Indeks Kemahiran Berbahasa Inggeris EF (Bahasa Inggeris: EF English Profiency Index) merupakan laporan untuk cuba menyenaraikan negara-negara mengikut tahap purata kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan rakyat dewasa. Ia adalah hasil kerja Education First (EF), sebuah syarikat latihan bahasa antarabangsa, yang menghasilkan kesimpulan-kesimpulan daripada maklumat yang dikumpulkan melalui ujian Bahasa Inggeris secara percuma melalui internet. Laporan itu diumumkan buat kali pertamanya pada Mac2011, berdasarkan keputusan daripada lebih 2 juta pengambil ujian. Laporan terkini, edisi ke-enam telah dikeluarkan pada November2016.
Penemuan
Laporan itu terdiri daripada jadual senarai negara , beberapa halaman analisis dengan graf yang menghubungkaitkan faktor-faktor ekonomi dan sosial yang lain dengan penguasaan Bahasa Inggeris, dan analisis setiap rantau atau benua. Laporan dan lembaran fakta negara 2016 yang disertakan termasuk tahap penguasaan Bahasa Inggeris mengikut jantina, umur, dan rantau, negara, dan beberapa skor penguasaan Bahasa Inggeris mengikut bandar. Laman sesawang ini memaparkan bahagian laporan itu dan mempunyai analisis kemahiran Bahasa Inggeris di banyak negara dan rantau.
Kesimpulan Utama
Tahap penguasaan bahasa Inggeris yang berkembang pada kadar yang berbeza di negara-negara yang berbeza di seluruh dunia, termasuk beberapa negara dengan kemahiran Bahasa Inggeris menurun.
Eropah secara keseluruhannya penutur Bahasa Inggeris terbaik, manakala Timur Tengah sebaliknya.
Saiz pelaburan dalam latihan Bahasa Inggeris tidak semestinya sesuai dengan jumlah kemajuan yang dibuat dari masa ke semasa.