Lech Walesa merupakan aktivis dan hak asasi manusia di Poland. Bermula sebagai seorang jurueletrik, beliau kemudiannya menjadi Presiden Poland setelah mengambil alih jawatan tersebut daripada Aleksander Kwasniewski dari 1990 sehingga tahun 1995.[1]
Beliau dianugerahi Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1983 kerana memperjuangkan hak asasi manusia di negaranya melalui pergerakan Solidarność.[2][3] Perjuangan tanpa kekerasannya akhirnya membawa pengakhiran kepada pemerintahan komunis di Eropah Timur.[4][1][5]
Kehidupan awal
Lech Walesa dilahirkan pada 29 September 1943 di Popowo, Poland, anak seorang tukang kayu. Beliau mendapat pendidikan di rendah sekolah vokasional sebelum berkerjaya di Limbungan Kapal Lenin di Gdansk yang bernama Stocznia Gdanska sebagai juruteknik elektrik pada tahun 1967. Lech mengahwini Danuta Golos pada 1969 dan mempunyai 8 anak.
Aktivisme dan penglibatan dalam Solidarność
Pada 1970 beliau mengetuai suatu tunjuk perasaan di Limbungan Kapal Gdansk yang membantah kenakan harga makanan oleh pemerintah Poland;[1][6] seramai lebih 30 pekerja terbunuh akibat pertembungan kelompok tersebut dengan polis.[6] Pada Jun 1976, Lech Walesa dibuang kerja oleh Limbungan itu kerana keterlibatannya dalam kesatuan haram serta perancangan memperingati pekerja-pekerja tersebut yang terbunuh dalam tunjuk perasaan 6 tahun lepas.[1][6][7]
Beliau meneruskan kerjanya sebagai juruelektrik di beberapa syarikat lain. Namun, kegiatan aktivismenya sangat tidak disenangi sehingga ada dipecat beberapa kali dan lama-kelamaan terpaksa menganggur untuk suatu tempoh yang lama.[6] Bahkan, keluarga beliau pun sering diintip dari rumah mereka oleh polis rahsia Poland,[6] dan beliau sering ditahan kerana kegiatan membangkangnya.[1]
Pada 14 Ogos 1980, selepas tunjuk perasaan di Lenin Shipyard di Gdansk , Walesa didapati bertanggungjawab. Tunjuk perasaan itu dikuti beberapa tunjuk perasaan lain di seluruh Poland.
September 1980 , kerajaan Poland berunding dengan Majlis Bertindak Tunjuk Perasaan menandatangani perjanjian yang membenarkan penubuhan Kesatuan Sekerja , tetapi bukan yang benar-benar bebas. Lech Walesa terpilih sebagai pengerusi yang pertama hingga 11 Disember 1981.
Sekali lagi Lech Walesa san ribuan pemimpin dan ahli kesatuan sekerja ditahan.Jeneral Wojciech Jaruzelski mngisytiharkan undang-undang ketat pada 13 Disember 1981. Lech Walesa ditahan selama 11 bulan di tenggara Poland, berhampiran sempadan Rusia sehingga 14 November 1982.
Lech mendapat perhatian media dunia termasuk majalah Time pada 4 Januari 1982. 1983 memohon bekerja semula di Gdansk Shipyard sebagai juruteknik elektrik. Beliau dikenakan tahanan dalam rumah sehingga 1987, maka beliau tidak dapat menerima Hadiah Keamanan Nobel yang dianugrahkan kepada pada tahun berikutnya namun diwakili isterinya, Danuta Walesowa bagi pihaknya. Lech Walesa menyumbangkan wang hadiah tersebut kepada ibu pejabat pergerakan kesatuan sekerja Solidarność di Brussel, Belgium.
Pemerintahan
Pada 9 Disember 1990 Lech Walesa terpilih sebagai Presiden Poland selepas Pilih raya presiden 1990. Beliau menjadi presiden untuk tempoh lima tahun. 1995 beliau kehilangan kepercayaan dari para pengundi kerana isu 'war at the top'.
Persaraan
Berikutan kekalahan dalam pilihan raya tersebut, Wałęsa pada asalnya mahu kembali ke bidang kejuruelektrikannya di Limbungan Gdansk lalu membuat pengumuman sedemikian.[8] Walau bagaimamapun, belau berubah fikiran lalu memutuskan membuat suatu perjalanan syarahan di seluruh dunia.[9] Beliau pada tahun sama turut menubuhkan suatu kumpulan pemikir bernama "Institut Lech Wałęsa" (Lech Wałęsa Institute) yang bertujuan mempopularkan "pencapaian Solidariti Poland, mendidik generasi muda, mengalakkan demokrasi serta membina suatu masyarakat sivil di Poland dan di seluruhh dunia".[10]
Pada 1997, beliau menubuhkan suat parti baru iaitu "Demokrasi Kristian untuk Republik Poland Ketiga" (Chrześcijańska Demokracja III Rzeczypospolitej Polskiej dengan harapan ia dapat memberinya peluang terlibat dalam pilihan raya umum akan datang di Poland.[11]
Karya penulisan
Rujukan
Pautan luar
|
---|
1901–25 | |
---|
1926–50 | |
---|
1951–75 | |
---|
1976–2000 | |
---|
2001–kini | |
---|