Nama haiwan ini menyerap dari bahasa Malagasi[2] didatangkan dari kata pusa dalam bahasa-bahasa Borneo bermaksud "pulasan tanah"; penungkapan ini juga beralih makna dalam bahasa-bahasa Iban dan Melayu Sarawak (Jawi: ڤوساcode: ms is deprecated , juga dieja pusakڤوسق) bermaksud "kucing".[3]
Ciri fizikal
Bentuk badan fosa ada sedikit menyerupai kucing liar[4] tetapi kadar bentuk badannya lebih lampai dengan kaki yang besar berotot[5] dan ekor sama panjang dengan badan.[4] Kepala fosa lebih panjang menyerupai cerpelai daripada kepala seekor kucing dengan muncung lebar kontot[4][5] serta bertelinga bulat yang besar.[4][6]
Pasang biji matanya sederhana besar berwarna keperangan dengan anak mata tirus, biji-bji mata ini mampu memantulkan cahaya kelihatan berwarna jingga.[5]
Tabiat
Pemakanan
Lebih 50% daripada dietnya terdiri daripada warik; tanderak (9%), tikus, cicak (9%), burung (2%) dan haiwan lain juga didokumenkan sebagai mangsa buruan fosa.
Pembiakan
Fosa bersarang di tempat terlindung terutamanya dalam bawah tanah seperti lubang atau bekas busut, gua mahupun bukaan pokok mereput.[4] Betina pasangan dapat melahirkan sebanyak 1 hingga 6 ekor anak,[7] tetapi 2-4 ekor merupakan bilangan paling lazim.[6]
Anak-anak fosa baru lahir buta dan tidak bergigi ditimbang tidak melebihi 100 gram[6][4] serta berbulu halus perang abu-abu atau pucat.[8][4] Mata anak fosa terbuka selepas dua minggu[6][8] sambil bulu menggelap warna kekelabuan.[4]
Hubungan dengan manusia
Orang Malagasi menganggap fosa sebagai suatu haiwan yang tamak dan rakus tidak sahaja licik mencuri ternakan malah menculik anak kecil yang berlegar keseorangan pada waktu malam, oleh itu mereka mempunyai pantang larang tersendiri mengelakkan terkena bala (fady) akibat haiwan ini[9] termasuk mengharamkan pemakanan dagingnya yang ditakuti akan mewarisi sifat buruk fosa.[10]
Hawkins, C. E. (2003). "Cryptoprocta ferox, Fossa, Fosa". Dalam Goodman, S. M.; Benstead, J. P. (penyunting). The Natural History of Madagascar. University of Chicago Press. m/s. 1360–1363. ISBN978-0-226-30306-2.
Ruud, J. (1970). Taboo: A Study of Malagasy Customs and Beliefs (ed. ke-2). Oslo University Press. ASINB0006FE92Y.