Liga Super Malaysia musim 2009 merupakan edisi yang ke-6 sejak ditubuhkan tahun 2004. Liga ini mempunyai 14 pasukan yang terdiri daripada 10 pasukan negeri, 3 pasukan kelab dan 1 dari polis. Tiga pasukan terbaik dari Liga Perdana 2008 berjaya mendapatkan tempat Liga Super tahun ini. Kelab dari Brunei Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC) tidak dapat menyertainya atas sebab-sebab teknikal. Liga ini membuka tirai pada 3 Januari 2009 dengan perlawanan Sumbangsih antara dua musuh tradisi Kedah dengan Selangor di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Pasukan
Pasukan-pasukan yang bertanding ialah:
Kedah (Juara Liga Super 2008, Juara Piala FA 2008 dan Juara Piala Malaysia 2008)
Pembukaan perlawanan sulung antara Kedah dan Selangor merupakan juga perlawanan Sumbangsih. Selangor menang 4-1.
Perlawanan antara Kelatan dan KL Plus diberikan kemenangan percuma kepada KL Plus disebabkan penangguhan Kelantan ke atas perlawanan pada 3 Januari 2009. Kelantan memdakwa bahawa padang ketika itu dipenuhi air namun FAM telah mendenda Kelantan dengan memberi kemenangan percuma kepada KL Plus 3-0 atas alasan Kelantan gagal menyediakan padang. Namun FAM menarik balik keputusan tersebut dan perlawanan akan dilangsungkan semula pada 26 Mei, 2009.
Sehingga perlawanan pada 1 Ogos 2009 Sumber: Keputusan TM Liga Super 1Tuan rumah disenaraikan di sebelah kiri. Warna: Biru = tuan rumah menang; Putih = seri; Merah = tuan rumah kalah. Untuk perlawanan akan datang, a menandakan wujudnya rencana mengenai perlawanan itu.
Pusingan pertama
Pusingan pertama bermula pada 3 Januari 2009 dan akan berakhir pada 16 Mei 2009.
Safiq Rahim 18' Fadzli Saari 27' Irwan Fadzli Idrus 33' Fadzli Saari 82' Bobby Gonzales 85'
Stadium KLFA, Cheras
Perak
1 – 1
UPB-MyTeam
Saufi Saadi 67'
49' Nazrin Nawi
Stadium Perak, Ipoh
Rekod
Mohd Safee Mohd Sali muncul sebagai penjaring terpantas dalam Liga Super apabila hanya memerlukan 11 saat untuk menjaringkan gol dalam perlawanan Selangor menentang PDRM pada 4 Februari 2009.
Mohd Azrul Hafiq Mohd Amran yang berusia 17 tahun 143 hari pada 21 Mac 2009 muncul sebagai penjaring termuda dalam Liga Super dalam perlawanan Kuala Muda Naza menentang Selangor. Dia menjaringkan gol pada minit ke 80.
Senarai penjaring
Senarai penjaring selepas berakhirnya liga pada 1 Ogos 2009: