Pada masa dahulu, ramai golongan perempuan yang telah menjadi janda yang tinggal di kampung ini. Mereka mengusahakan tanaman nanas dan kebun-kebun buah-buahan. Peladang-peladang British telah mengambil tanah-tanah hutan yang tidak diusahakan lalu ditanam dengan getah dan membawa masuk pekerja dari India dan Sri Langka.
Di Jenderata juga ada sebuah lapangan terbang kecil bagi kapal terbang jenis Twin Otter mendarat. Peladang British lebih senang menggunakan jalan udara berbanding jalan darat.