Valéry Marie René Georges Giscard d'Estaing (disebut [valeʁi ʒiskaʁ dɛstɛ̃ (bantuan·info),sebutan paling dekat [va.lé.ri jis.kar dés.taeng]; 2 Februari 1926 - 2 Disember 2020) ialah seorang negarawan negarawan Perancis yang berkhidmat sebagai Presiden Republik Perancis dari 1974 hingga 1981.[1]
Sebagai Menteri Kewangan di bawah Perdana Menteri Jacques Chaban-Delmas dan Pierre Messmer, beliau memenangi pilihan raya presiden 1974 dengan 50.8% undi terhadap François Mitterrand daripada Parti Sosialis. Tempohnya ditandakan dengan sikap yang lebih liberal terhadap isu-isu sosial seperti perceraian, kontrasepsi dan pengguguran-dan percubaan untuk memodenkan negara dan pejabat presiden, terutamanya melancarkan projek-projek infrastruktur yang luas seperti sistem kereta api TGV dan peralihan penggunaan kuasa nuklear sebagai sumber tenaga utama Perancis. Walau bagaimanapun, kemasyhurannya merosot berikutan ekonomi yang menyusul krisis tenaga 1973 lalu menandakan berakhirnya zamaan yang dikatakan sebagai kemakmuran hebat negara Perancis setelah redanya Perang Dunia Kedua iaitu "tiga puluh tahun yang gemilang" (Trente Glorieuses).
Giscard d'Estaing menghadapi penentangan politik dari kedua-dua belah spektrum politik - haluan kiri diketuai François Mitterrand serta haluan kanan yang membangkang polisi beliau diketuai Jacques Chirac yang memberi nafas baharu kepada fahaman Gaullisme. Pada tahun 1981, walaupun beliau mendapat undia popular yang tinggi, beliau kalah dalam pilihan raya semula menentang Mitterrand, dengan 48.2% undian diraih.[2]
Persaraan
Beliau dimasukkan sebagai anggota Académie française - akademi persuratan dan pelanngsungan bahasa Perancis tahun 2003.[3]
Pada 14 September 2020, Giscard dimasukkan ke dalam Hôpital Européen Georges-Pompidou Paris untuk merawat masalah pernafasan dihadapi[4] yang kemudiannya didapati merupakan suatu jangkitan paru-paru.[5] Beliau dirawat sekali lagi pada 15 November[6] sebelum dilepaskan lima hari kemudian.[7]
Giscard meninggal pada 2 Disember 2020 akibat komplikasi menghidap koronavirus[8] pada usia 94 tahun.[9][10][11]
Rujukan
Pautan luar
|
---|
Dikira mengikut fungsi dan penggelaran ketat sebagai "Presiden Republik" (Président de la République) |
Republik Ke-2 (1848–1852) | |
---|
Republik Ke-3 (1871–1940) | |
---|
Republik Ke-4 (1947–1958) | |
---|
Republik Ke-5 (1958–kini) | |
---|
Nama dicondongkan untuk penjawatan dipertelingkahkan. Penjawatan pangkuan bertanda bintang atau "*". |