Kucing pasir (nama saintifik: Felis margarita)[2][3] sejenis kucing yang ditemukan bertaburan meluas di gurun berpasir dan berbatu Afrika Utara, Asia Barat, dan Asia Tengah.[4] Ia suka duduk di kawasan datar yang sedikit rumput atau semak.[5]
Badan kucing pasir kecil dengan ukuran panjang 39–52 sentimeter, 24–36 sm tinggi dari paras bahu ke bawah dan berat 1.5–3.4 kg. Ekornya berukuran 23–31 sm. Kepalanya lebar dengan telinga rendah berukuran 5–37 sm panjang.[3] Telinganya lebih berbulu dan panjang daripada telinga kucing Pallas.[3]
Bulu kucing pasir berwarna kuning air atau kuning pasir. Kepalanya berwarna keperangan,[6] tetapi bahagian bawahnya kuning air. Keliling hidungnya, tengkuk dan perutnya juga berwarna kuning air. Kaki-kakinya berjalur perang atau kehitaman, ekornya ada hujung berwarna hitam dan 2 atau 3 gelang hitam.[7]
Tabiat
Pemakanan
Kucing pasir yang duduk di kawasan Ténéré tengah Gurun Sahara ditemukan memangsakan tikus kecil dan anak kelinci tanjung. Makanan yang berlebihan ditanam untuk disimpan kemudian. Kucing pasir mendapat bekalan airnya daripada daging haiwan dimangsakan, tetapi ia juga boleh minum air jika ada.[5]
^ abDragesco-Joffé, A. (1993). "Le chat des sables, un redoutable chasseur de serpents" [Kucing pasir, pemburu ular menggerunkan]. La Vie Sauvage au Sahara [Hidupan liar Sahara]. Lausanne dan Paris, Perancis: Delachaux et Niestlé. m/s. 129–133. ISBN978-2603008713.