Lemak tepu ialah sejenis lemak di mana rantai asid lemaknya mempunyai ikatan tunggal secara banyak atau keseluruhannya. Lemak terdiri daripada dua jenis molekul yang lebih kecil iaitu gliserol dan lemak. Ia dihasilkan daripada rantai panjang atom karbon (C). Ada atom karbon dihubungkan dengan satu ikatan (-C-C-) dan ada atom yang dihubungkan dengan ikatan berganda (-C=C-)[1] yang boleh bertindak balas dengan hidrogen untuk membentuk ikatan tunggal. Lemak sebegini diadikan "tepu" kerana kedua ikatan kedua dipecahkan dan setiap setengah ikatan diikat (tepu) dengan atom hidrogen. Kebanyakan lemak haiwan bersifat tepu, namun tidak pula pada lemak tumbuhan dan lemak ikan. Lemak tepu cenderung memiliki takat lebur yang lebih tinggi berbanding lemak tak tepu. Hal ini membawa kepada tanggapan popular bahawa lemak tepu cenderung menjadi padat pada suhu bilik manakala lemak tak tepu cenderung cair pada suhu bilik dengan pelbagai tahap kelikatan berbeza (yakni, kedua-dua lemak jenis tepu dan tak tepu dijumpai dalam bentuk cecair pada suhu badan).
Pelbagai lemak mengandungi bahagian lemak tepu dan tak tepu yang berbeza. Contoh makanan yang mengandungi kadar lemak tepu tinggi termasuk produk lemak binatang seperti krim, keju, mentega, produk tenusu dan daging berlemak yang juga mengandungi kolesterol.[2] Terdapat produk sayuran tertentu yang mempunyai kandungan lemak tepu tinggi, seperti minyak kelapa dan minyak isirong sawit.[3] Banyak makanan yang disediakan mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi seperti piza, pencuci mulut tenusu dan sosej.[2][4]
Kesan tepu lemak pada risiko penyakit adalah sangat dipertelingkahkan. Ada beberapa pakar yang mengesyorkan diet rendah lemak tepu di mana ia dikatakan akan mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes atau maut.[5][6] Walau bagaimanapun, terdapat ulasan lain yang telah menentang hujah sebegini atau mengalakkan agar kadar lemak tepu dan tak tepu diamati dalam pemakanan seharian.[7][8][9]
Contoh lemak tepu
Antara contoh lemak tepu yang biasa didapati termasuk: