Ralph Johnson Bunche (7 Ogos 1904[1][2][3]
– 9 Disember 1971) merupakan seorang ahli politik, akademik, dan diplomat Amerika yang menerima Hadiah Keamanan Nobel 1950 untuk mediasi di Israel pada lewat 1940-an. Beliau merupakan Afrika Amerika pertama yang dianugerahkan hadiah tersebut dalam sejarah.[4] Beliau terlibat dalam pembentukan dan pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada tahun 1963, beliau telah dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden John F. Kennedy.