Kota Setia merupakan sebuah mukim di sebelah barat Teluk Intan, negeri Perak, berhampiran dengan muara Sungai Perak. Kota Setia juga merupakan satu mukim yang terletak dalam pentadbiran daerah Perak Tengah.
Kota Setia pernah dijadikan tajuk drama bersiri yang mengisahkan perjuangan orang Melayu pimpinan Datuk Maharaja Lela menentang sistem Residen British di Perak 1875.