Daerah Kapit (Jawi: داءير٥ كاڤيت: Cina: 加帛县; Tamil: காப்பிட் மாவட்டம்) merupakan sebuah daerah pentadbiran di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia.[1][2] Kawasan pentadbiran ini merupakan sebahagian daripada Bahagian Kapit yang di mana merupakan gabungan daripada empat buah daerah iaitu Bukit Mabong, Belaga, Song dan Kapit dan dua buah daerah kecil iaitu Sungai Asap dan Nanga Merit.[3][4] Daerah Kapit mempunyai penduduk seramai 36,030 orang pada tahun 2020 dengan jumlah keseluruhan isi rumah sebanyak 8,959.[5]
Geografi
Daerah Kapit terletak di bahagian selatan negeri Sarawak dan bersempadan dengan Daerah Tatau dalam Bahagian Bintulu di bahagian utara, Daerah Belaga di bahagian timur laut, Daerah Bukit Mabong di bahagian selatan, Daerah Song di bahagain barat dan Daerah Selangau dalam Bahagian Sibu di bahagian barat laut.[6] Sebagai sebuah daerah pentadbiran dalam Bahagian Kapit, Daerah Kapit terletak di bahagian utara Bahagian Kapit.[6]
Demografi
Sejarah kependudukanTahun | Pend. | ±% |
---|
1970 | 51,312 | — |
---|
1980 | 35,847 | −30.1% |
---|
1991 | 55,608 | +55.1% |
---|
2000 | 56,709 | +2.0% |
---|
2010 | 55,304 | −2.5% |
---|
2020 | 36,030 | −34.9% |
---|
Sumber: [5] |
Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010, kawasan Daerah Kapit mempunyai jumlah penduduk seramai 55,304 orang dengan pecahan jantina iaitu 27,320 orang penduduk merupakan lelaki dan 27,984 orang penduduk lagi merupakan perempuan.[5][7] Terdapat seramai 54,657 orang yang berwarganegara Malaysia dan 647 orang bukan warganegara Malaysia yang tinggal di Daerah Kapit. Bumiputera Sarawak ialah kaum majoriti atau paling banyak yang bermastautin di Daerah Kapit dengan jumlah penduduk mencecah 50,670 orang, yang di mana merupakan gabungan daripada kaum Melayu Sarawak, Iban, Melanau dan Bidayuh dan lain-lain. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, jumlah penduduk bagi setiap kaum ialah 2,067 orang bagi penduduk Melayu, 45,405 orang bagi penduduk Iban, 301 orang bagi penduduk Melanau, 741 orang bagi penduduk Bidayuh dan 2,156 orang bagi penduduk bumiputera lain-lain. Selain itu juga, terdapat 3,824 orang penduduk yang berbangsa Cina dan 95 orang penduduk merupakan bangsa lain-lain yang menetap di Daerah Kapit. Kaum minoriti di Daerah Kapit ialah India yang hanya membentuk jumlah penduduk sebanyak 68 orang sahaja.[5][7] Pada tahun tersebut juga, terdapat sebanyak 12,612 buah isi rumah dan 13,563 buah tempat kediaman iaitu rumah yang terbina di Daerah Kapit.[5][7]
Pada bancian berikutnya iaitu pada tahun 2020, Daerah Kapit mempunyai jumlah penduduk seramai 36,030 orang. Seramai 18,134 orang penduduk merupakan lelaki dan selebihnya merupakan perempuan dengan jumlah sebanyak 17,896 orang.[5] Hampir 99 peratus penduduk yang tinggal di dalam kawasan Daerah Kapit merupakan berwarganegara Malaysia dengan jumlah sebanyak 35,643 orang dah selebihnya penduduk bukan berwarganegara Malaysia dengan jumlah sebanyak 387 orang sahaja yang membentuk satu peratus. Pada tahun tersebut juga, majoriti etnik yang tinggal di Daerah Kapit ialah Bumiputera Sarawak yang membentuk peratus sebanyak 93 peratus. Daripada peratus tersebut, didapati bahawa terdapat seramai 33,110 orang yang merupakan Bumiputera Sarawak. Selebihnya iaitu tujuh peratus, merupakan penduduk yang beretnik Cina yang membentuk jumlah sebanyak 2,482 orang.[5] Terdapat sebanyak 11,711 buah tempat kediaman yang terbina di Daerah Kapit dengan 8,959 buah isi rumah pada tahun 2020.[5]
Rujukan
Pautan luar
|
---|
|
Sejarah | |
---|
Bahagian pentadbiran | |
---|
Bahagian perundangan | P - Parlimen N - Negeri | |
---|
DUN | |
---|
Pihak Berkuasa Tempatan | Dewan Bandaraya | |
---|
Majlis Perbandaran | |
---|
Majlis Daerah | |
---|
|
---|
|
---|