Mambang Di Awan merupakan sebuah pekan hasil kewujudan lombongbijih timah di negeri Perak. Mambang Di Awan terletak di sebelah kiri bandar Kampar. Sebagai sebuah kawasan bekas lombong bijih timah, kawasan ini secara majoriti diduduki oleh orang Cina. Sebahagian bekas-bekas lombong ini telah ditebusguna atau dijadikan kawasan ternakan ikan air tawar. Kilang kacang tanah terkenal, Ngan Yin (Cap Tangan) terletak di sini.