Masakan Itali (Jawi: ماسقن ايطاليcode: ms is deprecated ) ialah makanan khas di Itali. Ia telah berkembang melalui perubahan sosial dan ekonomi berabad-abad lamanya, dengan akar asal usulnya dijejak kembali ke zaman dahulu.[1]
Perubahan yang ketara berlaku dengan penemuan dan pengenalan kentang, tomato, lada benggala, jagung dari benua Amerika serta bit gula dengan yang terakhir itu diperkenalkan pada abad ke-18.[2][3] Masakan Itali terkenal dengan kepelbagaian wilayahnya, terutama di antara utara dan selatansemenanjung Itali.[4][5][6] Ia menawarkan banyak rasa, dan merupakan salah satu yang paling popular dan ditiru di seluruh dunia.[7] Ia mempengaruhi beberapa masakan di seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat.[8] Batasan pemakanan mengikut agama turut menerbitkan cara masakan setempat tersendiri seperti masyarakat Yahudi Rum yang menggantikan daging babi dengan daging lembu sambil menggantikan mentega dengan minyak zaitun seiring hukum kasyrut.[9]
Masakan Itali umumnya dicirikan oleh kesederhanaannya, dengan kebanyakan hidangan yang hanya mempunyai dua hingga empat ramuan utama.[10] Tukang masak Itali bergantung terutamanya kepada kualiti bahan daripada penyediaan rumit.[11] Ramuan dan hidangan adalah berbeza mengikut rantau. Banyak hidangan yang dahulunya makanan serantau telah berkembang dengan variasi di seluruh negara.
(Inggeris) The Italian Academy of Cuisine (Accademia Italiana della Cucina) (2009). La Cucina: The Regional Cooking of Italy. Trans. Jay Hyams. New York: Rizzoli. ISBN978-0-8478-3147-0. OCLC303040489. The longest and most extensive Italian cookbook with over 2000 recipes, including background information regarding each recipe.