Penguin (Jawi: ڤيڠݢوءينcode: ms is deprecated ) merupakan sejenis burung akuatik yang tidak dapat terbang dan banyak hidup di kawasan beriklim sejuk dalam Hemisfera Selatan; ia tergolong dalam keluargaSpheniscidae dan orderSphenisciformes.[1]
Bilangan spesies burung penguin masih didebatkan. Bergantung pada pihak mana yang diikuti, kepelbagaian burung penguin berbeza-beza antara 17 dan 20 spesies, semuanya dalam subfamili Spheniscinae. Sesetengah sumber menganggap spesies white-flippered penguin (penguin berkaki sirip putih) sebagai spesies Eudyptula berasingan, sementara yang lain memperlakukan ia sebagai subspesies Little Penguin;[4][5] keadaan yang sebenar kelihatan lebih sukar.[6] Begitu juga, masih kurang jelas sama ada burung penguin diraja hanya morf warna burung penguin makaroni. Yang juga layak untuk menjadi spesies berasingan ialah populasi utara rockhopper penguin.
Aptenodytes forsteri atau "penguin maharaja" (emperor penguin) merupakan penguin paling besar yang ada[7] dengan saiz purata dewasa setinggi 1.1 m (3 ka 7 in) dan seberat 35 kg (77 lb); Eudyptula minor atau "penguin kecil" (little blue penguin) pula spesies terkecil dengan badan setinggi sekitar 33 cm (13 in) dan berat sekitar 1 kg (2.2 lb).[8]
Kesemua burung-burung penguin berkongsi ciri sama di mana bahagian sayap dan belakang berwarna hitam dan bahagian belakang berwarna putih. Hal ini demikian untuk tujuan penyamaran:[9]pemangsa-pemangsa dasar laut tidak mampu mengenalpasti dengan mudah badan-badan burung yang berenang dari permukaan air yang terang disinari matahari sementara burung penguin tidak mudah dikenalpasti dalam kegelapan laut jika dilihat jauh dari tempat tinggi.
Penguin mempunyai deria pendengaran yang sederhana dalam kalangan spesies burung[10] yang digunakan untuk saling menyahut antara yang dewasa dengan yang anak di kelompok sarang yang padat dihuni beribu-ribu ekor burung.[11]
Pergerakan
Tubuh badan penguin sangat disesuaikan untuk ia hidup bergantung kepada lautan dan segala sumbernya.[12] Sayapnya merupakan pendayung dan tidak boleh terbang. Di daratan, penguin menggunakan ekor dan sayapnya untuk menjaga keseimbangan ketika berjalan.
Penguin kadangkala berjalan dengan kaki pendeknya atau meluncur di permukaan salji dengan perutnya untuk menjimatkan tenaga.
Tabiat
Pemakanan
Umumnya penguin memakan kril, pelbagai jenis ikan,[12] dan sotong ketika memburu di laut dengan paruhnya.
Burung ini boleh minum air laut kerana adanya kelenjarsupraorbital yang mampu menapis garam laut keluar daripada aliran darah, lalu garam ini dikeluarkan dalam bentuk cecair yang dikumuh sewaktu pernafasan.
Pembiakan
Hampir semua spesies penguin (kecuali yang spesies mata kuning dan Fiordland) bersarang dalam kawanan besar, bilangan burung yang berkawan ini berbeza-beza dari spesies ke spesies: penguin gentoo berkawan sebanyak 100 ekor, penguin-penguin besar berkawan sebanyak ratusan ribu ekor.[13]
Penguin berpasangan kekal selama semusim. Banyak penguin bertelur sebanyak 2 biji sepasangan, ada yang hanya bertelur sebiji sahaja dalam kalangan jenis penguin besar.[14] Kedua-dua jantan dan betina mengeram bersama telur-telur ini sepanjang musim.[15] Seekor pasangan ini memburu makanan sambil seekor mengeram telur dalam tempoh yang bersilih ganti selama berhari-hari hingga berminggu-minggu.
Rujukan
^Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (2023). "Kagu, Sunbittern, tropicbirds, loons, penguins". World Bird List Version 13.2. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 6 Ogos 2023.
^Grabski, Valerie (2009). "Little Penguin - Penguin Project". Penguin Sentinels/University of Washington. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2011. Dicapai pada 25 November 2011.
^Buskey, Theresa. "The Antarctic Polar Region". Dalam Alan Christopherson, M.S. (penyunting). The Polar Regions. LIFEPAC. 804 N. 2nd Ave. E., Rock Rapids, IA: Alpha Omegan Publications, Inc. ISBN978-1-58095-156-2.CS1 maint: location (link)