Chikus (Jawi: چيكوسcode: ms is deprecated ) atau secara rasminya Pekan Chikus (Jawi: ڤكن چيكوسcode: ms is deprecated ) ialah sebuah pekan kecil yang terletak di dalam Mukim Sungai Manik yang di mana di bawah pentadbiran Daerah Hilir Perak, negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia.[1] Antara pekan yang berhampiran dengan Chikus ialah Langkap di timur dan Pekan Degong di timur laut.[1] Chikus merupakan kawasan sawah padi dan kebanyakan penduduknya ialah orang Melayu.
Etimologi
Chikus merupakan "nama manja" bagi tikus. Harimau dipanggil 'Pak Belang' Buaya dipanggil 'Sang Bedal'. Masalah utama pesawah padi ialah tikus yang boleh memusnahkan pokok-pokok padi yang sedang masak menguning dalam satu malam sahaja. Kepercayaananimisme manyatakan datangnya tikus begitu banyak kerana mendapat bala dari Tuhan kerana melanggar pantang tertentu.Apabila hendak membunuh tikus, tidak bleh lebih tiga kali pukul kerana dianggap menyiksa binatang.
Tuhan dalam konteks ini 'Hyang' iaitu ibu padi. Sembahyang bermaksud menyembah Hyang atau ibu padi. Itulah sebabnya orang Islam yang tahu telah menukar istilah sembahyang kepada solat, pinjaman dari Bahasa Arab.
Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), berikut ialah senarai sekolah yang terletak berhampiran dengan Chikus pada tahun 2020 berserta kod sekolah, lokasi dan jumlah pelajar.[4]