Teko Moka (bahasa Inggeris: Moka potcode: en is deprecated , Itali: Mokacode: it is deprecated ) ialah sejenis perkakasan berupa tekomenyeduhkopi dengan menekap wap air panas mendidih melalui serbuk biji tersebut. Teko ini biasanya diperbuat daripada aluminium, namun terdapat juga model diperbuat dari keluli tahan karat atau aloi lain; ia datang dalam pelbagai ukur takaran dari 1 hingga 18 cawan 50 mililiter.[1]
Perkakasan ini diciptakan oleh Alfonso Bialetti, seorang jurutera Itali pada tahun 1933;[2] ia dinamakan sempena kota pelabuhan Makha (dalam Itali: Mocacode: it is deprecated atau Mokhacode: it is deprecated ) di Yaman yang terkenal sebagai tempat pengeluar utama biji ditanam dari serata jazirah Arab dibawa kapal-kapal yang berlayar dari kota ini.[3] Ia menjadi sangat digemari dalam kalangan orang Itali[4][2] meluas seluruh Eropah Selatan selepas Perang Dunia Kedua sebagai alat paling lazim menyeduh kopi di rantau ini.
Model asalnya masih dihasilkan Bialetti Industries dengan nama dagang "Moka Express".
Prinsip
Tabung air pangkal (bertanda A dalam rajah) diisi dengan air sehingga menghampiri paras injap pelepas keselamatan yang adakala ditandakan. Air dalam teko ini Itali pada amnya tidak dipanaskan, namun ada sesetengah barista yang mengesyorkan air dipanaskan terlebih dahulu sebelum dimasukkan.[5] Kajian fizik lanjut juga menunjukkan bahawa penggunaan air sejuk mengakibatkan kopi mengeluarkan pada suhu yang terlalu rendah[6] tetapi air mendidih boleh mengakibatkan suhu terlalu tinggi lalul suhu optimum yang dicadangkan adalah sekitar 70 ° C.[7]
Serbuk kisaran kopi ditambahkan padat ke dalam penuras berbentuk corong (B) seperti gambar di bawah; sepadat mana serbuk ini dimampatkan akan memberi kesan kepada seberapa cepat kopi diekstrak[8] selain tahap kehalusan dan suhu yang memanaskan serbuk kopi. Teko diletakkan di atas sumber haba yang sesuai sehingga air dipanaskan baik di atas api atau elektrk. Gasket memastikan keseluruhan bahagian unit tertutup rapat dan memungkinkan tekanan masuk dengan selamat di bahagian bawah, di mana injap keselamatan menyediakan pelepasan yang diperlukan sekiranya tekanan ini menjadi terlalu tinggi secara mendadak.
Pemanasan tabung A menyebabkan peningkatan tekanan secara beransur-ansur disebabkan pengembangan udara tertutup dan tekanan wap yang meningkat dari air yang semakin panas. Apabila tekanan menjadi cukup tinggi memaksa air mengalir naik corong berturas ini, air kopi akan mula menggelegak ke ruang atas (C). Air yang dipanaskan tidak perlu malah ditegah mencapai takat didih untuk menghasilkan tekanan cukup yang menyeduh, malah suhu pengekstrakan pada amnya tidak lebih besar daripada kaedah penyeduhan yang lain.[8][9]
Spesifikasi
Teko ini dimunculkan dalam pelbagai saiz berdasarkan jumlah cawan espresso 50 ml yang mampu dihasilkan. Jadual berikut adalah ukuran standard untuk Bialetti Moka Express.
^López-Galilea, Isabel; De Peña, M. Paz; Cid, Concepción (2007). "Correlation of Selected Constituents with the Total Antioxidant Capacity of Coffee Beverages: Influence of the Brewing Procedure". Journal of Agricultural and Food Chemistry. 55 (15): 6110–6117. doi:10.1021/jf070779x. PMID17608497.