Kucing batu

Kucing batu
Kucing batu
CITES Appendix II (CITES)[1][nota 1]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Carnivora
Suborder: Feliformia
Keluarga: Felidae
Subkeluarga: Felinae
Genus: Prionailurus
Spesies:
P. bengalensis
Nama binomial
Prionailurus bengalensis
(Kerr, 1792)
Taburan kucing batu, 2022[1]

Kucing batu atau kucing kuwuk (Inggeris: leopard cat) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Asia Tenggara, subbenua India dan timur China. Nama saintifiknya Prionailurus bengalensis.[2][3] Walaupun sama-sama tergolong dalam keluarga Felidae, kucing ini berlainan genus dengan kucing rumah (Felis catus); mata dan telinga kucing batu lebih besar berbanding kucing rumah, begitu juga dengan saiz keseluruhannya.

Ciri-ciri

Saiz kucing batu hampir sama dengan kucing biasa tetapi lebih langsing dengan kaki yang lebih panjang dan tapak kaki yang lebar. Kepalanya kecil dan ditandai dengan dua garisan hitam yang tebal hingga ke muncungnya yang pendek, kecil dan berwarna putih di hujungnya. Terdapat dua garisan hitam dari mata hingga ke telinga dan terdapat jalur terang mengelilingi matanya. Belakang telinganya yang panjang dan hampir bulat itu terdapat bintik putih yang cerah di tengahnya.

Badan dan kakinya penuh dengan bintik hitam dengan pelbagai bentuk, saiz dan warna. Di belakang badannya, terdapat dua hingga empat baris bintik hampir bulat yang memanjang. Panjang ekornya kira-kira separuh dari saiz badannya dan ditandai oleh bintik-bintik hitam yang mengelilingi ekor seperti cincin. Warna asasnya adalah coklat kekuningan di mana dada dan perutnya pula berwarna putih. Warna kucing yang menetap di bahagian selatan adalah coklat kekuningan dan kelabu keperangan di bahagian utara.

Di kawasan tropika, beratnya dari 0.55 hingga 3.8 kg, panjang kepala-badan dari 38.8 hingga 66 cm dengan panjang ekornya 17.2 hingga 31 cm. Di utara China dan Siberia, beratnya boleh mencecah sehingga 7.1 kg dan panjang kepala-badan hingga 75 cm.

Taburan dan habitat

Ia boleh ditemui di kawasan Amur Oblast (Selatan Rusia) hingga ke Semenanjung Korea, China, Indochina, India dan Pakistan. Kawasan selatan pula merangkumi Malaysia, Filipina, Kepulauan Sunda dan Indonesia. Terdapat laporan menyatakan ia ditemui di kawasan pertanian, tetapi haiwan ini lebih cenderung memilih kawasan hutan sebagai habitat semula jadinya.

Di Taman Hidupan Liar Tabin di Sabah, kucing batu mempunyai habitat berkeluasan 3.5 km2 (1.4 bt2).[4] Di Taman Hidupan Liar Phu Khieu Thailand, sebanyak 20 ekor Kucing Batu telah dipasangkan kolar radio antara tahun 1999 hingga 2003. Keluasan purata habitat seekor jantan adalah dari 2.2 hingga 28.9 km2 (0.85 hingga 11.16 bt2) dan enam ekor betina dari 4.4 km2 (1.7 bt2) hingga 37.1 km2 (14.3 bt2).[5]

Taburan subspesies

Berikut adalah subspesies yang berjaya dikenalpasti pada 2009:[1][6]

No Nama Saintifik Pelopor Taburan Habitat
1 Prionailurus bengalensis bengalensis Kerr, 1792 India, Bangladesh, Myanmar, Thailand, Malaysia, Indochina ke Yunnan (China)[7]
2 Prionailurus bengalensis javanensis Desmarest, 1816 Jawa dan Bali[8]
3 Prionailurus bengalensis sumatranus Horsfield, 1821 Sumatera dan Tebing Tinggi (Utara Sumatera)[8]
4 Prionailurus bengalensis chinensis Gray, 1837 Taiwan & China, kecuali Yunnan[7]
5 Prionailurus bengalensis horsfieldi Gray, 1842 Kashmir, Punjab, Kumaon, Nepal, Sikkim dan Bhutan[7]
6 Prionailurus bengalensis euptilurus Elliott, 1871 timur Siberia, Manchuria di Korea,[7] dan Pulau Tsushima (Korea)[9]
7 Prionailurus bengalensis borneoensis Brongersma, 1936 Borneo[8]
8 Prionailurus bengalensis travelyani Pocock, 1939 utara Kashmir dan Punjab, dan Selatan Baluchistan[7]
9 Prionailurus bengalensis alleni Sody, 1949 Pulau Hainan
10 Prionailurus bengalensis iriomotensis Imaizumi, 1967 Pulau Iriomote, Jepun[10]
11 Prionailurus bengalensis heaneyi Groves, 1997 Palawan (Filipina)[8]
12 Prionailurus bengalensis rabori Groves, 1997 pulau-pulau Negros, Cebu dan Panay di Filipina[8]

Prionailurus bengalensis iriomotensis pernah dicadangkan menjadi satu spesies terasing sejak 1961, namun menurut analisis mtDNA pada tahun 1990, ia dianggap sebagai subspesies kucing batu juga.[11][1]

Manakala kucing batu Tsushima hanya tinggal di Pulau Tsushima. Pada mulanya ia dianggap sebagai subspesies harimau bintang China, tetapi sebenarnya ia adalah populasi terasing dan disenaraikan di bawah subspesies Prionailurus bengalensis euptilurus.

Ekologi dan kelakuan

Kucing batu jenis yang hidup bersendirian, kecuali semasa musim pembiakan. Ada yang aktif pada waktu siang walaupun kebanyakannya memburu pada waktu malam untuk mencari tikus, cencurut pokok dan arnab liar. Kucing batu juga pendaki yang tangkas. Mereka berehat di atas pokok, bersembunyi di dalam semak berduri tebal di atas tanah.

Dalam ladang kelapa sawit di Sabah, mereka pernah dilihat berada di atas pokok sehingga 4 m (13 kaki) tinggi untuk memburu tikus dan kumbang. Kucing batu jantan mempunyai keluasan wilayah yang lebih besar daripada betina secara puratanya antara 3.5 km2 (1.4 bt2) dan 2.1 km2 (0.81 bt2) masing-masing. Julat setiap wilayah jantan bertindih satu atau lebih berbanding betina.[12]

Kucing batu boleh berenang, walaupun jarang berbuat demikian. Ia boleh menghasilkan pelbagai bunyi kucing domestik. Kedua-dua jantina menandakan wilayah mereka dengan semburan air kencing, meninggalkan najis di lokasi terdedah, menggosok atau menggarukan kepalanya di sesuatu kawasan.

Diet

Kucing batu adalah haiwan karnivor yang makan mamalia kecil seperti cicak, amfibia, burung dan serangga. Kebanyakannya menjadikan tikus kecil dan mencit sebagai diet utama. Tidak seperti kebanyakan kucing lain, kucing batu tidak "bermain" dengan makanan mereka, dimana ia akan hanya terus mencengkam mangsa dengan kukunya sehingga mati.

Pembiakan dan Pertumbuhan

Tempoh bunting bagi kucing batu adalah selama 60-70 hari. Biasanya dua hingga empat ekor anak dilahirkan pada satu-satu masa dan dibesarkan oleh induknya selama sebulan. Berat purata bagi anak kucing batu biasanya antara 75-300 gram ketika dilahirkan dan bertambah dua kali ganda selepas seminggu kemudian. Mata anak kucing batu akan terbuka pada hari kesepuluh dan mereka akan makan makanan pejal pada hari ke 23 selepas kelahiran. Manakala selepas minggu keempat, gigi taringnya muncul dan ia akan makan makanan pejal sepenuhnya.[13]

Pengekalan

Prionailurus bengalensis disenaraikan dalam CITES pada Apendix II. Di Hong Kong, ia dilindungi di bawah Bab Ordinan Perlindungan Haiwan Liar 170. Walaupun populasinya 50,000 ekor dan semakin berkurangan, ia tidak dianggap sebagai haiwan diancam kepupusan oleh negara tersebut.[1]

Manakala di Jepun, kucing batu Tsushima disenaraikan sebagai haiwan yang diancam kepupusan dan kerajaan negara berkenaan telah menyediakan program pemeliharaan haiwan tersebut sejak 1995.[1]

Ulasan

Pada masa kini, sebagaimana haiwan mamalia besar yang lain di bumi ini, kucing batu berhadapan dengan ancaman kepupusan sekiranya tiada usaha dijalankan untuk menyelamatkannya.

Catatan penerangan


Rujukan

  1. ^ a b c d e f g Ghimirey, Y.; Petersen, W.; Jahed, N.; Akash, M.; Lynam, A.J.; Kun, S.; Din, J.; Nawaz, M.A.; Singh, P.; Dhendup, T.; Marcus, C.; Gray, T.N.E. & Phyoe Kyaw, P. (2022). "Prionailurus bengalensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2022: e.T18146A212958253. doi:10.2305/IUCN.UK.2022-1.RLTS.T18146A212958253.en. Dicapai pada 22 Julai 2022.
  2. ^ Protection of Wild Life Act 1972
    LAWS OF MALAYSIA<br<Act 76
  3. ^ Kepelbagaian biologi & ekologi fauna di Malaysia, Shukor Md. Nor, Neeta D. Sinnappah-Kang, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003 - Science - 227 pages
  4. ^ Rajaratnam, R. (2000) Ecology of the leopard cat Prionailurus bengalensis in Tabin Wildlife Reserve, Sabah, Malaysia. PhD Thesis, Universiti Kabangsaan Malaysia.
  5. ^ Grassman Jr, L. I., Tewes, M. E., Silvy, N. J., Kreetiyutanont, K. (2005) Spatial organization and diet of the leopard cat (Prionailurus bengalensis) in north-central Thailand. Journal of Zoology (London) 266: 45–54.
  6. ^ Wilson, D. E., Mittermeier, R. A. (eds.) (2009). Handbook of the Mammals of the World. Volume 1: Carnivores. Lynx Edicions. ISBN 978-84-96553-49-1
  7. ^ a b c d e Ellerman, J. R., Morrison-Scott, T. C. S. (1966). Checklist of Palaearctic and Indian mammals 1758 to 1946. Second edition. British Museum of Natural History, London. Pp. 312–313
  8. ^ a b c d e Groves, C. P. (1997). Leopard-cats, Prionailurus bengalensis (Carnivora: Felidae) from Indonesia and the Philippines, with the description of two new species. Zeitschrift für Säugetierkunde 62: 330 pp.
  9. ^ Tamada, T., Siriaroonrat, B., Subramaniam, V., Hamachi, M., Lin, L.-K., Oshida, T., Rerkamnuaychoke, W., Masuda, R. (2006). "Molecular Diversity and Phylogeography of the Asian Leopard Cat, Felis bengalensis, Inferred from Mitochondrial and Y-Chromosomal DNA Sequences" (PDF). Zoological science. 25: 154–163. doi:10.2108/zsj.25.154. PMID 18533746.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  10. ^ Imaizumi, Y. (1967). A new genus and species of cat from Iriomote, Ryukyu Islands. Journal of Mammalian Society Japan 3(4): 74.
  11. ^ Masuda, R., Yoshida, M. C. (1995) Two Japanese wildcats, the Tsushima cat and the Iriomote cat, show the same mitochondrial DNA lineage as the leopard cat Felis bengalensis. Zoological Science 12: 655–659
  12. ^ Rajaratnam, R., Sunquist, M., Rajaratnam, L., Ambu, L. (2007) Diet and habitat selection of the leopard cat (Prionailurus bengalensis borneoensis) in an agricultural landscape in Sabah, Malaysian Borneo. Journal of Tropical Ecology 23: 209–217
  13. ^ Sunquist, M., Sunquist, F. (2002). Wild cats of the World. Chicago: University of Chicago Press. m/s. 225–232. ISBN 0-226-77999-8.CS1 maint: multiple names: authors list (link)


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "nota", tetapi tiada tag <references group="nota"/> yang berpadanan disertakan

Read other articles:

Karung pasir geotekstil melindungi rumah bersejarah Kliffende di pulau Sylt terhadap badai, yang mengikis tebing kiri dan kanan dari penghalang karung pasir.[1] Geotekstil adalah lembaran sintesis yang tipis, fleksibel, berpori yang digunakan untuk stabilisasi dan perbaikan tanah dikaitkan dengan pekerjaan teknik sipil. Pemanfaatan geotekstil merupakan cara moderen dalam usaha untuk perkuatan tanah lunak. memiliki kemampuan untuk memisahkan, menyaring, memperkuat, melindungi, atau men...

 

Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Kabupaten Murung RayaDewan Perwakilan Rakyat Kabupaten Murung Raya 2019-2024JenisJenisUnikameral Jangka waktu5 tahunSejarahSesi baru dimulai19 Agustus 2019PimpinanKetuaDoni, S.P., M.Si. (PDI-P) sejak 13 September 2019 Wakil Ketua ILikon (NasDem) sejak 13 September 2019 Wakil Ketua IIRahmanto Muhiddin (PKB) sejak 13 September 2019 KomposisiAnggota25Partai & kursi  PKB (3)   Gerindra (1)   PDI-P (5)   Golkar ...

 

Libro dei morti: sono visibili, seduti e in dimensione ridotta, alcuni dei 42 giudici di Maat (dal Papiro di Ani). British Museum, Londra. I giudici di Maat sono divinità egizie appartenenti alla religione dell'antico Egitto, 42 deità giudicanti, divinità minori della giustizia (Maat) che, secondo la visione teologica egizia, avrebbero partecipato alla psicostasia e al giudizio di Osiride nell'aldilà[1][2][3]. Indice 1 Descrizione 1.1 Confessioni negative e pesatur...

2016 AFF Championship qualificationTournament detailsHost country CambodiaDates15–21 October 2016Teams4 (from 1 sub-confederation)Venue(s)2 (in 1 host city)Tournament statisticsMatches played6Goals scored23 (3.83 per match)Top scorer(s) Phatthana Syvilay (4 goals)← 2014 2018 → International football competition The 2016 AFF Championship qualification tournament was the qualification process for the 2016 AFF Championship, the eleventh edition of the AFF ...

 

Palaeolithic, Mesolithic and Neolithic periods in South Asia This article has multiple issues. Please help improve it or discuss these issues on the talk page. (Learn how and when to remove these template messages) This article lacks ISBNs for the books listed. Please help add the ISBNs or run the citation bot. (September 2016) This article includes a list of general references, but it lacks sufficient corresponding inline citations. Please help to improve this article by introducing more pre...

 

Football match2016 Scottish League Cup final (November)Event2016–17 Scottish League Cup Aberdeen Celtic 0 3 Date27 November 2016VenueHampden Park, GlasgowMan of the MatchJames ForestRefereeJohn BeatonAttendance49,629WeatherClear← March 2016 2017 → The 2016–17 Scottish League Cup final was the 71st final of the Scottish League Cup and took place on 27 November 2016 at Hampden Park, Glasgow. The clubs contesting the final were Aberdeen and Celtic, with Celtic winning 3–0. It ...

Marco Simone Informasi pribadiNama lengkap Marco SimoneTanggal lahir 7 Januari 1969 (umur 55)Tempat lahir Castellanza, ItalyTinggi 170 m (557 ft 9 in)Posisi bermain Striker, wingerKarier senior*Tahun Tim Tampil (Gol)1986–1989 Como 36 (6)1987–1988 → Virescit (loan) 33 (15)1989–1997 Milan 168 (49)1997–1999 Paris Saint-Germain 59 (22)1999–2001 Monaco 69 (28)2001–2002 Milan 9 (0)2002–2003 Monaco 5 (0)2004 Nice 7 (0)2005–2006 Legnano 1 (0)Total 387 (120)Tim n...

 

For other uses, see Jaleswar (disambiguation). This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Jaleswar – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (October 2007) (Learn how and when to remove this template message) Town in Odisha, IndiaJaleswarTownJaleswarLocation in Odisha, IndiaShow map of OdishaJaleswa...

 

Pour des articles plus généraux, voir Martin Heidegger et La philosophie de Martin Heidegger. Sein und Zeit Être et Temps Auteur Martin Heidegger Pays Allemagne Genre Essai philosophique Version originale Langue Allemand Titre Sein und Zeit Éditeur Max Niemeyer Lieu de parution Halle Date de parution 1927 Version française Traducteur François Vezin Éditeur Gallimard Collection Bibliothèque de philosophie Lieu de parution Paris Date de parution 1990 Nombre de pages 589 ISBN 978-2-07-0...

この記事は検証可能な参考文献や出典が全く示されていないか、不十分です。出典を追加して記事の信頼性向上にご協力ください。(このテンプレートの使い方)出典検索?: コルク – ニュース · 書籍 · スカラー · CiNii · J-STAGE · NDL · dlib.jp · ジャパンサーチ · TWL(2017年4月) コルクを打ち抜いて作った瓶の栓 コルク(木栓、�...

 

Rank comparison chart of Non-commissioned officer and enlisted ranks for navies of Arabophone states. Other ranks Rank group Senior NCOs Junior NCOs Enlisted  Algerian National Navy[1]vte No insignia مساعد أولMosa'id awwal مساعدMosa'id رقيب أولRaqib awwal رقيبRaqib عريف أولEarif 'awal عريفEarif جنديJundiun Adjudant chef Adjudant Sergent chef Sergent Caporal chef Caporal Djoundi  Royal Bahrain Naval Forcevte No insignia رقیب أولRa...

 

Pour les articles homonymes, voir Laffitte. Guy LafitteGuy Lafitte, croquis au festival Jazz in Marciac, 1991.BiographieNaissance 12 janvier 1927Saint-GaudensDécès 11 juillet 1998 (à 71 ans)TournanNationalité françaiseActivités Saxophoniste de jazz, clarinettiste de jazzAutres informationsInstruments Saxophone ténor, clarinetteLabels EmArcy, Black & Blue Records, Black Lion RecordsGenre artistique JazzDistinctions Prix Django-Reinhardt (1954)Grand prix international du disque...

Pet

Animal kept for companionship rather than utility This article is about animals kept for companionship. For the use of pet as a verb, petting, see Social grooming. For other uses of the abbreviations PET and PETS, see PET and PETS. A tabby cat and a mixed mastiff-type dog A Netherland Dwarf rabbit on a swing A young black cat resting at home A pet, or companion animal, is an animal kept primarily for a person's company or entertainment rather than as a working animal, livestock, or a laborato...

 

El Fondo Mundial de lucha contra el sida, la tuberculosis y la malaria The Global Fund to Fight AIDS, Tuberculosis and Malaria Acrónimo Fondo MundialTipo organización intergubernamental y colaboración público–privadaIndustria industria de la saludFundación 2002Sede central Ginebra (Suiza)Sitio web www.theglobalfund.org/en y www.theglobalfund.org/fr[editar datos en Wikidata] El Fondo Mundial para la lucha contra el sida, la tuberculosis y la malaria (FMSIDA) o simplemente Fond...

 

حرب الملكة آن جزء من حرب الخلافة الإسبانية    التاريخ وسيط property غير متوفر. بداية 1702  نهاية 1713  الموقع أمريكا الشمالية  تعديل مصدري - تعديل   حرب الملكة آن (1702—1713) هي حرب الخلافة الإسبانية (1701- 1714) في أمريكا الشمالية. وكانت الحرب الثانية في سلسلة من اربع الحروب...

Australian animal welfare organisation This article may require cleanup to meet Wikipedia's quality standards. The specific problem is: Some incorrect information - refers to entire federation of Australian RSPCAs rather than this org, RSPCA Australia - corrected by organisation. Please help improve this article if you can. (October 2021) (Learn how and when to remove this message) RSPCA AustraliaFormation1981 (1981)TypePeak bodyLegal statusCharity[1]HeadquartersDeakin, Australia...

 

Різдво в Японії Тип неофіційне святоДата 25 грудня  Різдво в Японії у Вікісховищі Різдво в Японії (яп. クリスマス, від англ. Christmas) — недержавне свято в Японії, пов'язане з впливом західної культури, але для більшості японців позбавлене релігійного змісту і відоме як рома...

 

Estonian state decoration AwardOrder of the Cross of Terra MarianaThe sash and the breast star of the orderTypesix class orderAwarded forTo honour the independence of the Estonian state. The President of the Republic bestows the Order of the Cross of Terra Mariana to foreigners who have rendered special services to the Republic of Estonia.CountryEstoniaPresented byPresident of EstoniaEstablished16 May 19951st Class 2nd Class 3rd Class 4th Class 5th ClassRibbon bars of the Order of the Cross o...

Overview of the status of women in Nigeria For the political interest organization, see Women in Nigeria (organization). Not to be confused with Women in Niger. This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Women in Nigeria – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (November 2021) (Learn how and when t...

 

Cheese made from the milk of goats This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unsourced material may be challenged and removed.Find sources: Goat cheese – news · newspapers · books · scholar · JSTOR (March 2011) (Learn how and when to remove this message) Various Goat cheeses Goat cheese on bread Goat cheese, goat's cheese or chèvre (/ˈʃɛvrə/ or /ˈʃɛv/; fro...