebutkan sebagai lyncurium[12] atau lapis lyncurius,[11] batu ini dipercayai mampu mengubat demam kuning serta melegakan batu karang terkumpul di buah pinggang.
^Johnson, Christopher (2011). "Lynx pardinus – Spanish lynx". Animal Diversity Web. University of Michigan Museum of Zoology. Dicapai pada May 29, 2011.
^politis (2016-04-04). "Animal Facts: Canada Lynx". Canadian Geographic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-01-01.