Astro Liga Super Malaysia 2013 merupakan edisi yang ke-10 sejak Liga Super Malaysia diperkenalkan pada tahun 2004. Dua belas (12) pasukan bertanding berbanding empat belas (14) pasukan pada musim 2012; enam (6) pasukan negeri, lima (5) pasukan kelab dan satu pasukan kebangsaan dari Singapura.
Astro, sebuah syarikat penyiaran televisyen satelit Malaysia akan terus menjadi penaja utama Liga.
Pasukan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan merombak jumlah pasukan yang akan bersaing di Liga Super 2013 dengan jumlah pasukan dikecilkan kepada hanya 12 pasukan berbanding 14 pasukan sebelum ini. Mengikut format baru yang akan digunapakai bagi musim 2013 itu,
sembilan (9) pasukan teratas Liga Super 2012 layak secara automatik ke Liga Super 2013
Juara Liga Perdana 2012 juga layak secara automatik ke Liga Super 2013
pasukan yang menang playoff membabitkan tiga pasukan terbawah (tempat ke 11, 12 dan 13) Liga Super 2012 dan Naib Juara Liga Perdana 2012
Di penghujung musim 2013, turun naik liga hanya membabitkan dua pasukan tercorot Liga Super dan dua pasukan teratas Liga Perdana tanpa memerlukan sebarang aksi play-off.
Juara Liga Perdana Malaysia 2012, ATM FA layak secara automatik ke Liga Super Malaysia 2013 manakala pasukan Kuala Lumpur FA telah diturunkan ke Liga Perdana Malaysia 2013 di penghujung musim 2012 selepas menamatkan saingan di tempat terbawah liga. Slot terakhir Liga Super 2013 diisi oleh pasukan Pahang FA setelah memenangi perlawanan play-off. Perlawanan play-off membabitkan pasukan yang berada di tempat ke 11, 12 dan 13 Liga Super 2012 iaitu Sarawak FA, Kedah FA dan Sabah FA bersama Naib Juara Liga Perdana 2012, Pahang FA dengan format kalah mati dan diadakan di gelanggang berkecuali.
Pasukan-pasukan yang bertanding dalam Piala AFC 2013, (Kelantan FA dan Selangor FA) boleh mengambil dua (2) Pemain Import tambahan, yang mana AFC membenarkan 4 pemain import, menjadikan ia berjumlah empat(4) Pemain Import, tetapi Pemain Import ketiga dan keempat hanya dibenarkan bermain untuk pertandingan Piala AFC 2013.
Dikemaskini pada: 6 Julai 2013 Sumber: Web RasmiStadium Astro Klasifikasi:1st mata; 2nd perbezaan gol; 3rd gol dijaringkan. 1Kelantan FA layak mendapat tempat dalam Piala AFC 2014 dengan memenangi Piala FA Malaysia 2013. Ked = Kedudukan; P = Perlawanan; M = Menang; S = Seri; K = Kalah; JG = Jaringan Gol; GB = Gol Bolos; PG = Perbezaan gol; Mt = Mata; (C) = Juara; (R) = Disingkirkan; (P) = Dinaikkan Pangkat.
*Singapore Lions XII tidak layak untuk mendapat tempat di sebarang perlawanan AFC.
Sehingga perlawanan pada 6 Julai 2013 Sumber: Stadium Astro 1Tuan rumah disenaraikan di sebelah kiri. Warna: Biru = tuan rumah menang; Putih = seri; Merah = tuan rumah kalah.