Guaraná atau nama saintifiknya Paullinia cupana (juga P. crysan, P. sorbilis) ialah sejenis pokok herba menjalar dari spesies Sapindaceae yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil.
Ia mempunyai kandungan kafeina tinggi pada buah dan biji (lebih kurang 2-8% kafein dalam sebiji buah) sebagai kaedah pertahanan semula jadi bagi menghalau herbivor;[1] malah bijinya mempunyai dua kali lebih kafein dari biji kopi.[2][3]
Pokok guarana mengeluarkan daun yang lebar dan berjambak bunganya, dan terkenal dengan buahnya yang sebesar biji kopi. Biji buah guarana boleh dijadikan perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh. Warna-warna buah guarana adalah dalam kepelbagaian coklat kepada warna merah dan mengandungi biji berwarna hitam yang dilitupi oleh sesabut putih. Kemendapan warnanya bila biji berwarna hitam itu dibelah-buka seperti biji mata; ini telah membentuk sebuah mitos.[4]
Sejarah dan budaya
Perkataan "guarana" datang daripada perkataan bahasa Guaraniguara-ná bermakna "buah seperti mata-mata manusia" berdasaran suatu kisah diceritakan dalam kepercayaan orang Guaraní: salah sebuah puak dari orang ini menceritakan ada seorang anak kecil yang amat disayangi kampungnya yang dibunuh suatu dewa. Salah satu dari dewa lain yang mengetahui hal ini telah mencabut mata kiri kanak-kanak itu dan menanamkannya di dalam hutan tebal menghasilkan pelbagai jenis tumbuhan bermanfaat untuk menenangkan hati penduduk kampung tersebut. Mata sebelah kanan kanak-kanak itu dan menanamkannya di dalam kawasan perkampungan; menambahkan lagi bilangan guarana domestik.[5]
Orang Guarani akan membuat teh herba daripadanya dengan memecahkannya, membasuh dan mengeringkan bijinya dan diikuti dengan menumbuk biji-biji itu menjadi serbuk yang halus. Serbuk halus itu akan diuli untuk membentuk rupa silinder. Produk ini dikenali sebagai roti guarana, kemudian dipotong untuk dimasukkan ke dalam air panas bersama dengan gula.[6]
Tumbuhan ini telah diperkenalkan kepada orang Eropah pada abad ke-16 oleh Oviedo, Hernandez, Cobo dan pengembara-pengembara Sepanyol yang lain. Pada tahun 1958, guarana telah dikomersialkan.[6]
Jadual mengandungi senarai separa bahan kimia yang terkandung di dalam biji quarana,[7][8] mahupun bahagian-bahagian lain juga mungkin mengandungi kimia tersebut dalam pelbagai kuantiti.
Menurut Biological Magnetic Resonance Data Bank, guaranine adalah kandungan bahan kimia kafein di dalam guarana dan ia agak seiras dengan bahan kimia kafein yang diambil dari sumber lain sebagai contoh kopi, teh dan Yerba Mate. Guaranine, theine dan mateine adalah amat sinonim untuk kafein.[9]Sumber asli kafein mengandungi pelbagai campuran kandungan xanthine, alkaloids, selain dari kafein, termasuk stimulan untuk kardiak seperti theophylline dan theobromine dan bahan lain seperti polyphenol di mana ia boleh membentuk kompleks penyahserapan bersama kafein.[10]
Jadual mempunyai sebahagian daripada bahan kimia yang boleh didapati di dalam biji guarana,[7][11]walaupun bahagian lain pada pokok yang sama mengandungi bahan kimia yang sama dan dalam kuantiti yang berbeza-beza.
Kegunaan
Guarana digunakan di dalam pemanis atau minuman ringan berkarbonat dan minuman tenaga, di dalam ramuan herba, rempah ratus ataupun dikandungkan ke dalam kapsul-kapsul. Secara amnya, Amerika Selatan memperolehi kebanyakan kefein daripada guarana.[12]
Minuman Ringan
Brazil ialah negara konsumer minuman ringan ketiga terbesar di dunia,[13]mengeluarkan beberapa jenama minuman ringan dari ekstrak guarana. Perkataan Portugis "guarana" digunakan secara meluas di Brazil sebagai rujukan minuman ringan yang mengandungi ekstrak guarana.
Kesan Sampingan
Guarana amat kaya dengan kandungan kafein sehingga ia menarik perhatian ramai untuk dilihatkan potensi dalam kesan sampingannya. Ujian ke atas tikus makmal menunjukkan bahawa guarana dapat membantu meningkatkan daya ingatan and ketahanan fizikal bila dibandingkan dengan 'pil gula'.[14]
Dalam tahun 2007, telah diselenggarakan satu kajian penyelidikan[15] untuk mengetahui secara terperinci dengan memberi empat dos(37.5 mg,75 mg,150 mg dan 300 mg) ekstrak guarana. Memori, kecekapan and keceriaan ditingkatkan dengan dos dua terendah, mengesahkan keputusan lebih elok dari yang sebelumnya tentang kesan sampingan 75 mg guarana.
Kegunaan Lain dan Kesan Sampingan Lain
Di negara Amerika Syarikat, guarana telah diiktiraf sebagai selamat digunakan pada amnya oleh pentadbiran makanan dan dadah AmerikaFood and Drug Administration.[16]
Kajian awal menunjukkan bahawa guarana menjadi efektif sebaik saja dihadam. Satu kumpulan kajian yang lain mencatatkan secara purata kehilangan berat badan sebanyak 11.2 paun(5.1-kilogram) berlaku adalah lebih cepat bagi mereka yang mengambil campuran yerba mate, guarana, dan damiana berbanding dengan mereka yang diberikan 'pil gula' hilang secara purata berat badan sebanyak 1 paun selepas 45 hari.[17]Walaupun tiada keputusan konklusif terhadap efek yang spesifik dari penggunaan guarana, kajian ini berbeza dari satu kajian lain yang menunjukkan tiada kesan terhadap berat badan dari formula yang mempunyai guarana.[18]
Ekstrak Guarana mengurangkan agregasi pada plateletarnab sehingga 37 peratus dibawah nilai aras kawalan and mengurangkan platelet formasi thromboxane dari asid arakidonik sehingga 78 peratus dibawah nilai aras kawalan.[19]Tidak diketahui jika berlaku tindak balas platelet itu menambahkan efeknya terhadap risiko menghadapi penyakit jantung atau angin ahmar.[20]
Rujukan
^Ashihara H, Sano H, Crozier A (Februari 2008). "Caffeine and related purine alkaloids: biosynthesis, catabolism, function and genetic engineering". Phytochemistry. 69 (4): 841–56. doi:10.1016/j.phytochem.2007.10.029. PMID18068204.
^Bempong DK, Houghton PJ, Steadman K (1993). "The xanthine content of Guarana and its preparations". Int.J.Pharmacog. 31 (3): 175–81. doi:10.3109/13880209309082937. ISSN0925-1618.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^Prance G,Nesbitt M, penyunting (2004). Cultural History of Plants. New York: Routledge. m/s. 179.
^Beck HT (2004). "10 Caffeine,Alcohol, and Sweeteners". Dalam Ghillean Prance; Mark Nesbitt (penyunting). Cultural History of Plants. New York: Routledge. m/s. 179. ISBN978-0-415-92746-8.
^ abWeinberg BA, Bealer BK (2001). The World of Caffeine: The Science and Culture of the World's Most Popular Drug. New York: Routledge. ISBN978-0-415-92723-9.
^ abDuke JA (1992). Handbook of phytochemical constituents of GRAS herbs and other economic plants. Boca Raton: CRC Press. ISBN978-0-8493-3672-0. OCLC25874249.
^"Caffeine". Biological Magnetic Resonance Data Bank, University of Wisconsin-Madison. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-24. Dicapai pada 2007-09-19.
^Balentine D. A., Harbowy M. E. and Graham H. N. (1998). "Tea: the Plant and its Manufacture; Chemistry and Consumption of the Beverage". Dalam G Spiller (penyunting). Caffeine. CRC Press. ISBN978-0-8493-2647-9.[pautan mati kekal]
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Duke192a
^Weinberg BA, Bealer BK (2001). The World of Caffeine: The Science and Culture of the World's Most Popular Drug. New York: Routledge. m/s. 230. ISBN978-0-415-92723-9.
^Weinberg BA, Bealer BK (2001). The World of Caffeine: The Science and Culture of the World's Most Popular Drug. New York: Routledge. m/s. 192–3. ISBN978-0-415-92723-9.
^Espinola EB, Dias RF, Mattei R, Carlini EA (1997). "Pharmacological activity of Guarana(Paullina cupana Mart.) in laboratory animals". J Ethnopharmacol. 55 (3): 223–9. doi:10.1016/S0378-8741(96)01506-1. PMID9080343. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^Haskell CF, Kennedy DO, Wesnes KA, Milne AL, Scholey AB (2007). [1 "A double-blind,placebo-controlled,multi-dose evaluation of the acute behavioral effects of guarana in humans"] Check |url= value (bantuan). J.Psychopharmacol. Oxford). 21 (1): 65–70. doi:10.1177/0269881106063815. PMID16533867. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
^"Energy Drinks"(PDF). University of California, Davis. April 2007. Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 2011-08-25. Dicapai pada 2007-09-18. Text "format+PDF" ignored (bantuan)
^Anderson T, Foght J (2001). "Weight loss and delayed gastric emptying following a South American herbal preparation in overweight patients". J Hum Nutr Diet. 14 (3): 243–50. doi:10.1046/j.1365-277X.2001.00290.x. PMID11424516.
^Sale C, HArris RC, Delves S, Corbett J (2006). "Metabolic and physiological effects of ingesting extracts of bitter orange, green tea and guarana at rest and during treadmill walking in overweight males". Int J Obes(Lond). 30 (5): 764–73. doi:10.1038/sj.ijo.0803209. PMID16418760. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)