Anjing pemburu Finland

Anjing pemburu Finland
Negara asalFinland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu Finland[a] ialah satu baka anjing yang pada asalnya dibiakbakakan untuk pemburuan kelinci dan rubah.[1]

Perihal

Penampilan

Kepala anjing pemburu Finland adalah pendek, padat, dan kasar kepada sentuhan. Pola bulu ialah triwarna dengan sawo matang, pelana hitam dan tanda-tanda putih kecil di kepala, di kaki, di dada, dan di hujung ekor. Tinggi biasanya ialah 20–24 inci (51–61 cm) dan beratnya 45–55 paun (20–25 kg).

Perangai

Anjing pemburu Finland adalah ramah, tenang, dan tidak pernah agresif. Ia bertenaga dalam perburuan dan merupakan penjejak serba guna. Ia bekerja secara berdikari dan memburu buruannya dengan salakan ghairah.

Penjagaan

Senaman

Anjing pemburu Finland merupakan anjing pekerja bertenaga dengan stamina hebat. Ia memerlukan jalan kaki pantas dan panjang dan banyak larian serta permainan bebas. Jangka hayatnya ialah sekitar 2 tahun.

Bulu

Bulu licin dan pendek mudah dijaga. Pemberusan boleh dilakukan dengan berus bulu kejur kental dan syampu kering boleh digunakan kadang-kadang jika perlu. Bulunya tidak memerlukan mandi kecuali jika sangat kotor. Anjing pemburu Finland merupakan pesalin bulu sederhana.

Ataksia serebelum

Anjing pemburu Finland menghidap penyakit warisan, iaitu ataksia serebelum, yang memaksa eutanasia terhadap banyak anak anjing. Hal ini telah dijejak kepada satu mutasi tunggal pada gen yang dipanggil SEL1L.[2] Sel-sel mutan mengalami gangguan dalam retikulum endoplasma masing-masing, lalu menyebabkan penyakit. Ada harapan bahawa suatu ujian dapat dimajukan untuk penyaringan untuk mutasi ini, lalu membiakbakakannya ke luar populasi baka.

Sejarah

Anjing pemburu Finland merupakan hasil program pembiakbakaan pada tahun 1800-an, yang membabitkan anjing-anjing pemburu Perancis, Jerman, dan Sweden. Matlamatnya adalah untuk mengembangkan baka anjing pemburu yang dapat bekerja di rupa bumi berbukit dan di dalam salji tebal. Anjing pemburu Finland telah menjadi salah satu baka anjing paling popular Finland. Sungguhpun baka ini sangat popular di Finland di Sweden, anjing ini agak jarang di tempat lain.[perlu rujukan]

Lihat juga

Catatan

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو فينلند; Suomi: suomenajokoira; bahasa Inggeris: Finnish hound

Rujukan

  1. ^ "Suomen Ajokoirajärjestö - Finska Stövarklubben" (dalam bahasa Sweden). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2005. Dicapai pada 20 Disember 2023.
  2. ^ Kyöstilä, Kaisa; Cizinauskas, Sigitas; Seppälä, Eija H.; Suhonen, Esko; Jeserevics, Janis; Sukura, Antti Kalle Kalervo; Syrjä, Pernilla Elisabet Sofia; Lohi, Hannes Tapani (14 Jun 2012). Leeb, Tosso (penyunting). "A SEL1L Mutation Links a Canine Progressive Early-Onset Cerebellar Ataxia to the Endoplasmic Reticulum–Associated Protein Degradation (ERAD) Machinery" [Mutasi SEL1L Memautkan Ataksia Serebelum Permulaan Awal Progresif Anjing pada Jentera Degradasi Protein Berkaitan dengan Retikulum Endoplasma]. PLOS Genetics (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 8 (6): e1002759. doi:10.1371/journal.pgen.1002759. hdl:10138/162531. ISSN 1553-7404. PMC 3375262. PMID 22719266. S2CID 8959996.