Daerah Pakan
Pakan merupakan sebuah daerah yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Sarikei. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah pekan Pakan. Daerah Pakan dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 924 kilometer persegi. Daerah ini juga mempunyai jumlah penduduk seramai 15,462 orang pada tahun 2020. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat berbangsa Iban. SejarahPakan pada mulanya merupakan sebuah daerah kecil di bawah pentadbiran daerah Julau sejak tahun 1973. Pada 1 Mac 2002, Pakan dengan rasminya telah dinaik taraf kepada sebuah daerah penuh dan diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Sarikei.[2] PentadbiranDaerah Pakan terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Pakan yang merupakan sebahagian daripada pentadbiran Bahagian Sarikei. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah ini pula ialah Majlis Daerah Maradong dan Julau. PolitikDaerah Pakan diletakkan di bawah dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pakan (N47) dan Meluan (N48) yang terletak di bawah kawasan Parlimen Julau (P209). GeografiDaerah Pakan terletak di tengah negeri Sarawak, dan di selatan bahagian Sarikei. Daerah Pakan bersempadan dengan daerah Meradong di utara, daerah Julau di timur, daerah Betong di selatan, daerah Saratok di barat dan daerah Sarikei di barat laut. Daerah Pakan mempunyai keluasan kira-kira 924 kilometer persegi dan mempunyai titik tertinggi mencecah 665 meter. Bentuk muka bumi daerah ini kebanyakannya merupakan kawasan rata dan mendatar di bahagian utara manakala di bahagian selatan daerah ini merupakan kawasan tanah tinggi dan berbukit. Antara sungai utama yang mengalir di daerah ini termasuklah Sungai Julau dan Sungai Pakan. Demografi
Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Pakan ialah seramai 15,462 orang dengan kepadatan penduduk 17 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Bancian ini juga merekodkan sejumlah 3 377 isi rumah dengan 4,502 tempat kediaman. Majoriti penduduk di daerah Meradong merupakan Bumiputera selain Melayu, dengan majoriti antara mereka berbangsa Iban. Penduduk berbangsa Cina membentuk kumpulan kedua terbesar diikuti penduduk berbangsa Melayu. Penduduk bukan warganegara terdiri daripada 57 orang.[3][4]
AgamaDi daerah Pakan, sebahagian besar penduduk menganut agama Kristian dengan peratusan lebih 88 peratus. Penduduk tidak beragama atau Ateisme membentuk kelompok kedua terbesar di daerah ini dengan peratusan lebih lapan peratus dari jumlah penduduk. Terdapat juga penduduk beragama lain seperti Islam dan Buddha yang membentuk kumpulan minoriti dengan peratusan dua satu peratus.
Rujukan
|