Liga Super Malaysia 2005 merupakan edisi yang kedua Liga Super Malaysia, liga profesional bola sepak di Malaysia diperkenalkan pada musim lepas. Edisi kali ini telah disertai sebanyak enam pasukan yang kekal di Liga Super serta dua pasukan dari Liga Premier 2004 dipromosikan ke Liga Super iaitu MPPJ dan TM Melaka menggantikan pasukan yang disingkirkan ke Liga Premier 2005 iaitu Sarawak dan Kedah. Sepak mula ialah pada 29 Januari 2005 sehingga 9 Julai 2005. Pahang ialah juara bertahan pada edisi sulung Liga Super dan secara keseluruhan sebanyak lima kejuaraan dalam liga tertinggi di Malaysia.
Perlis telah berjaya menjuarai Liga Super dan menjulang kejuaraan sulung liga tertinggi di Malaysia secara automatik melayakkan diri ke Piala AFC bersama Selangor dari Liga Premier setelah berjaya menjuarai Piala FA.
Ringkasan
Penjaring terbanyak musim ini dimenangi oleh pemain Perlis, Zacharia Simukonda dan pemain Sabah, Julio Cesar dengan kedua-duanya menjaringkan 18 gol. Gol tertinggi yang dijaringkan untuk satu perlawanan ialah 6 gol. Empat perlawanan telah berakhir dengan keputusan 6 gol.
Kemelut telah mencemari penghujung musim setelah Public Bank mengumumkan mereka akan menarik diri, setelah diturunkan ke Liga Perdana musim depan. Kelab ini telah diharamkan dari menyertai semua kejohanan anjuran FAM. [1] [2]
Carta liga
Sumber:
RSSSFPeraturan untuk klasifikasi: 1) Mata; 2) Perbezaan gol; 3) Bilangan gol dijaringkan.
(J) Juara;
(R) Diturunkan
Keputusan
Pusingan 1–14
Sumber:
RSSSFKunci warna: Biru = pasukan rumah menang; Kuning = seri; Merah = pasukan pelawat menang.
Untuk perlawanan yang akan datang, tanda "a" menunjukkan ada artikel mengenai persaingan antara kedua peserta.
Pusingan 15–21
Sumber:
RSSSFKunci warna: Biru = pasukan rumah menang; Kuning = seri; Merah = pasukan pelawat menang.
Untuk perlawanan yang akan datang, tanda "a" menunjukkan ada artikel mengenai persaingan antara kedua peserta.
Statistik
Penjaring terbanyak
Rujukan