Kacang parang atau kacang buncis besar[1] serta vicia faba, juga dikenali sebagai kacang fava, kacang faba, kacang loceng, or kacang tik, ialah satu spesies kacang (Fabaceae) berasal dari Afrika Utara, barat daya dan selatan Asia, dan ditanam meluas di tempat lain.
Kacang parang yang digoreng dan ditabur dengan garam amat sedap rasanya, tetapi awas, ia mampu membahayakan kesihatan mereka yang mengidap penyakit kekurangan G6PD.[2], [3]
Komposisi
Ia adalah tumbuhan tegar yang mampu tumbuh sehingga 0.5-1.8 m tinggi, dengan keratan rentas batang persegi yang kuat. Daunnya lebar 10–25 cm panjang menyirip dengan 2–7 lebaran, dan berwarna kelabu-hijau sayu yang tersendiri; tidak seperti kebanyakan vec yang lain, daun tidak mempunyai sulur paut untuk memanjat tumbuhan lain.
Bunganya adalah 1–2.5 cm panjang, dengan lima kelopak, putih kelopak standard, kelopak sayap putih dengan tompok hitam (hitam benar, bukan ungu atau biru gelap seperti yang ada pada kebanyakan pewarna "hitam",[4]) dan kelopak lunas berwarna putih.
Penanaman
Kacang parang mempunyai tradisi penanaman yang panjang dalam pertanianDunia Lama, menjadi antara tumbuhan yang paling kuno dalam penanaman dan juga di kalangan yang paling mudah untuk bertumbuh. Bersama-sama dengan lentil, kacang pea, dan kacang kuda, mereka dipercayai telah menjadi sebahagian daripada diet Mediterranean timur sekitar 6000 SM atau lebih awal. Mereka masih sering ditanam sebagai tanaman penutup untuk mengelakkan hakisan, kerana tumbuhan ini boleh bertahan dengan musim sejuk dan kerana sebagai kekacang, ia boleh mengikat nitrogen di dalam tanah.
Isu kesihatan
Kacang parang kaya dengan bahan tyramine, dan dengan itu perlu dielakkan oleh mereka yang mengambil "monoamine oxidase (MAO) inhibitor".
Kacang parang kaya dengan L-dopa, bahan yang digunakan secara perubatan bagi rawatan penyakit Parkinson. L-dopa juga merupakan agen natriuretik, yang mungkin membantu mengawal hipertension.[8]
Kawasan asal kacang parang berkait dengan kawasan demam malaria. Terdapat kajian epidemiologikal dan vitro yang mencadangkan bahawa hemolysis terjadi akibat favism bertindak sebagai perlindungan dari malaria, kerana sesetengah spesies protozoa malarial seperti Plasmodium falcipacrum amat sensitif kepada kerosakan oksida akibat kekurangan enzim glucose 6-phosphate dehydrogenase, yang jika tidak melindungi dari kerosakan pengoksidaan melalui penghasilan glutathione reductase[9]
^Vered Y, Grosskopf I, Palevitch D, Harsat A, Charach G, Weintraub MS, Graff E. The influence of Vicia faba (broad bean) seedlings on urinary sodium excretion. Planta Med 1997;63:237-40. PMID 9225606.
^Nelson L. David, Cox M. Michael .2005. “Chapter 14- Glycolysis, Gluconeogenesis, and the Pentose Phosphate Pathway” In Principles of Biochemistry. Freeman, New York. pp. 551.