Anjing pemburu serigala Ireland

Anjing pemburu serigala Ireland
seekor anjing tinggi berbulu dan bertungkai panjang
Negara asalEngland[a]
Trait
Berat Jantan minimum 54.5 kg (120 lb)[1]
Betina minimum 40.5 kg (89 lb)[1]
Tinggi 81–86 cm (32–34 in)[1]
Jantan minimum 79 cm (31 in)[1]
Betina minimum 71 cm (28 in)[1]
Bulu kasar dan keras pada kepala, tubuh, dan tungkai; janggut dan bulu yang di sebelah atas mata khususnya mirip dawai
Warna hitam, brindle, perang kekuning-kuningan, kelabu, merah, putih metah, atau mana-mana warna yang terlihat pada anjing pemburu rusa
Saiz perinduk 4–12 ekor[2]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu serigala Ireland[b] ialah satu baka anjing pemburu penglihatan besar yang, dengan kehadiran dan saiz besarnya, telah mengilhamkan kesusasteraan, puisi, dan mitologi.[3][4][5] Sebagai salah satu baka anjing terbesar, baka ini digunakan oleh pemburu coursing yang telah menghargainya kerana kebolehannya untuk menguruskan buruan yang ditangkap oleh anjing pemburu penglihatan lain yang lebih cepat.[6][7][8] Pada tahun 1902, anjing pemburu serigala Ireland diisytiharkan sebagai maskot rejimen bagi Irish Guards.[9]

Sejarah

Irish Greyhound in a mountainous landscape (1804), Philip Reinagle
Anjing pemburu serigala Ireland, Muzium Ulster, Belfast

Pra-abad ke-19

"Large Irish Greyhound", "grehaun lama Ireland", daripada Entwurf einiger Thiere (1738) oleh Johann Elias Ridinger; imej terawal bagi anjing pemburu serigala Ireland seperti yang digambarkan oleh Thomas Bewick[10]

Pada tahun 391, terdapat rujukan kepada anjing besar oleh Quintus Aurelius Symmachus, seorang konsul Rom yang mendapat tujuh ekor "canes Scotici" ("anjing Scotland") sebagai hadiah untuk digunakan untuk bertarung dengan singa dan beruang, dan yang menulis "seluruh Rom menyaksikan (anjing-anjing itu) dengan hairan".[11] Scoti ialah nama bahasa Latin untuk orang Gael (Ireland kuno).[12] Dansey, penterjemah awal abad ke-19 bagi versi lengkap pertama bagi karya Arrianos dalam bahasa Inggeris, On Coursing, mencadangkan bahawa "greyhound" Ireland dan Scotland diterbitkan daripada leluhur sama, iaitu vertragus, dan telah berkembang dengan orang Scoti dari Ireland merentasi Kepulauan Barat dan ke tempat yang kini merupakan Scotland.[13]

Jenis anjing ini dibayangkan oleh sesetengah pihak[nyatakan menurut siapa?] sebagai jenis sangatTemplat:Quantify tua.[perlu rujukan] Anjing pemburu serigala digunakan sebagai anjing pemburu oleh orang Gael, yang memanggilnya cú faoil[14][15] (Sebutan bahasa Ireland: [ˌkuː ˈfˠiːlʲ], yang terdiri daripada unsur "anjing [pemburu]"[16] dan "serigala",[17] maka "anjing [pemburu] serigala"). Anjing disebut sebagai dalam undang-undang dan kesusasteraan Ireland yang bertarikh dari abad keenam atau, dalam kes saga, dari tempoh bahasa Ireland Kuno, 600–900 Masihi. Perkataan kerap digunakan sebagai julukan untuk pahlawan serta raja, yang menandakan bahawa mereka layak untuk menerima penghormataan dan kesetiaan seekor anjing. Cú Chulainn, seorang pahlawan mitos yang namanya memaksudkan "anjing Culann", sepatutnya memperoleh nama ini semasa kecil apabila dia membunuh anjing pengawal ganas Culann. Sebagai balasan, dia menawarkan dirinya sebagai pengganti.[15]

Dalam pembincangan bukti sistematik bagi saiz anjing bersejarah di Ireland, ahli zooarkeologi Ireland Finbar McCormick menegaskan bahawa tiada anjing dengan saiz anjing pemburu serigala Ireland yang diketahui dari tapak-tapak zaman Zaman Besi 1000 SM hingga zaman Kristian awal hingga tahun 1200 Masihi. Berdasarkan tulang-temulang anjing bersejarah yang tersedia, anjing dengan saiz anjing pemburu serigala Ireland semasa kelihatannya merupakan perkembangan agak moden: "mesti ada kesimpulan bahawa anjing Cú Chulainn tidak lebih besar daripada anjing Alsace dan bukan binatang bersaiz anak lembu daripada bayangan popular".[18]

Anjing pemburu diidamkan dan kerap dihadiahkan kepada tokoh penting dan bangsawan asing. Raja John dari England, pada kira-kira tahun 1210, menghadiahkan seekor anjing pemburu Ireland bernama Gelert kepada Llywelyn, Putera Wales. Pemuisi The Hon William Robert Spencer mengabadikan anjing ini dalam puisi.[15]

Dalam Historie of Ireland karya beliau, yang ditulis pada tahun 1571, Edmund Campion memberikan keterangan tentang anjing yang digunakan untuk pemburuan serigala di Pergunungan Dublin dan Pergunungan Wicklow. Beliau berkata: "Mereka (orang Ireland) bukan tanpa serigala dan grehaun untuk memburu serigala itu, bertulang dan beranggota lebih besar daripada anak kuda jantan". Oleh sebab kepopularannya di luar negara banyak anjing dieksport ke rumah diraja Eropah sehingga menyebabkan bilangan di Ireland berkurangan. Ini membawa kepada pengisytiharan oleh Oliver Cromwell yang diterbitkan di Kilkenny pada 27 April 1652 untuk memastikan bahawa bilangan cukup kekal untuk mengawal populasi serigala.[19][20]

Rujukan kepada anjing pemburu serigala Ireland pada abad ke-18 menceritakan saiz besar, kekuatan, dan rupa bentuk grehaun serta ketidakcukupannya. Yang menulis pada tahun 1790, Thomas Bewick memerihalkannya sebagai yang terbesar dan paling cantik antara kaum anjing; kira-kira setinggi 36 inci (91 cm), pada umumnya berwarna putih atau kayu manis, agak seperti grehaun tetapi lebih teguh. Beliau berkata bahawa aspeknya adalah sederhana, pembawaan damai, dan kekuatan begitu hebat sehingga dalam pertempuran mastif atau buldog jauh daripada setanding dengannya.[21]

Serigala terakhir di Ireland dibunuh di Kaunti Carlow pada tahun 1786.[21][22][23] Ia dipercayai telah dibunuh di Myshall, di lereng Gunung Leinster, oleh sekawan anjing serigala yang dibela oleh En. Watson dari Ballydarton. Anjing pemburu serigala yang kekal di tangan segelinitr keluarga, yang terutamanya merupakan keturunan penghulu-penghulu lama Ireland, kini merupakan simbol status dan bukan digunakan sebagai pemburu, dan ini dikatakan sebagai yang terakhir daripada kaumnya.[21]

Thomas Pennant (1726–1798) melaporkan bahawa beliau tidak dapat menemukan lebih daripada tiga ekor anjing serigala ketika beliau melawat Ireland. Pada mesyuarat tahun 1836 Persatuan Geologi Dublin, John Scouler membentangkan kertas kerja berjudul "Notices of Animals which have disappeared from Ireland" ("Notis haiwan yang telah lenyap dari Ireland"), termasuk sebutan tentang anjing serigala.[10]

Anjing pemburu serigala Ireland moden

Kapten George Augustus Graham (1833–1909), dari Rednock House, Dursley, Gloucestershire, bertanggungjawab atas pemulihan baka anjing pemburu serigala Ireland. Beliau menyatakan bahawa beliau tidak dapat menemukan baka "dalam keutuhan aslinya" untuk dikerjakan:

Tiada kepura-puraan bahawa kami memiliki baka ini dalam keutuhan aslinya; pada masa sama, ada kepercayaan yakin bahawa terdapat strain-strain yang kini wujud yang dijejak kembali, dengan lebih kurang jelas, kepada baka asli; dan kelihatannya ada toleransi pasti bahawa deerhound kami diturunkan daripada haiwan mulia itu, dan memberi kita gambaran elok tentang diri terdahulunya, walaupun sudah pasti jauh lebih rendah dari segi saiz dan kuasa.

— Kapten G. A. Graham[24]

Di Ireland, Graham mendapatkan "Faust" dari Kilfane dan "Old Donagh" dari Ballytobin, Kaunti Kilkenny; ini merupakan leluhur masing-masing bagi program pembiakbakaan Graham dan dikatakan diturunkan daripada strain-strain asli anjing pemburu serigala Ireland.[25][26][27][28][29] Berdasarkan tulisan orang lain, beliau telah berkesimpulan bahawa anjing pemburu rusa Scotland dan anjing besar Denmark diterbitkan lebih awal daripada anjing pemburu serigala ini.[30] Hasilnya, baka-baka tersebut banyak ditekankan dalam program pembiakbakaan beliau.[26] Untuk baka luar, seekor borzoi dan "anjing serigala Tibet" mungkin juga telah disertakan.[perlu rujukan] Telah ada cadangan[oleh siapa?] bahawa "anjing serigala Tibet" merupakan kyi apso Tibet.[31]

Pada tahun 1885, Kapten Graham mengasaskan Irish Wolfhound Club dan Piawaian Mata Baka untuk mengasaskan dan mempersetujui ideal yang patut dicita-citakan oleh para pembiak baka.[19][32] Pada tahun 1902, anjing pemburu serigala Ireland diisytiharkan sebagai maskot rejimen Irish Guards.[9]

Anjing pemburu serigala Ireland ialah lambang kebangsaan Ireland dan kadang-kadang dianggap sebagai anjing kebangsaan Ireland.[33] Ia juga telah diterima pakai sebagai lambang oleh kedua-dua kod ragbi. Pasukan liga ragbi kebangsaan digelar the Wolfhounds dan Kesatuan Bola Sepak Ragbi Ireland, yang mentadbir kesatuan ragbi, mengubah nama pasukan kebangsaan A (peringkat kedua) negara itu dalam kod itu kepada Ireland Wolfhounds pada tahun 2010. Salah satu lambang yang dipunyai oleh pihak berkuasa cukai di Ireland pada setem hasil mereka ialah anjing pemburu serigala Ireland. Dalam permainan video The Elder Scrolls V: Skyrim, anjing pemburu serigala Ireland ialah baka anjing untuk semua anjing dalam permainan asas.[perlu rujukan]

Analisis DNA

Analisis genom menunjukkan bahawa walaupun telah terdapat sesetengah perkongsian DNA antara anjing pemburu serigala Ireland dengan anjing pemburu rusa, whippet, dan grehaun Inggeris, telah ada perkongsian DNA signifikan antara anjing pemburu serigala Ireland dengan anjing besar Denmark.[34] Seorang penulis telah menyatakan bahawa untuk anjing pemburu serigala Ireland, "penampilan great dane sangat ketara sebelum abad ke-20".[10] George Augustus Graham menghasilkan baka anjing pemburu serigala Ireland moden dengan mengekalkan penampilan bentuk asli, tetapi bukan keleluhuran genetiknya.[22]

Ciri

Anjing pemburu serigala Ireland bercirikan saiz besarnya. Menurut piawaian FCI, jangkaan julat ketinggian pada paras kelasa ialah 81–86 sentimeter (32–34 inci); ketinggian dan berat minimum merupakan 79 cm (31 in)/54.5 kg (120 lb) dan 71 cm (28 in)/40.5 kg (89 lb) masing-masing untuk jantan dan betina.[1] Ia bertubuh lebih besar daripada anjing pemburu rusa Scotland, tetapi kurang daripada anjing besar Denmark.[1]

Lapis bulunya keras dan kasar pada kepala, tubuh, dan tungkai, dengan janggut dan bulu di atas mata yang khususnya mirip dawai. Ia mungkin berwarna hitam, brindle, perang kekuning-kuningan, kelabu, merah, putih metah, atau mana-mana warna yang terlihat pada anjing pemburu rusa.[1]

Anjing pemburu serigala Ireland ialah anjing pemburu penglihatan dan berburu dengan persepsi visual sahaja. Lehernya berotot dan agak panjang dan kepalanya terangkat tinggi-tinggi.[1] Ia sepatutnya kelihatan lebih panjang daripada ketinggiannya[35] dan mampu menangkap dan membunuh serigala.[36]

Perangai

Anjing pemburu serigala Ireland mempunyai pelbagai keperibadian dan paling kerap terkenal kerana ciri-ciri peribadi dan individualisme.[37] Walau bagaimanapun, anjing pemburu serigala Ireland jarang tidak berfikiran dan, walaupun saiznya besar, jarang didapati bersikap pemusnah di dalam rumah atau riuh. Ini kerana baka ini pada umumnya bersifat introvert, cerdas, dan menyendiri. Sebagai haiwan santai, anjing pemburu serigala Ireland bersifat pendiam. Anjing pemburu serigala kerap menjalin ikatan kuat dengan keluarganya dan dapat menjadi agak bersikap pemusnah atau muram jika dibiarkan bersendirian untuk jangka masa lama.[38]

Anjing pemburu serigala Ireland merupakan penjaga berkesan dan mengagumkan. Baka ini menjadi terikat dengan pemilik dan anjing lain yang dibesarkan bersama-sama dan oleh itu bukan baka yang paling mudah disesuaikan. Anjing pemburu serigala Ireland, yang dibiakbakakan untuk sifat berdikari, tidak semestinya berminat untuk mempertahankan ruang. Anjing pemburu serigala paling mudah diperihalkan dengan moto bersejarahnya, "lemah lembut apabila dibelai, ganas apabila diprovokasi".[38]

Ia tidak patut bersikap agresif secara teritorial terhadap anjing bela jinak lain tetapi lahir dengan kemahiran khusus dan anjing yang bermain lazimnya meng-course anjing lain. Ini ialah tingkah laku perburuan khusus, bukan tingkah laku laga atau dominasi wilayah. Kebanyakan anjing pemburu serigala adalah lemah lembut dengan kanak-kanak. Anjing pemburu serigala Ireland agak mudah untuk dilatih. Ia bergerak balas dengan baik terhadap kepemimpinan tegas, namun lemah lembut dan tekal. Walau bagaimanapun, mengikut sejarah, anjing ini dikehendaki bekerja pada jarak jauh dari tuannya dan berfikir secara bebas semasa berburu dan bukan menunggu arahan terperinci dan ini masih dapat terlihat pada baka ini.[39]

Anjing pemburu serigala Ireland kerap digemari kerana kesetiaan, sifat penyayang, kesabaran, dan pengabdiannya. Walaupun pada sesetengah titik dalam sejarahnya ia telah digunakan sebagai anjing pengawas, tidak seperti sesetengah baka, anjing pemburu serigala Ireland biasanya tidak dapat dipercayai dalam peranan ini kerana ia kerap beramah mesra dengan orang asing, walaupun saiznya dapat menjadi penghalang semula jadi. Walau bagaimanapun, apabila perlindungan diperlukan, anjing ini tidak pernah didapati berkeinginan. Apabila ia atau keluarganya berada dalam bahaya yang ditanggap, ia memaparkan sifat tidak takut. Pengarang dan pembiak baka anjing pemburu serigala Ireland, Linda Glover, percaya bahawa kesemendaan rapat anjing ini dengan manusia menjadikannya amat sedar dan sensitif terhadap niat jahat yang membawa kepada kecemerlangannya sebagai penjaga dan bukan anjing pengawal.[40]

Kesihatan

Seperti banyak baka anjing besar, anjing pemburu serigala Ireland mempunyai jangka hayat agak singkat. Anggaran jangka hayat terbitan berbeza-beza antara 4.75 dengan 9.9 tahun.[41] Yang lebih terkini, sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 mendapati jangka hayat sebanyak 9.9 tahun untuk baka ini berbanding dengan purata 12.7 tahun untuk baka tulen dan 12 tahun untuk baka silang.[42] Sebuah kajian Sweden tahun 2005 tentang rekod insurans mendapati bahawa 91% daripada jumlah anjing pemburu serigala Ireland mati menjelang usia 10 tahun, yang lebih tinggi daripada kadar keseluruhan pada 35% daripada jumlah anjing yang mati menjelang usia 10 tahun.[43]

Penyakit yang paling kerap dilaporkan merupakan kardiomiopati terdilat, kanser tulang, volvulus pendilatan gastrik, dan osteokondrosis. Kajian berlainan telah melaporkan kadar kardiomiopati terdilat pada baka ini pada antara 12.1% dengan 44.7% daripada jumlah anjing pwmburu serigala Ireland. Dalam sebuah kajian yang membandingkan berbilang baka, anjing pemburu serigala Ireland mempunyai nisbah kemungkinan 3.4 bagi keadaan ini berbanding dengan nisbah kemungkinan keseluruhan. Keadaan ini berkemungkinan diwarisi pada baka ini.[41]

Sebuah kajian mendapati bahawa anjing pemburu serigala Ireland adalah 27.5 kali lebih berkemungkinan menghidap sarkoma osteogenik berbanding dengan populasi anjing keseluruhan.[41]

Catatan

  1. ^ Anjing pemburu serigala Ireland asli dalam sejarah berasal dari Ireland. Walau bagaimanapun, baka moden dikembangkan di Gloucestershire, England (untuk maklumat lanjut, lihat Anjing pemburu serigala moden).
  2. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو سريݢالا اءيرلند; Ireland: cú faoil, lit.'anjing pemburu serigala', Sebutan bahasa Ireland: [ˈkuː ˈfˠiːlʲ]; bahasa Inggeris: Irish wolfhound

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g h i "FCI-Standard N° 160 IRISH WOLFHOUND" [Piawaian FCI No. 160 Anjing Pemburu Serigala Ireland] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 2 April 2001. Dicapai pada 24 Januari 2024.
  2. ^ Manfield, Mark (9 Jun 2019). Irish Wolfhound Bible and Irish Wolfhounds: Your Perfect Irish Wolfhound Guide: Irish Wolfhounds, Irish Wolfhound Puppies, Irish Wolfhound Size, Irish Wolfhound Breeders, Irish Wolfhound Health, Irish Wolfhound Training, History & More! [Kitab Anjing Pemburu Serigala Ireland dan Anjing Pemburu Serigala Ireland: Panduan Anjing Pemburu Serigala Ireland Sempurna Anda: Anjing Pemburu Serigala Ireland, Anak Anjing Pemburu Serigala Ireland, Saiz Anjing Pemburu Serigala Ireland, Pembiak Baka Anjing Pemburu Serigala Ireland, Kesihatan Anjing Pemburu Serigala Ireland, Pelatihan Anjing Pemburu Serigala Ireland, Sejarah, dan Lebih Lagi!] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: DYM Worldwide Publishers. ISBN 9781913154042. OCLC 1420595271.
  3. ^ de Quoy, Alfred W. (1971). The Irish Wolfhound in Irish Literature and Law [Anjing Pemburu Serigala Ireland dalam Kesusasteraan dan Undang-undang Ireland] (dalam bahasa Inggeris). Alfred de Quoy. ASIN B003S8E6J2. OCLC 159980.
  4. ^ Scharff, Robert Francis (Ogos 1924). "On the Breeds of Dogs Peculiar to Ireland and Their Origin" [Mengenai Baka-baka Anjing yang Aneh di Ireland dan Asal Usul Baka-baka Itu]. The Irish Naturalist (dalam bahasa Inggeris). Irish Naturalists' Journal. 33 (8): 77–88. JSTOR 25525370.
  5. ^ Hogan, Edmund Ignatius (9 Februari 2009). The History of the Irish Wolfdog [Sejarah Anjing Serigala Ireland] (dalam bahasa Inggeris). Read Books. ISBN 9781443796972.
  6. ^ Parker, Heidi G.; Dreger, Dayna L.; Rimbault, Maud; Davis, Brian W.; Mullen, Alexandra B.; Carpintero-Ramirez, Gretchen; Ostrander, Elaine Ann (25 April 2017). "Genomic Analyses Reveal the Influence of Geographic Origin, Migration, and Hybridization on Modern Dog Breed Development" [Analisis-analisis Genomik Mendedahkan Pengaruh Asal Usul Geografi, Migrasi, dan Penghibridan terhadap Perkembangan Baka Anjing Moden]. Cell Reports (dalam bahasa Inggeris). Cell Press. 19 (4): 697–708. doi:10.1016/j.celrep.2017.03.079. ISSN 2211-1247. PMC 5492993. PMID 28445722. S2CID 4572878.
  7. ^ Almirall, Leon Vincent (1941). Canines and Coyotes [Kanin dan Koyote] (dalam bahasa Inggeris). Caldwell, Idaho, Amerika Syarikat: Caxton Press. m/s. 55. ASIN B0006APB8A. OCLC 1353519.
  8. ^ Copold, Steve (1977). Hounds, Hares & Other Creatures: The Complete Book of Coursing [Hound, Kelinci, dan Makhluk Lain: Buku Lengkap Coursing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Arvada, Colorado, Amerika Syarikat: Hoflin Publishing. m/s. 58. OCLC 3071190.
  9. ^ a b "Regimental mascots - Irish Guards 1902-1910" [Maskot rejimen - Irish Guards 1902–1910]. www.irishwolfhounds.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  10. ^ a b c Gordon, John Frazer (1973). The Irish Wolfhound [Anjing Pemburu Serigala Ireland] (dalam bahasa Inggeris). Edinburgh, United Kingdom: J. Bartholomew. m/s. 1–7. ISBN 9780851529189. OCLC 3207310.
  11. ^ Samaha, Joel (15 April 1991). The New Complete Irish Wolfhound [Anjing Pemburu Serigala Ireland Lengkap Baharu] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 2. ISBN 9780876051719. OCLC 21227647.
  12. ^ Duffy, Seán, penyunting (9 November 2004). Medieval Ireland: An Encyclopedia [Ireland Zaman Pertengahan: Ensiklopedia] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Routledge. m/s. 698. ISBN 9780415940528. OCLC 55220108.
  13. ^ Arrianos (1831). Arrian on Coursing [Arrianos tentang Coursing] (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Dansey, William. London, United Kingdom: J. Bohn. m/s. 297. OCLC 7436240. OL 17958481M.
  14. ^ "Wolfhound" [Anjing pemburu serigala]. www.focloir.ie (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  15. ^ a b c McBryde, Mary (1998). The Irish Wolfhound: Symbol of Celtic Splendor [Anjing Pemburu Serigala Ireland: Lambang Kemegahan Celt] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 19. ISBN 9780876051696. OCLC 38557269.
  16. ^ dalam Ó Dónaill, Niall (1977). Foclóir Gaeilge-Béarla. Dublin, Ireland: Richview Browne & Nolan Ltd. ISBN 1-85791-038-9.
  17. ^ faol dalam Ó Dónaill, Niall (1977). Foclóir Gaeilge-Béarla (dalam bahasa Inggeris). Dublin, Ireland: Richview Browne & Nolan Ltd. ISBN 1-85791-038-9.
  18. ^ McCormick, Finbar (Musim Sejuk 1991). "The Dog in Prehistoric and Early Christian Ireland" [Anjing di Ireland Zaman Prasejarah dan Zaman Kristian Awal]. Archaeology Ireland (dalam bahasa Inggeris). Wordwell. 5 (4): 7–9. ISSN 2565-6066. JSTOR 20558375.
  19. ^ a b Howell, Elsworth S.; Dangerfield, Stanley, penyunting (1971). The International Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Antarabangsa tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). McGraw-Hill Book Company. m/s. 254–255. ISBN 9780701529697.
  20. ^ McBryde, Mary (1998). The Irish Wolfhound: Symbol of Celtic Splendor [Anjing Pemburu Serigala Ireland: Lambang Kemegahan Celt] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 24–25. ISBN 9780876051696. OCLC 38557269.
  21. ^ a b c McBryde, Mary (1998). The Irish Wolfhound: Symbol of Celtic Splendor [Anjing Pemburu Serigala Ireland: Lambang Kemegahan Celt] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 27–31. ISBN 9780876051696. OCLC 38557269.
  22. ^ a b Larson, Greger John; Karlsson, Elinor Kathryn; Perri, Angela R.; Webster, Matthew Thomas; Ho, Simon Y. W.; Peters, Joris; Stahl, Peter W.; Piper, Philip John; Lingaas, Frode; Fredholm, Merete; Comstock, Kenine E.; Modiano, Jaime F.; Schelling, Claude; Agoulnik, Alexander I.; Leegwater, Peter A. J.; Dobney, Keith M.; Vigne, Jean-Denis; Vilà Arbonès, Carles; Andersson, Leif Bertil; Lindblad-Toh, Kerstin (21 Mei 2012). Burger, Joachim (penyunting). "Rethinking dog domestication by integrating genetics, archeology, and biogeography" [Memikirkan pembelajinakan anjing semula dengan menyepadukan genetik, arkeologi, dan biogeografi]. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America (dalam bahasa Inggeris). Akademi Sains Kebangsaan Amerika Syarikat. 109 (23): 8878–8883. Bibcode:2012PNAS..109.8878L. doi:10.1073/pnas.1203005109. hdl:1828/8411. ISSN 1091-6490. JSTOR 41603020. PMC 3384140. PMID 22615366. S2CID 7845853.
  23. ^ Hickey, Kieran R. (2000). "A geographical perspective on the decline and extermination of the Irish wolf canis lupus—an initial assessment" [Perspektif geografi tentang penurunan dan pembasmian serigala Ireland Canis lupus—taksiran awal]. Irish Geography (dalam bahasa Inggeris). Routledge. 33 (2): 185–198. doi:10.1080/00750770009478590. ISSN 1939-4055. S2CID 67763220.
  24. ^ Graham, George Augustus (1885). The Irish Wolfhound [Anjing Pemburu Serigala Ireland] (dalam bahasa Inggeris). Dursley, United Kingdom: Whitmore & Son. m/s. 1. OCLC 1442429087.
  25. ^ Pelbagai (6 September 2016). The Irish Wolfhound: A Complete Anthology of the Dog [Anjing Pemburu Serigala Ireland: Antologi Lengkap tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Read Books. ISBN 9781473352704. OCLC 959609626.
  26. ^ a b Horter, Ria (Mac 2014). "Masterminds: Capt. George Augustus Graham and the Irish Wolfhound" (PDF). Masterminds (dalam bahasa Inggeris).
  27. ^ Graham, George Augustus (Julai 2009). The Irish Wolfhound [Anjing Pemburu Serigala Ireland] (dalam bahasa Inggeris). Case Press. ISBN 9781444647006.
  28. ^ "Graham to the rescue" [Graham datang menyelamat]. www.irishwolfhounds.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  29. ^ Pisano, Beverly (1996). Irish Wolfhounds [Anjing Pemburu Serigala Ireland] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 12. ISBN 9780793823727. OCLC 36637552.
  30. ^ Graham, George Augustus (1885). The Irish Wolfhound [Anjing Pemburu Serigala Ireland] (dalam bahasa Inggeris). Dursley, United Kingdom: Whitmore & Son. m/s. 23. OCLC 1442429087.
  31. ^ Hamilton, Ferelith; Jones, Arthur Frederick (1971). The World Encyclopedia of Dogs [Ensiklopedia Dunia tentang Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Galahad Books. m/s. 672. ISBN 9780883653029. OCLC 1693894.
  32. ^ Samaha, Joel (15 April 1991). The New Complete Irish Wolfhound [Anjing Pemburu Serigala Ireland Lengkap Baharu] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 8–19. ISBN 9780876051719. OCLC 21227647.
  33. ^ Jordan, Cath (29 Januari 2023). "What is the national animal of Ireland?" [Apakah haiwan kebangsaan Ireland?]. Travel Around Ireland (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  34. ^ Parker, Heidi G.; Dreger, Dayna L.; Rimbault, Maud; Davis, Brian W.; Mullen, Alexandra B.; Carpintero-Ramirez, Gretchen; Ostrander, Elaine Ann (25 April 2017). "Genomic Analyses Reveal the Influence of Geographic Origin, Migration, and Hybridization on Modern Dog Breed Development" [Analisis-analisis Genomik Mendedahkan Pengaruh Asal Usul Geografi, Migrasi, dan Penghibridan terhadap Perkembangan Baka Anjing Moden]. Cell Reports (dalam bahasa Inggeris). Cell Press. 19 (4): 697–708. doi:10.1016/j.celrep.2017.03.079. ISSN 2211-1247. PMC 5492993. PMID 28445722. S2CID 4572878. Rujukan Gambar Rajah 4 dan Jadual Tambahan S2: "Mean Haplotype Sharing Totals that Reach the 95% Significance Level between All Pairs of Breeds"
  35. ^ McBryde, Mary (1998). The Irish Wolfhound: Symbol of Celtic Splendor [Anjing Pemburu Serigala Ireland: Lambang Kemegahan Celt] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 107–132. ISBN 9780876051696. OCLC 38557269.
  36. ^ Samaha, Joel (3 Mei 2019). "Judging Irish Wolfhounds - A Guide" [Menghakimi Anjing Pemburu Serigala - Panduan]. Irish Wolfhound Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Mac 2024.
  37. ^ McBryde, Mary (1998). The Irish Wolfhound: Symbol of Celtic Splendor [Anjing Pemburu Serigala Ireland: Lambang Kemegahan Celt] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 15. ISBN 9780876051696. OCLC 38557269.
  38. ^ a b McBryde, Mary (1998). The Irish Wolfhound: Symbol of Celtic Splendor [Anjing Pemburu Serigala Ireland: Lambang Kemegahan Celt] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 14. ISBN 9780876051696. OCLC 38557269.
  39. ^ McBryde, Mary (1998). The Irish Wolfhound: Symbol of Celtic Splendor [Anjing Pemburu Serigala Ireland: Lambang Kemegahan Celt] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 97, 160–162. ISBN 9780876051696. OCLC 38557269.
  40. ^ Gover, Linda (23 Disember 1999). The Irish Wolfhound: World of Dogs [Anjing Pemburu Serigala Ireland: Dunia Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Waterlooville, Havant, Hampshire, United Kingdom: Kingdom Books. ISBN 9781852790776. OCLC 60191664.
  41. ^ a b c Urfer von Burgistein, Silvan Roland; Gaillard, Claude; Steiger, Andreas (2007). "Lifespan and disease predispositions in the Irish Wolfhound: A review" [Jangka hayat dan predisposisi penyakit pada anjing pemburu serigala Ireland: Semakan]. Veterinary Quarterly (dalam bahasa Inggeris). Taylor & Francis. 29 (3): 102–111. doi:10.1080/01652176.2007.9695233. ISSN 1875-5941. PMID 17970287. S2CID 38774771.
  42. ^ McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1): 531. Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan).
  43. ^ Egenvall, Agneta; Bonnett, Brenda N.; Hedhammar, Åke; Olson, Pekka (30 September 2005). "Mortality in over 350,000 Insured Swedish Dogs from 1995–2000: II. Breed-Specific Age and Survival Patterns and Relative Risk for Causes of Death" [Mortaliti pada lebih daripada 350,000 ekor Anjing Insured Sweden dari 1995–2000: II. Pola Usia dan Kemandirian Spesifik Baka dan Risiko Relatif untuk Punca Kematian]. Acta Veterinaria Scandinavica (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 46 (3): 121–136. doi:10.1186/1751-0147-46-121. ISSN 1751-0147. PMC 1624818. PMID 16261925. S2CID 15198478.

Bacaan lanjut

  • de Quoy, Alfred W. (1993). Irish Wolfhound Saga: A Trilogy [Saga Anjing Pemburu Serigala Ireland: Sebuah Triologi] (dalam bahasa Inggeris). 1 (ed. terhad). Alfred de Quoy. ISBN 9780962201530. OCLC 29753344.
  • Gardner, Phyllis; Gardner, Delphis (1931). The Irish Wolfhound: A Short Historical Sketch [Anjing Pemburu Serigala Ireland: Lakaran Sejarah Pendek] (dalam bahasa Inggeris). Dundalk, Ireland: Dundalgan Press. OCLC 4918530.
  • Landau, Elaine (2011). Irish Wolfhounds Are the Best! [Anjing Pemburu Serigala Ireland Adalah yang Terbaik!] (dalam bahasa Inggeris). Minneapolis, Minnesota, Amerika Syarikat: Lerner Publications. ISBN 9780761360810. OCLC 586123095.
  • McBryde, Mary (1998). The Irish Wolfhound: Symbol of Celtic Splendor [Anjing Pemburu Serigala Ireland: Lambang Kemegahan Celt] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876051696. OCLC 38557269.
  • Samaha, Joel (15 April 1991). The New Complete Irish Wolfhound [Anjing Pemburu Serigala Ireland Lengkap Baharu] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9780876051719. OCLC 21227647.

Pautan luar