Oleh kerana Australia juga merupakan naib juara Piala Asia AFC 2011, satu daripada tempat kelayakan automatik tidak digunakan.[1]. Oleh itu, sejumlah 11 tempat akan ditentukan melalui perlawanan kelayakan.
Undian pusingan kelayakan telah diadakan di Melbourne pada 9 Oktober 2012, 18:00 UTC+11.[2]AFC telah membuat keputusan bahawa 20 pasukan terlibat di dalam kelayakan akan diundi ke dalam 5 kumpulan, 4 pasukan setiap satu. Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan dan satu pasukan tempat ketiga terbaik di antara semua kumpulan akan layak ke pusingan akhir.[3]
Pasukan-pasukan berikut tidak masuk ke dalam undian kelayakan utama, tetapi sebagai peserta-peserta kelayakan sama ada di Piala Cabaran AFC2012 atau 2014, melayakkan pasukan-pasukan tersebut untuk ke Piala Asia AFC 2015 dengan memenangi salah satu perlawanan tersebut:
Timor-Leste adalah satu-satunya pasukan kebangsaan AFC yang layak tetapi tidak menyertai Piala Cabaran AFC 2012 dan 2014.
Jadual
Hari-hari perlawanan yang berikut telah diputuskan oleh AFC bagi kelayakan Piala Asia AFC 2015.[4] Oleh kerana 15 Oktober and 19 November 2013 adalah tarikh-tarikh perlawanan-penentuan antara konfederasi bagi Piala Dunia FIFA 2014,[5] sebilangan tarikh perlawanan berlainan telah diperuntukkan.
Untuk menentukan pasukan tempat ketiga terbaik, kriteria berikut digunakan:
Bilangan mata yang diperolehinya di dalam perlawanan kumpulan
Perbezaan gol dalam perlawanan kumpulan
Jumlah Jaringan gol pada perlawanan kumpulan
Pengurangan mata dikira mengikut jumlah kad kuning dan merah yang diterima pada perlawanan kumpulan (1 mata untuk setiap kad kuning, 3 mata bagi setiap kad merah akibat daripada dua kad kuning, 3 mata bagi setiap kad merah yang diterima terus, 4 mata bagi setiap kad kuning diikuti oleh kad merah yang diterima terus)