Sarapan

Nasi lemak menjadi hidangan sarapan dekat Malaysia.

Sarapan atau makan pagi adalah makanan pertama setiap hari yang diambil pada waktu pagi.[1] Kata Sarapan berasal dari bahasa Jawa Indonesia, Pelbagai menu sarapan "biasa" atau "tradisional" wujud, dengan pilihan makanan yang pelbagai mengikut kawasan dan tradisi sedunia.

Sejarah

Dalam Inggeris Kuno, makan pagi biasa dipanggil sebagai morgenmete,[2] dan perkataan dinner, yang berasal daripada perkataan Gallo-Romawi desjunare ("untuk membuka puasa seseorang"), merujuk kepada makan selepas berpuasa.[3][4] Sekitar pertengahan abad ke-13, maksud dinner semakin hilang, dan sekitar abad ke-15 "breakfast" muncul dalam penulisan Ingeris untuk menerangkan makan pagi.[5]

Perkataan sarapan dan sarap ini didapati datang daripada bahasa Jawa di mana ia didapati terakam dalam kamus Jawa-Belanda, Javaansch-Nederduitsch Woordenboek (1847) susunan Gericke dan Roorda.[6] Perkamusan Nusantara seawal 1939 di Hindia Timur melalui Bausastra Jawa (1939) susunan W. J. S. Poerwadarminta turut mencatat perkataan ini di mana ia ditakrifkan sebagai ‘mengalas sesuatu’.[perlu rujukan]

Sarapan purba

Mesir Purba

Semasa Mesir Purba, petani memakan makanan harian, selalunya di waktu pagi, mengandungi sup, bir, roti, dan bawang sebelum mereka keluar untuk bekerja di padang atau kerja yang diarahkan firaun.[7]

Sarapan tradisional dipercayai dimasak di Mesir Purba ialah fūl (dibuat daripada kacang parang, berkemungkinan leluhur kepada makanan hari ni, ful medames), roti baladi, dibuat daripada gandum amel, dan falafel, dan campuran kacang parang dengan bawang, bawang putih, pasli dan ketumbar.[8]

Yunani Purba

Dalam kesusasteraan Yunani, banyak disebut mengenai ariston, sejenis makan yang diambil tidak lama selepas matahari terbit. Catatan Iliad menyatakan makan ini berkenaan dengan seorang tukang kayu yang letih bekerja yang tidak sabar-sabar untuk jamuan ringan untuk memulakan harinya, menyediakannya walaupun dia sakit keletihan.[9] Prosa pembukaan buku ke-16 Odýsseia menyebut sarapan sebagai makan yang disediakan pada waktu pagi sebelum melakukan kerja rumah.[10] Lama kelamaan, ariston dibawa ke tengah hari, dan suatu makan pagi diperkenalkan.

Semasa zaman klasik Yunani pasca-Homer, sejenis makan dipanggil akratisma biasanya diamalkan sebaik sahaja selepas terbit matahari di waktu pagi.[9] Akratisma (ἀκρατισμός, akratismos) merangkumi roti barli dicicah dalam wain (ἄκρατος, akratos), kadangkala dilengkapkan dengan tin dan zaitun.[11] Mereka juga membuat lempeng dipanggil tēganitēs (τηγανίτης), tagēnitēs (ταγηνίτης),[12] atau tagēnias (ταγηνίας),[13] semua perkataan terbit dari tagēnon (τάγηνον), bermaksud "kuali menggoreng".[14] Rujukan terawal yang disahkan untuk tagēnias ialah dalam karya puisi abad ke-5 sebelum masihi Kratinus[15] and Magnes.[16][17][18] Jenis lain lempeng ialah staititēs (σταιτίτης), daripada staitinos (σταίτινος), "tepung atau doh spelta",[19] terbit daripada stais (σταῖς), "tepung spelta".[20] Athenaios dalam Deipnosophistai menyebut staititas diletak di atasnya dengan madu, bijan dan keju.[21][22][23]

Rom Purba

Orang Rom memanggil sarapan sebagai ientaculum. Ia biasanya terdiri daripada ruji harian seperti roti, keju, zaitun, salad, kekacang, kismis,dan daging sejuk yang ditinggalkan malam sebelumnya.[24] Mereka juga minum minuman berasaskan wain seperti mulsum, sejenis campuran wain, madu, dan rempah beraroma.[25] Penyair Latin abad pertama Martial menyatakan ientaculum dimakan pada 3:00 atau 4:00 pagi, semenara sarjana abad ke-16 Claudius Saumaise menulis ia biasanya dimakan pada 9:00 atau 10:00 pagi. Ia nampaknya tidak mempunyai masa yang tetap untuk mengambil makan ini.[26]

Tentera Rom bangun pagi untuk mengambil sarapan pulmentus, bubur sama dengan polenta Itali, diperbuat daripada gandum spelta atau barli panggang yang kemudian ditumbuk dan dimasak dalam periuk air.[27]

Sarapan zaman pertengahan (500–1500)

Eropah

Pembuat roti zaman pertengahan bersama pelapisnya. Setakat apa yang dilihat dalam gambar, buku roti berbentuk bulat menjadi kelaziman.

Di Zaman Pertengahan Eropah, sarapan pagi tidak dianggap sebagai hidangan penting dan perlu, dan tidak praktikal semasa zaman pertengahan yang lebih awal. Raja-raja dan yang terdekat akan menghabiskan banyak masa di sekeliling meja makan. Hanya dua hidangan rasmi yang dimakan setiap hari—satu pada tengah hari dan satu pada sebelah malam. Masa yang tepat berubah mengikut tempoh dan rantau, tetapi sistem dua hidangan ini tetap konsisten sepanjang abad pertengahan. Takrif harfiah mengenai sarapan pagi dalam bahasa Inggeris 'breakfat' bermaksud 'berbuka puasa' dari tidur malam, dan banyak rekod bertulis dalam zaman pertengahan seolah-olah menegur makan pada waktu pagi.[28]

Sarapan dikritik dalam teologi Katolik. Paderi Dominica yang berpengaruh di abad ke-13 Thomas Aquinas menulis dalam Summa Theologica (1265-1274) bahawa mengambil sarapan pagi adalah "praepropere," atau berdosa kerana makan terlalu awal, yang berkaitan dengan sikap lahap.[29] Kerakusan dan sikap lahap tidak disukai dan dianggap bodoh oleh Gereja Katolik, kerana mereka menganggap bahawa jika seseorang makan sarapan pagi, itu adalah kerana seseorang mempunyai nafsu makan yang lain juga, seperti ale atau wain.

Sarapan pada setengah waktu dan tempatnya adalah semata-mata diberikan kepada kanak-kanak, orang tua, orang sakit, dan pekerja lelaki. Orang lain tidak bercakap tentang atau makan sarapan pada waktu pagi. Makan sarapan bermakna bahawa seseorang itu miskin, seorang petani bertaraf rendah atau buruh yang benar-benar memerlukan tenaga untuk mengekalkan buruh pagi, atau terlalu lemah untuk makan tengah hari yang besar.[30] Memandangkan orang zaman pertengahan melihat sikap lahap sebagai dosa dan tanda kelemahan, mereka sering malu makan sarapan.[31]

Pengembara bangsawan adalah dikecualikan, kerana mereka juga dibenarkan makan sarapan pagi ketika mereka berada jauh dari rumah. Sebagai contoh, pada bulan Mac 1255, kira-kira 1512 gelen wain telah dihantar kepada Raja Henry III Inggeris di gereja biara di St Albans untuk sarapan sepanjang perjalanannya. Sekiranya seorang raja berada dalam ziarah keagamaan, pengharaman sarapan pagi telah diangkat sepenuhnya dan bekalan yang mencukupi sebagai ganti bagi kualiti makanan yang tidak menentu di kedai-kedai masak tempatan semasa perjalanan.[32]

Pada abad ke-13, sarapan apabila dimakan kadangkala mengandungi kepingan roti rai dan sedikit keju. Makan pagi tidak akan termasuk sebarang daging, dan mungkin termasuk 0.4 imperial gallon (1.8 L) bir berkandungan alkohol rendah. Kuantiti roti dan bir yang tidak dinentukan boleh dimakan di antara waktu makan.[33]

Pada abad ke-15, sarapan di barat Eropah kerap termasuk daging.[34] Pada masa itu, kaum bangsawan dilihat menikmati sarapan pagi, menjadikannya amalan biasa, dan pada awal abad ke-16, sarapan pagi menjadi adat. Pengenalan minuman berkafein pada abad ke-16 ke dalam diet Eropah adalah sebahagian daripada pertimbangan untuk membenarkan sarapan pagi. Adalah dipercayai bahawa kopi dan teh membantu badan dalam "pengeluaran superfluities," dan diambil pada waktu pagi.  

Sarapan moden (1500-kini)

Afrika

Sarapan keluarga di kawasan Isan di Thailand

Secara tradisinya, hidangan Afrika yang pelbagai menggunakan gabungan buah-buahan, bijirin dan sayuran yang ada secara tempatan, begitu juga produk susu dan daging. Di sebahagian benua, gizi tradisi mengandungi susu, dadih dan produk whey. Sejenis bubur juga dimakan secara lazim. Dalam buku The Bible cyclopædia (et al.) diterbitkan pada 1843, ia mendokumenkan semasa waktu itu during dalam dunia Arab, orang badwi sering digunakan belalang dicampur dengan mentega untuk sarapan pagi, menyapu campuran pada roti tidak beragi.[35]

Mesir

Dalam buku The Bible cyclopædia (et al.) diterbitkan pada 1843, ada didokumenkan bahawa orang Mesir adalah orang yang bangun awal yang kadang-kadang mempunyai hidangan pertama yang terdiri daripada kopi bersama-sama dengan rokok paip, dan tidak makan sarapan hingga tengah hari.[36] Masa masa ini, ada didokumenkan bahawa makanan sarapan Mesir termasuk roti, keju, telur, mentega, seri kaya, krim gumpal dan kacang rebus.[36] Sebagai tambahan, kacang parang menjadi hidangan sarapan negara.[37]

Asia

Sarapan tradisi Syam dengan pelbagai jenis makanan.

Di kawasan Timur Tengah Asia, Iftar merujuk pada makan petang apabila Muslim membuka puasa semasa bulan Ramadan. Iftar ialah satu acara beragama dalam Ramadan, dan sering dilakukan sebagai satu komuniti, dengan orang ramai berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama. Iftar dilakukan selepas masuknya waktu Maghrib (senja). Semasa bulan Ramadan, Muslim menggantikan sarapan tradisional dengan sahur, istilah Islam merujuk kepada makan awal pagi oleh Muslim sebelum berpuasa di siang hari. Makan sahur dilakukan sebelum fajar menyingsing.[38]

Jepun

Di Jepun, menjadi kebiasaan untuk makan sup miso dan bubur nasi untuk sarapan.[39]

Lebanon

Dalam buku The Bible cyclopædia (et al.) merakamkan, orang Lubnan yang miskin akan makan bawang perai dengan roti untuk sarapan.[40]

Malaysia
Budaya Makan Pagi Malaysia
NegaraMalaysia
DomainBudaya Makan Pagi
Rujukan02113
KawasanAsia Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi2024 (sesi ke-19)
SenaraiSenarai Perwakilan

Budaya makan pagi memang tidak asing dalam masyarakat Malaysia terutama masyarakat Melayu, Cina, India dan sebagainya. Hidangan sarapan paling terkenal di Malaysia ialah nasi lemak, roti canai dan teh tarik. Ia mendapat pengiktirafan daripada UNESCO sebagai warisan budaya tidak ketara pada Disember 2024.[41]

Eropah

Sarapan bufet dalam kapal MS Gabriella
Austria

Croissant muncul berasal dari Vienna, Austria, pada 1683.[42][43]

Perancis
Sarapan benua

Sarapan Perancis selalunya sama dengan sarapan benua tersebut.[44] Pastri sarapan Perancis mengandungi pastel epal, brioche, croissant[45] dan pain au chocolat (roti coklat).[46] Croissant menjadi kebiasaan dalam masakan sarapan Perancis pada 1875.[45]

Belanda

Sarapan biasanya mengandungi roti dengan daging potongan sejuk, keju dan hiasan atas yang manis; seperti hagelslag, vlokken, muisjes, gestampte muisjes [nl], sapuan coklat, treacle (sirap gula perang yang gelap dan likat dipanggil stroop), mentega epal dan mentega kacang.

Pekataan wafel berasal dari perkataan Belanda wafel, yang mana ia terbit dari Belanda Tengah wafele,[47] dan seperti menjadi makanan asal yng dikenali pada hari ini.[48]

Amerika Utara

Kumpulan pertama yang dikenali menghasilkan sirap mapel dan gula mapel ialah orang asli yang tinggal di bahagian timur laut Amerika Utara. Mengikut tradisi lisan asli, serta bukti arkeologi, sap pohon mapel telah diproses menjadi sirap lama sebelum orang Eropah tiba di rantau ini. [49][50]

Sosej, roti telur dan keju
Kanada

Walaupun menjadi punca kontroversi dari mana sarapan pembalak kayu berasal, sumber yang paling digemari adalah sarapan pagi pembalak pertama kali dihidangkan di Vancouver Hotel, pada tahun 1870. Sarapan pagi ini terdiri daripada telur berlimpah, pelbagai daging babi goreng. Dikatakan oleh Anita Stewart bahawa tradisi pemakanan ini dikembangkan kerana lelaki memerlukan tenaga untuk kerja manual.[51]

Amerika Syarikat

Pada tahun 1620, wafel pertama kali diperkenalkan ke Amerika Utara oleh penziarah yang dahulunya tinggal di Belanda.[52] Kemudian para perintis memakan sebahagian besar sarapan berasaskan hidangan jagung, dan juga memakan makanan berasaskan jagung untuk makan malam dan makan tengah hari.[53][54] Selepas Perang Saudara, agak biasa di Amerika untuk makan sandwic yang dibuat daripada ham dan telur. Sandwic ini tidak dimakan pada waktu pagi sahaja. Pada tahun 1897, resipi sandwic sarapan sejati yang pertama diterbitkan dalam buku masakan.[55]

Kesan kesihatan

Kajian

Kajian membabitkan 1,500 responden daripada empat perkampungan di Guatemala dari 1969 hingga 1997 mendapati, lelaki yang diberi bu-bur nasi kaya khasiat sebelum umur tiga tahun mempunyai pendapatan 46 peratus lebih tinggi bagi setiap jam berbanding kumpulan kawalan yang menerima kurang khasiat.

Bagaimanapun, didapati tiada perbezaan ekonomi bagi responden yang diberi makanan berkhasiat selepas berumur tiga tahun, baik lelaki mahupun wanita. Dalam kajian itu, aspek persekitaran dan kualiti sekolah turut diberi perhatian supaya tidak menjejaskan keputusan. Pakar pemakanan mengenal pasti umur sehari ke dua tahun atau sehari ke tiga tahun sebagai jendela emas (tempoh paling berharga).

Kekurangan zat boleh memberi kesan yang sangat merugikan kerana ia memperlahankan pertumbuhan fizikal(menyebabkan anak rendah) dan perkembangan minda. Mempunyai saiz badan tinggi dan kuat boleh membantu meningkatkan pendapatan daripada segi kemampuan tenaga, tetapi paling penting ialah keupayaan minda.

Walaupun kajian ini mensasarkan kesan jangka panjang makanan berkhasiat kepada kanak-kanak di bawah tiga tahun, ia bukan bermakna keperluan anak yang lebih tua boleh diabaikan. Banyak kajian menunjukkan anak yang bersarapan menunjukkan prestasi dan daya tumpuan lebih baik di bilik darjah. Jadi tidak kira berapa umur anak anda, mereka masih boleh mendapat manfaat daripada sarapan berkhasiat.

Kajian UKM

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Nestle (M) Berhad pada tahun 2001 ke atas 12,000 murid sekolah rendah (berumur tujuh hingga 12 tahun di seluruh negara) mendapati, lebih 30 peratus kanak-kanak sekolah rendah tidak bersarapan.

Antara alasan paling kerap diberi ialah tidak cukup masa (48 peratus) dan tidak berselera (30 peratus). Manakala pilihan makanan sarapan paling lazim ialah roti, nasi lemak, nasi goreng dan kuih.

Didapati pengambilan makanan harian juga tidak teratur. Semakin ramai kanak-kanak gemar kudapan seperti ais krim, buah, bijirin sarapan pagi, kentang goreng, coklat dan makanan ringan. Sebaliknya, kekerapan makan bersama keluarga menurun. Berdasarkan kajian, hanya 68 peratus kanak-kanak sekolah rendah makan malam bersama keluarga.

Sebenarnya, kanak-kanak tahu mengenai nilai pemakanan, tetapi pengetahuan ini tidak mencerminkan tabiat makan mereka. Hampir 77 peratus kanak-kanak sekolah rendah tahu mereka perlu bersarapan. Golongan yang tidak bersarapan akan makan mi atau mihun goreng, nasi lemak atau nasi goreng pada waktu rehat di sekolah. Malah, murid yang bawa bekal juga makan mi, mihun atau nasi goreng, atau nasi lemak di kantin menggunakan duit belanja yang diberi ibu bapa.

Kanak-kanak kini tidak lagi aktif sebagaimana sepatutnya. Dalam kajian itu penyelidik mendapati:

  • 25 peratus kanak-kanak mengalami masalah berat badan
  • 13.2 peratus kurang berat badan (10 peratus bagi kumpulan tujuh hingga sem-bilan tahun dan 17 peratus bagi kumpulan 10 hingga 12 tahun)
  • 11.7 peratus berlebihan berat badan (lima peratus dari kumpulan tujuh hingga sembilan tahun dan 21 peratus untuk kumpulan 10 hingga 12 tahun)

Ditanya bagaimana mereka menghabiskan masa lapang, kira-kira 76 peratus menjawab di depan televisyen. Hanya 24 peratus terbabit dalam aktiviti cergas. Aktiviti paling biasa ialah berbasikal, bermain badminton atau berlari.

Ketua Unit Pengurusan Pemakanan dan Reproduktif Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kamarul FaKamarul Zaman, ber-kata kegagalan mengamalkan tabiat pemakanan yang baik antara faktor yang menyumbang kepada masalah pertambahan berat badan di kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Berdasarkan Kajian Kementerian Kesihatan pada 2006, sebanyak 10.5 peratus murid sekolah di negara ini mengalami masalah berlebihan berat badan dan enam peratus lagi termasuk dalam kategori sangat gemuk atau obes.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Breakfast – definition of breakfast". Free Online Dictionary, Thesaurus and Encyclopedia. 2012. Dicapai pada 28 March 2012.
  2. ^ "Breakfast". Etymonline.com. Dicapai pada February 2, 2013.
  3. ^ Albala, p. 21
  4. ^ Paoli, Antonio; Tinsley, Grant; Bianco, Antonino; Moro, Tatiana (2019-03-28). "The Influence of Meal Frequency and Timing on Health in Humans: The Role of Fasting". Nutrients (dalam bahasa Inggeris). 11 (4): 719. doi:10.3390/nu11040719. ISSN 2072-6643. PMC 6520689. PMID 30925707.
  5. ^ Anderson, p. 5
  6. ^ Holy Adib (13 Julai 2019). "Sarapan dan Menyarap". Beritagar.id. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-01-25. Dicapai pada 25 Januari 2020.
  7. ^ Alcock, Joan (2006). Food in the Ancient World. Westport, CT: Greenwood Press. m/s. 181. ISBN 0-313-33003-4.
  8. ^ Elnasharty, Tasnim (11 March 2020). "The Most Famous Traditional Egyptian Breakfast—Foul and Falafel". www.arabamerica.com. Dicapai pada 24 May 2021.
  9. ^ a b Anderson, p. 9
  10. ^ Homer (2005) The Odyssey. London: Macmillan. p. 265. ISBN 1909621455
  11. ^ Flacelière R. La Vie quotidienne en Grèce au temps de Périclès. Paris: Hachette, 1988 (1st edn. 1959). p. 205. ISBN 2-01-005966-2, translated in English as Daily Life in Greece at the Time of Pericles. London: Phoenix Press, 2002 ISBN 1-84212-507-9
  12. ^ ταγηνίτης, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  13. ^ ταγηνίας, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  14. ^ τάγηνον, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  15. ^ Cratinus, 125, Comicorum Atticorum Fragmenta
  16. ^ Ricotti, Eugenia Salza Prina (2007) Meals and recipes from ancient Greece. Getty Publications. p. 111. ISBN 0892368764
  17. ^ Dalby, Andrew (1996) Siren feasts: a history of food and gastronomy in Greece. Routledge. p. 91. ISBN 9780415156578
  18. ^ Spiller, Gene A. (1991) The Mediterranean diets in health and disease. AVI/Van Nostrand Reinhold. p. 34. ISBN 0442004494
  19. ^ σταίτινος, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  20. ^ σταῖς, Henry George Liddell, Robert Scott, A Greek-English Lexicon, on Perseus
  21. ^ Atheneaus, The Deipnosophists, 646b, on Perseus
  22. ^ Dalby, Andrew (2003) Food in the ancient world from A to Z. Routledge. p. 71. ISBN 0415232597
  23. ^ Athenaeus and Olson, S. Douglas (2011) The Learned Banqueters, Volume VII: Books 13.594b-14, Loeb Classical Library. pp. 277–78. ISBN 0674996739
  24. ^ Albala, p. 20
  25. ^ Riley, H.T. (1852). The Comedies of Plautus. London: Henry G. Bohn.
  26. ^ Becker, B. A. (1844). Roman Scenes of the Time of Augustus; With Notes and Excursus Illustrative of the Manners and Customs of the Romans. London: John w. Parker. m/s. 357.
  27. ^ Katz, Solomon H. and Weaver, William Woys (2002) Encyclopedia of Food and Culture. Vol 1. p. 244. Charles Scribner & Sons. ISBN 0684805685
  28. ^ Anderson, Heather Arndt (2013). Breakfast: A History. AltaMira Press. ISBN 0759121656
  29. ^ Anderson, Heather Arndt (2013). Breakfast: A History. AltaMira Press. ISBN 0759121656
  30. ^ P.W. Hammond (1993). Food & Feast in Medieval England. Phoenix Mill: Alan Sutton.
  31. ^ C.W. Bynum (1987). Holy feast and holy fast: The religious significance of food to medieval women. Berkeley: University of California Press.
  32. ^ Collin Spencer (2002). British Food: an Extraordinary Thousand Years of History. New York: Columbia University Press.
  33. ^ Hicks, M.A. (2001). Revolution and consumption in late medieval England. Woodbridge: Boydell Press.
  34. ^ Anderson, p. 11
  35. ^ Goodhugh, p. 779
  36. ^ a b Goodhugh, p. 843
  37. ^ Bsisu, May (2005). The Arab Table: Recipes and Culinary Traditions. HarperCollins. p. 105. ISBN 0060586141
  38. ^ "BBC — Schools — Religion — Islam". Dicapai pada 11 April 2010.
  39. ^ Kenney-Herbert, Arthur (1885). "Culinary Jottings For Madras". Culinary Jottings, A Treatise for Anglo-Indian Exiles (1).
  40. ^ Goodhugh, p. 755
  41. ^ "Budaya sarapan di Malaysia diiktiraf warisan budaya tidak ketara UNESCO". Sinar Harian. 2024-12-05. Dicapai pada 2024-12-08.
  42. ^ Calvel, Raymond (2001). The Taste of Bread. Springer. p. 141. ISBN 0834216469
  43. ^ Scott-Hamilton, Carolyn (2012). The Healthy Voyager's Global Kitchen: 150 Plant-Based Recipes From Around the World. Fair Winds. p. 115. ISBN 1610581741
  44. ^ Kittler, Pamela Goyan; Sucher, Kathryn P. (2007). Food and Culture. Cengage Learning. p. 151. ISBN 049511541X
  45. ^ a b Clarke, Stephen (2012). 1000 Years of Annoying the French. Open Road Media. p. (unlisted). ISBN 1453243585
  46. ^ Edelstein, Sari (2010). Food, Cuisine, and Cultural Competency for Culinary, Hospitality, and Nutrition Professionals. Jones & Bartlett Learning. p. 138. ISBN 0763759651
  47. ^ "Definition of waffle". Merriam-Webster. Dicapai pada 2013-04-09.
  48. ^ Duda, Carlene (2007). Beyond Oatmeal: 101 Breakfast Recipes. Cedar Fort. p. 83. ISBN 1599550180.
  49. ^ Ciesla 2002.
  50. ^ "History". Michigan Maple Syrup Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 May 2011. Dicapai pada 20 November 2010.
  51. ^ "Big Breakfasts, Dinner Dates, Fish & the Dishes Read more: Lumberjack Breakfast – Origin of the Term Lumberjack Breakfast". Esquire. Dicapai pada 8 October 2013.
  52. ^ Serna-Saldivar, Sergio O. (2012). Cereal Grains: Laboratory Reference and Procedures Manual. CRC Press. p. 270. ISBN 143985565X
  53. ^ "History Of Breakfast In America". The Early Show. CBS. November 6, 2009. Dicapai pada 10 April 2013.
  54. ^ Hundley, Daniel R (1860). Henry B. Price (penyunting). Social Relations in Our Southern States. New York: H. B. Price. m/s. 87.
  55. ^ Cook, Maud C. (1897). Breakfast, Dinner, and Supper, or What to Eat and How to Prepare it. Philadelphia: J. H. Moore. m/s. 328.

Bibliografi

Bacaan lanjut

  • Sejarah sarapan pagi
  • Sejarah bijirin sarapan pagi
  • Sumber lain