Mentega (Jawi: منتيݢcode: ms is deprecated ) adalah produk tenusu dibuat daripada menggodakkrim atau susu, sama ada segar atau yang ditapai. Mentega boleh digunakan sebagai sapuan dan perasa, selain dari penggunaan dalam masakan seperti membakar, membuat sos dan menggoreng. Mentega terdiri dari lemak mentega, air dan protein susu.
Mentega adalah emulsi yang kekal sebagai pepejal apabila disejukkan, tetapi masih boleh disapu pada suhu bilik, dan mencair kepada cecair nipis berkonsisten pada 32–35 °C (90–95 °F). Ketumpatan mentega ialah 911 kg/m3 (1535.5 lb/yd3).[1]
Mentega umumnya mempunyai warna kuning pucat, tetapi boleh berubah antara kuning tua hingga hampir putih. Warna mentega bergantung pada makanan haiwan dan ia lazimnya boleh diolah dengan pewarna makanan dalam proses pengeluaran komersil termasuk anato atau karotena.
Peristilahan
Perkataan mentega meminjam dari Portugis: manteigacode: pt is deprecated .[2]
Istilah "mentega" juga digunakan dalam nama produk yang dibuat dari sebarang kacang atau kekeras yang dikisar lumat seperti mentega kacang mahupun lemak lain yang pejal pada suhu bilik seperti mentega koko dan mentega sayur. Namun dalam kegunaan umum, istilah "mentega" hampir sentiasa merujuk pada produk tenusu.
^Elert, Glenn. "Density". The Physics Hypertextbook.
^Dalgado, Sebastião Rodolfo (1936). Portuguese Vocables in Asiatic Languages. Diterjemahkan oleh Xavier Soares, Anthony (ed. bahasa Inggeris). Baroda: Oriental Institute. m/s. 217.