Catatan pertama untuk kewujudan grehaun di Poland berasal dari zaman Gallus Anonymus. Grehaun Poland juga telah dirujuk dalam kesusasteraan dan karya seni perburuan sejak abad ke-13.[4][5] Grehaun Poland, yang dianggap mempunyai leluhur sama dengan hortaya borzaya dan borzoi, pada asalnya dibiakbakakan untuk memburu jaguh rumput dan serigala.[6] Grehaun Poland dianggap sebagai anjing kegemaran kebangsawanan Poland.[7]
Impak Perang Dunia Kedua di Poland menyebabkan pengurangan bilangan grehaun Poland.[8] Pada tahun 1970-an, sekumpulan penggemar, yang dipimpin oleh Stanisław Czerniakowski, berusaha untuk menghidupkan baka ini semula dan mengasaskan buku pembaka pada tahun 1981.[perlu rujukan] Pada tahun 1989, baka ini dimasukkan ke dalam daftar Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI).[perlu rujukan]
Penampilan
Seperti banyak anjing pemburu penglihatan, grehaun Poland mempunyai tungkai panjang dan binaan langsing dan berotot. Warna bulu berbeza-beza sesama anjing baka ini dengan warna paling lazim yang merupakan hitam, sawo matang, biru, dan kuning air.[perlu rujukan] Ia berlapis bulu ganda dengan lapis bulu bawah kasar yang menebal pada musim sejuk untuk menyediakan penebatan.[perlu rujukan] Ekor grehaun Poland adalah panjang dan berbentuk sabit, melengkung ke atas pada hujungnya.[9] Pada purata, jantan cenderung untuk berketinggian 27–32 inci (69–81 cm), manakala betina pula setinggi 26–30 inci (66–76 cm).[5][10] Purata berat grehaun Poland ialah 60–70 lb (27–32 kg).[perlu rujukan]
Perangai
Sebagai anjing yang bersikap pelindung dan teritorial, ia cenderung untuk menjadi penyayang dengan pemiliknya tetapi menyendiri di sekeliling orang asing.[11]
^Fogle, Bruce (17 Oktober 2013). Dennis-Bryan, Kim (penyunting). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide [Ensiklopedia Anjing: Panduan Visual Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ann Baggaley dan Katie John. (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 130. ISBN9781409350026. OCLC859155647.
^Mehus-Roe, Kristin (4 Oktober 2011). The Original Dog Bible: The Definitive Source for All Things Dog [Kitab Anjing Asli: Sumber Muktamad untuk Semua Hal Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Irvine, California, Amerika Syarikat: BowTie Press. ISBN9781935484899. OCLC759807401.
^"Dia 1"(PDF) (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 11 April 2014. Dicapai pada 25 Januari 2024.
^Biologia (dalam bahasa Poland). Multimedialna encyklopedia PWN Edycja 2.0. pwn.pl Sp. z o.o., 2008. ISBN978-83-61492-24-5.
^ abMehus-Roe, Kristin (4 Oktober 2011). The Original Dog Bible: The Definitive Source for All Things Dog [Kitab Anjing Asli: Sumber Muktamad untuk Semua Hal Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Irvine, California, Amerika Syarikat: BowTie Press. m/s. 562. ISBN9781935484899. OCLC759807401.
^Multimedialna Encyklopedia Powszechna WIEM edycja 2006. Young Digital Poland S.A., 2006.
^"A Snippet of Chart Polski History" [Kupasan Sejarah Grehaun Poland]. National Purebred Dog Day® (dalam bahasa Inggeris). 31 Januari 2019. Dicapai pada 11 Mac 2024.
^"Polish Greyhound" [Grehaun Poland]. DogsPlanet.com (dalam bahasa Inggeris). 30 Disember 2023. Dicapai pada 11 Mac 2024.
^Resler, Tamara J.; Weitzman, Gary (3 September 2019). Dog Breed Guide: A Complete Reference to Your Best Friend Furr-ever [Panduan Baka Anjing: Rujukan Lengkap untuk Sahabat Baik Anda Selama-lamanya] (dalam bahasa Inggeris). Washington, D.C., Amerika Syarikat: National Geographic Kids. m/s. 125. ISBN9781426334450. OCLC1293231892.