Kopi Turki

Secawan kopi Turki, dihidangkan di Istanbul, Turki

Kopi Turki (Turki: Türk kahvesi ترك قهوه‌سی‎, Bahasa Armenia: Թուրքական սուրճ Turḱakan surc, Yunani: Τούρκικος καφές Tourkikos kafes, Arab: قهوة تركية, rumi: qahwah Turkiyah) ialah cara penyediaan dan penyajian minuman kopi dapat dijumpai di Timur Tengah, Afrika Utara, Kaukasus, Balkan dan beberapa lokasi di Eropah Timur; ia melibatkan penyeduhan kisaran halus biji-biji ini yang tidak bertapis.[1][2]

Penyediaan

Biji kopi jenis Arabica yang paling digemari dalam penyediaan ini, namun jenis Robusta atau campuran kedua-duanya juga boleh digunakan.[3]

Biji-biji ini dipanggang dan digiling halus, baik sendiri dengan tangan mahupun sudah tersedia. Serbuk kawa dituangkan air dan dicampur dengan gula dalam sebuah bekas khas iaitu cezve atau ibrik sehingga mendidih. Bekas ini diangkat sebaik sempat membuih di mana air dituangkan satu pertiga dalam cawan khas[4] di mana keladak kopi dibenarkan mendap;[5][6] lebihan ini dipanaskan semula sehingga ada yang meminta tambah lagi.[6]

Air seduhan ini adakala diperisakan dengan rempah ratus seperti buah pelaga,[5] damar mastik, salep,[7] atau ambergris.[8]

Sejarah

Bukti peminuman kopi terawal datang dari Yemen abad ke-15.[9]:3 Menjelang lewat abad ke-15 dan awal abad ke-16, kopi sudahpun tersebar ke Kaherah dan Mekah.[9]:11[10] Dalam tahun 1640-an, periwayat Uthmaniyah, İbrahim Pecevi melaporkan pembukaan kedai kopi pertama di Istanbul.


Catatan

  1. ^ "Getting Your Buzz with Turkish coffee". ricksteves.com. Dicapai pada 19 August 2015.
  2. ^ Brad Cohen. "The complicated culture of Bosnian coffee". BBC Travel. Dicapai pada 19 August 2015.
  3. ^ Nisan Agca (22 November 2017). "Making Turkish Coffee with a Turkish Barista Champion". =Resources.urnex.com. Dicapai pada 5 May 2018. Some supermarkets sell coffee that is pre-ground, marketed as Turkish coffee, and usually robusta.
  4. ^ Akin, Engin (6 Oktober 2015). Essential Turkish Cuisine. Abrams. ISBN 978-1-61312-871-8.
  5. ^ a b Freeman, James; Freeman, Caitlin; Duggan, Tara (9 Oktober 2012). The Blue Bottle Craft of Coffee: Growing, Roasting, and Drinking, With Recipes. Ten Speed Press. ISBN 978-1-60774-118-3.
  6. ^ a b Basan, Ghillie. The Middle Eastern Kitchen. New York: Hippocrene Books. m/s. 37. ISBN 978-0-7818-1190-3.
  7. ^ Sejal Sukhadwala. "Where To Drink Coffees From Around The World In London". Londonist. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
  8. ^ "The starting point of Turkish coffee: Istanbul's historic coffeehouses". The Istanbul Guide. Dicapai pada 26 Oktober 2018.
  9. ^ a b Bonnie K. Bealer, Bennett Alan Weinberg, The World of Caffeine: The Science and Culture of the World's Most Popular Drug, Routledge 2001. ISBN 0-415-92722-6
  10. ^ Alain Huetz de Lemps, "Colonial Beverages and the Consumption of Sugar" in Massimo Montanari, Jean Louis Flandrin, ed. Food: A Culinary History, p. 387

Pautan luar