Kafeina[3] (disebut [ka.féi.na], juga kafein) ialah sebatian kimia yang dijumpai secara semulajadi di dalam makanan contohnya biji kopi, teh, biji koko, buah kola (Cola nitida), guarana, dan maté.
Ia terkenal dengan rasanya yang pahit dan bertindak sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat, jantung, dan sistem pernafasan; ia juga bersifat diuretik yakni boleh dikumuh melalui air kencing). Ia bertindak sebagai perangsang lemah pada system saraf pusat dengan itu selepas minum secawan kopi atau teh seseorang mungkin berasa lebih segar.
Kafeina dikelaskan sebagai selamat secara am oleh pihak FDA di Amerika. Dos racun ialah 10 gram sehari bagi seorang dewasa, jauh melebihi pengambilan lazim, iaitu kurang 500 mg sehari.[4] Secawan kopi lazimnya mempunyai 80–175 mg, bergantung kepada biji kopi yang digunakan, cara pembakaran dan penyediaan. Meskipun begitu, serbuk kafeina tulen boleh membawa maut dalam jumlah sebesar sudu biasa.
Sifat kimia
Kafeina ialah alkaloid yang tergolong dalam keluarga metilxanthina bersama-sama sebatian tefilina dan teobromina. Bentuk asal sebatian ini wujud dalam bentuk serbuk putih yang pahit. Formula kimianya ialah C6H10N4O2, manakala nama-nama sistematiknya ialah:
Kafeina dijumpai pada banyak spesies tumbuhan, di mana ia berperanan sebagai pestisida semula jadi yakni berkemampuan melumpuhkan dan mematikan serangga-serangga tertentu yang memakan tanaman tersebut.[5] Dilaporkan bahawa kadar kafeina yang tinggi dijumpai pada semaian yang baru tumbuh.[6] Malah, kadar sama juga ditemukan pada tanah sekitar biji kopi disemai agar membantut percambahan semaian kopi lain di sekitarnya sehingga mengurangkan persaingan dan meningkatkan kelangsungan hidup kecambah kopi itu sendiri.[7]
Sumber kafeina yang umumnya sering digunakan adalah kopi, teh, dan kakao.[8] Selain itu, tanaman maté dan guarana[9] juga kadang-kadang digunakan dalam pembuatan minuman tenaga dan teh. Dua nama alternatif kafeina, mateina dan guaranina, berasal dari nama dua tanaman tersebut.[10][11]
Kopi
Bahan yang utama yang digunakan untuk mendapat kafeina ialah biji kopi, khususnya dari air kopi yang dibancuh. Perbezaan kandungan kafeina dalam biji kopi yang beraneka kadang-kadang berbeza mengikut baka biji tersebut, lebih-lebih lagi bagi biji dari pokok kopi yang sama, bijinya turut mempunyai perbezaan kandungan kafeina yang sedikit. Umumnya, setiap cawan kopi mengandungi 80 hingga 100 mg punya kafeina. Kopi Arabica lazimnya mengandungi separuh kafeina jika dibandingkan dengan baka robusta.
Sumber utama kafeina dunia adalah biji kopi. Kandungan kafeina pada kopi bervariasi, tergantung pada jenis biji kopi dan cara pembuatan yang digunakan.[12] Secara umummya, satu sajian kopi mengandung sekitar 40 mg (30 mL espresso varietas arabica) kafeina, sampai dengan 100 mg kafeina untuk satu cangkir (120 mL) kopi. Umumnya, kopi dark-roast memiliki kadar kafeina yang lebih rendah karena proses pemanggangan akan mengurangi kandungan kafeina pada biji tersebut.[13][14] Kopi varietas arabica umumnya mengandung kadar kafeina yang lebih sedikit daripada kopi varietas robusta.[12] Kopi juga mengandung sejumlah kecil teofilina, namun tidak mengandung teobromina.
Teh
Teh merupakan sumber kafeina lainnya. Walaupun teh mengandung kadar kafeina yang lebih tinggi daripada kopi, umumnya teh disajikan dalam kadar sajian yang jauh lebih rendah. Kandungan kafeina juga bervariasi pada jenis-jenis daun teh yang berbeda. Teh mengandung sejumlah kecil teobromina dan kadar teofilina yang sedikit lebih tinggi daripada kopi. Warna air teh bukanlah indikator yang baik untuk menentukan kandungan kafeina.[15] Sebagai contoh, teh seperti teh hijau Jepun gyokuro yang berwarna lebih pucat mengandung jauh lebih banyak kafeina daripada teh lapsang souchong yang berwarna lebih gelap.
Coklat
Kafeina juga terkandung dalam sejumlah minuman ringan seperti kola. Minuman ringan biasanya mengandung sekitar 10 sampai 50 miligram kafeina dalam satu sajian. Kafeina pada minuman jenis ini berasal dapat berasal dari bahan ramuan minuman itu sendiri ataunya dari bahan aditif yang didapatkan dari proses dekafeinasi. Guarana, bahan utama pembuatan minuman energi, mengandung sejumlah besar kafeina dengan jumlah teobromina dan teofilina yang kecil.[16]
Coklat yang didapatkan dari biji kakao mengandung sejumlah kecil kafeina. Efek rangsangan yang dihasilkan oleh coklat berasal dari efek kombinasi teobromina, teofilina, dan kafeina.[17] Coklat mengandung jumlah kafeina yang sangat sedikit untuk mengakibatkan rangsangan yang setara dengan kopi. 28 g sajian coklat susu batangan mengandung kadar kafeina yang setara dengan secangkir kopi yang disingkirkan kandungan kafeina ia.
Bahan makanan lain
Beberapa penggemar mate menyatakan bahawa mateina adalah stereoisomer dari kafeina.[9] Hal ini tidaklah benar, kerana kafeina merupakan molekulakiral, sehingga ia tidak mempunyai enantiomer ataupun stereoisomer. Kesan dan keran berbeza yang dijumpai pada berbagai sumber kafeina alami disebabkan oleh sumber-sumber kafeina tersebut juga mengandung campuran alkaloidxantina lainnya, meliputi teofilina yang merangsang degupan jantung, teobromina, dan zat-zat lainnya seperti polifenol.[18]
Metabolisme dan ketoksikan
Kafeina menyekat reseptoradenosina di otak. Adenosina ialah sebatian nukleotida yang berfungsi mengurangkan kegiatan sel saraf apabila tertambat pada sel tersebut. Seperti adenosina, molekul kafeina juga tertambat pada reseptor yang sama, tetapi kesannya berbeza. Kafeina tidak akan memperlahankan kegiatan sel saraf atau otak tetapi sebaliknya menghalang adesonina untuk berfungsi. Kesannya kegiatan otak meningkat yang mengakibatkan hormonepinefrina dirembes. Hormon tersebut akan menaikkan kadar denyutan jantung, meninggikan tekanan darah, menambah penyaluran darah ke otot-otot, mengurangkan penyaluran darah ke kulit dan organ dalaman, dan mengeluarkan glukosa daripada hati. Tambahan lagi, kafeina juga menaikkan aras neurotransmiter dopamina di otak.
Kafeina boleh dikeluarkan daripada otak dengan cepat, tidak seperti alkohol atau perangsang CNS yang lain. Tambahan lagi, kafeina tidak mengganggu fungsi mental tinggi dan tumpuan otak. Pengambilan kafeina secara berterusan akan menyebabkan badan menjadi lali dengan kehadiran kafeina. Oleh itu, jika pengambilan kafeina diberhentikan (proses sebegini dinamakan "penarikan" atau "tarikan", withdrawal), badan menjadi terlalu sensitif terhadap adenosina menyebabkan tekanan darah turun secara mendadak yang seterusnya mengakibatkan sakit kepala dan sebagainya. Kajian terbaru mendakwa kafeina boleh mengurangkan risiko penyakit Parkinson, tetapi dakwaan tersebut masih memerlukan kajian yang lebih mendalam.
Terlalu banyak kafeina boleh menyebabkan intoksikasi kafeina (iaitu kemabukan akibat kafeina). Antara simptom penyakit ini ialah keresahan, kerisauan, insomnia, keriangan, muka merah, kerap kencing (diuresis), dan masalah usus (gastrointestinal). Simptom-simptom ini boleh wujud walaupun pesakit hanya mengambil kafeina serendah 250mg. Jika lebih 1 g kafeina diambil dalam satu hari, simptom seperti sentakan otot (muscle twitching), kekusutan fikiran dan pertuturan, aritmia kardium (gangguan pada denyutan jantung) dan penggoncangan psikomotor (psychomotor agitation) boleh berlaku. Intoksikasi kafeina juga boleh mengakibatkan kepanikan dan penyakit kerisauan.
Meskipun kafeina, teofilina dan teobromina masih selamat bagi manusia, bahan-bahan ini lebih toksik kepada sesetengah haiwan seperti kucing dan anjing kerana perbezaan dari segi metabolisme hati.
Kegunaan
Akhir-akhir ini, berbagai syarikat pengilang mulai menambahkan kafeina ke dalam produk mandian seperti syampu dan sabun dengan tuntutan bahawa kafeina dapat diserap melalui kulit.[19] Namun, keberkesanan produk-produk seperti itu belum dapat dibuktikan kerana sifat kafeina yang tidak mudah terserap melalui kulit.[20]
^pKa bagi kafeina terproton. Harry G. Brittain, Richard J. Prankerd (2007). Profiles of Drug Substances, Excipients and Related Methodology, volume 33: Critical Compilation of Pka Values for Pharmaceutical Substances. Academic Press. ISBN012260833X.
^Haskell, C. F. (2007). "A double-blind, placebo-controlled, multi-dose evaluation of the acute behavioural effects of guarana in humans". J Psychopharmacol. 21 (1): 65–70. doi:10.1177/0269881106063815. PMID16533867. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
^Smit, H. J. (2004). "Methylxanthines are the psycho-pharmacologically active constituents of chocolate". Psychopharmacology. 176 (3–4): 412–9. doi:10.1007/s00213-004-1898-3. PMID15549276. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
^Balentine D. A., Harbowy M. E. and Graham H. N. (1998). G Spiller (penyunting). Tea: the Plant and its Manufacture; Chemistry and Consumption of the Beverage. Caffeine.