Kampung Ulu Tawar merupakan sebuah kampung yang terletak di Karangan, dalam Kedah, iaitu sebuah negeri di Malaysia. Asal usul nama kampung ini dipercayai dari sejenis rotan yang dipanggil tawar. Lokasi kampung ini yang terletak dihujung Daerah Baling bersempadan debgan Daerah Kulim. Sebahagian penduduk kampung Ulu Tawar dipercayai berasal dari kawasan Patani . Ini berdasarkan dialek percakapan yang mirip dengan percakapan orang melayu Patani. Sebahagian lagi menggunakan dialek Melayu Kedah.
Kebanyakan pada hari ini penduduk kampung Ulu Tawar berkerja di kawasan perindustrian Kulim hi-tech. Dan juga terlibat dengan pertanian dan juga getah. Sebahagian kecil penduduk kampung Ulu Tawar juga bekerja sebagai kakitangan awam dan guru.
Namun penduduk masih mengharapkan kemudahan pembinaan infrastruktur seperti klinik desa , dewan serbaguna, gelagang sukan dan kemudahan- kemudahan lain.
Negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri di utara di Malaysia, dan yang bersempadan dengan negara Thailand di timur lautnya, dan bersempadan dengan negeri Perak di tenggara, Pulau Pinang di barat daya dan Perlis di bahagian utara.
Negeri Kedah merupakan sebuah negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri pertanian yang maju di Malaysia, terutamanya sebagai pengeluar padi terbesar, menghasilkan 70% pengeluaran hasil padi.2017 .[1] Salah satu makanan tradisi istimewanya adalah laksa Kedah.[2]
Kemudahan asas
Pendidikan
Sekolah kebangsaan Ulu Tawar
pasti Badrul Munir Ulu Tawar
Tabika kemas Ulu Tawar
Tempat beribadat
Masjid Al-Hidayah kg Ulu Tawar
Surau Al-Falah Kg Tengah Ulu Tawar
Surau Al-Hidayah Kg Padang Belon Ulu Tawar
Poskod
Poskod yang digunakan di Kampung Ulu Tawar, Karangan, Kedah ialah 09700.[3]
Rujukan
Pautan luar
|
---|
Bandar Utama | |
---|
Bandar Membangun | |
---|
Bandar Baru | |
---|
Pekan / Mukim | |
---|
Pulau | |
---|
Sungai | |
---|
Gunung | |
---|
Tasik | |
---|
Gua | |
---|
PBT | |
---|
Zon Khas | |
---|
Bahagian pentadbiran | |
---|
Bahagian pilihan raya | |
---|