Anjing laut (Jawi: انجيڠ لاءوت; pinjam terjemahBelanda: zeehond[2]) ialah sejenis mamalia dua alam dan berkaki sirip dalam kladPinnipedia.[3] Banyak spesies mendiami perairan sejuk dan berais kawasan-kawasan kutub Hemisfera Utara dan Selatan. Ada 34 spesies anjing laut yang masih hidup.[4]
Taksonomi
Nama klad Pinnipedia dijejak kepada kata-kata bahasa Latinpinna "sirip" dan pes, pedis "kaki"[5] bermaksud "kaki yang seperti sirip".[3] Nama tersebut diberikan sebagai nama keluarga atau nama order oleh ahli zoologi Jerman bernama Johann Karl Wilhelm Illiger.[6]
Ciri-ciri
Badan anjing laut berbentuk torak dan bergaris arus dengan cuping telinga yang kecil atau tiada langsung, kakinya berbentuk sirip dan ekornya kecil. Kepalanya bulat dan lehernya boleh berpaling.[7][8] Alat sulit dan kelenjar mamarinya boleh disentap balik.[7]
Ia mempunyai indera yang sangat kuat di hujung misainya. Misai anjing laut mempunyai sepuluh kali lebih banyak saraf berbanding misai mamalia darat yang membantu mengesan getaran dalam air[9] dihasilkan ikan yang berenang. Pengesanan getaran ini berguna ketika mencari makanan terutamanya dalam persekitaran air yang gelap.[10]
^Scheffer, Victor B. (1958). Seals, Sea Lions, and Walruses: A Review of the Pinnipedia. Stanford University Press. m/s. 52. ISBN978-0-8047-0544-8.
^ abBerta, A. "Pinnipedia, overview" dalam Perrin, William F.; Würsig, Bernd; Thewissen, J. G. M., penyunting (2009). Encyclopedia of Marine Mammals (ed. ke-2). Academic Press. m/s. 881–884. ISBN978-0-12-373553-9.
^Karleskin, G.; Turner, R. L.; Small, J. W. (2009). Introduction to Marine Biology. Cengage Learning. m/s. 328. ISBN978-0-495-56197-2.
^Schusterman, R. J.; Kastak, D.; Levenson, D. H.; Reichmuth, C. J.; Southall, B. L. (2000). "Why pinnipeds don't echolocate". The Journal of the Acoustical Society of America. 107 (4): 2256–64. Bibcode:2000ASAJ..107.2256S. doi:10.1121/1.428506. PMID10790051.
^Roffe, B. R.; Mate (1984). "Abundances and feeding habits of Pinnipeds in the Rogue River, Oregon". The Journal of Wildlife Management. 48 (4): 1262–1274. doi:10.2307/3801787. JSTOR3801787.
^Berta, Annalisa (2012). Return to the Sea: The life and evolutionary times of marine mammals. University of California Press. m/s. 76–78. ISBN978-0-520-27057-2.