Cai masala (Jawi: چاي مساﻻcode: ms is deprecated , har. teh rempah-ratus) ialah minuman popular di seluruh Asia Selatan, yang berasal dari benua kecil India moden dahulu. Cai dibuat dengan membancuh teh hitam (biasanya teh hancur-koyak-gulung) dalam susu dan air kemudian dimaniskan dengan gula. Menambah herba dan rempah yang wangi menghasilkan teh cai, tetapi cai yang biasa dibancuhkan tanpa rempah.[2][3]
Perkataan cai berasal daripada perkataan Cina untuk teh, ca melalui bahasa Hindicai (चाय). Teh berempah ini biasa dipanggil teh cai ataupun cai sahaja.[4] Dengan asal usul dari India,[1][5] minuman tersebut telah menjadi popular di seluruh dunia, menjadi hidangan khas di banyak kedai kopi dan teh, dengan kebanyakannya menggunakan nama latte cai atau latte teh cai untuk versi mereka yang dibuat dengan susu stim, sama seperti membuat latte kopi tetapi dicampur dengan pekatan teh berempah daripada espresso.
Teh diperkenalkan di India oleh orang British sebagai minuman popular. Pokok teh telah tumbuh meliar di Assam sejak zaman dahulu tetapi dalam sejarah, orang India menggunakan teh sebagai ubat herba dan bukan minuman suka-suka.[6]
Pada tahun 1830-an, Syarikat Hindia Timur Inggeris mula bimbang dengan monopoli teh China, yang merupakan sebahagian besar perdagangannya dan pengeksport utama teh Great Britain, sekitar 1 paun (0.45 kg) setiap orang setahun. Penjajah British baru-baru itu dapat tahu tentang pokok teh Assam dan mula mengusahakan ladang teh di sana. Pada tahun 1870, lebih daripada 90% teh di Great Britain masih berasal dari China tetapi menjelang 1900, ia menurun kepada 10%, sebahagian besarnya digantikan dengan teh yang ditanam di India (50%) dan Sailan (33%).[7]
Walau bagaimanapun, teh hitam di India masih kurang digunakan sehinggalah kempen promosi oleh Persatuan Teh India pada awal abad ke-20, yang menggalakkan kilang, lombong dan kilang tekstil memperuntukkan waktu minum teh untuk para pekerja. Persatuan tersebut juga menaja banyak caiwala, penjaja teh, di seluruh sistem kereta api mereka yang giat dibina.[8]
Teh pada asalnya dihidangkan dalam cara India, dengan sedikit susu dan gula ditambah. Persatuan Teh India pada mulanya tidak suka penjaja menambah rempah dan terlalu banyak susu dan gula, kerana ini bermakna orang menggunakan (dan membeli) lebih sedikit daun teh. Walau bagaimanapun, cai kemudiannya menjadi sangat popular.[9]
Bahan-bahan
Teh
Teh hitam biasanya digunakan dalam kebanyakan resipi cai. Teh hitam jenis Assam adalah yang paling lazim; walau bagaimanapun, campuran teh-teh yang berbeza boleh digunakan.[10] Assam, Darjeeling, dan Nilgiri adalah tiga jenis teh yang paling biasa digunakan dalam cai di India.[11]
Rempah-ratus
Cai masala tradisional ialah minuman berempah yang dibancuh dengan campuran rempah-ratus yang menghangatkan badan. Campuran rempah ini, dipanggil karha, menggunakan halia kisar dan buah pelaga hijau. Rempah-rempah lain juga ditambahkan dengan karha ini, seperti sedikit kayu manis, bunga lawang, jintan hitam, ;ada hitam, buah pala, cengkih, biji pelaga, halia, madu, vanila dan rempah-rempah lain.[12][13]
Cai masala di India barat selalunya tidak dibubuh cengkih dan lada hitam. Sedikit kecil garam sering ditambahkan dalam cai di perbandaran Bhopal.[14]Cai versi Kashmir dibancuh dengan teh hijau bukan teh hitam dan kurang berempah, serta mengandungi secubit garam. Versi ini agak berjelira dan berwarna merah jambu kerana soda penaik.[15]
Susu
Asalnya di India, susu kerbau digunakan untuk membuat cai.[16][17] Walaupun susu krim penuh biasanya digunakan dalam cai masala, alternatif seperti air soya atau susu skim juga digunakan di seluruh dunia. [18]
Gula putih, perang, demerara atau madu boleh digunakan sebagai pemanis dalam cai. Jageri juga boleh digunakan sebagai pemanis.[19]
Pembancuhan
Cara tradisional yang paling mudah untuk membancuh cai masala ialah merebus, dengan mereneh atau mendidihkan susu dan air dengan teh daun, pemanis dan rempah ratus. Pasar-pasar India di seluruh dunia menjual pelbagai jenama masala cai, (Hindi: चाय मसाला, rumi: chāi masālā, lit. 'rempah teh'code: hi is deprecated ) untuknya, tetapi banyak keluarga atau penjaja teh, yang di India dipanggi caiwala,[20] membuat campuran sendiri. Keladak teh dan rempah ditapis daripada cai sebelum dihidangkan.
Di Maharashtra, orang sering membuat cai dengan mencampurkan setengah cawan air dan setengah cawan susu dalam periuk. Gula boleh dibubuh semasa atau selepas mendidihnya. Halia kemudiannya diparut, diikuti dengan menambahkan rempah cai. Walaupun bahan-bahannya mungkin berbeza-beza dari tempat ke tempat, rempah cai biasanya mengandungi halia tumbuk, buah pelaga tumbuk, serai, bunga cengkih dan kayu manis.[21] Campuran tersebut didihkan dan 1 sudu daun teh hitam[22] dimasukkan. Cai tersebut terus dialihkan dari api, ditudung dan dibiarkan selama kira-kira 10 minit supaya teh hitam itu seduh menjadi cai. Cai itu kemudian ditapis dan dihidangkan.
Peminuman teh di subbenua India
Penjaja-penjaja kecil (dipanggil caiwala dalam bahasa Hindi/ca-ola dalam bahasa Benggali) boleh ditemui di tepi setiap lebuh raya, jalan dan lorong – selalunya satu-satunya peniaga yang akan buka sepanjang malam. Mereka biasanya juga menjual bahan tembakau dan makanan ringan. Ramai penjaja ini akan menghantarkan teh ke tempat-tempat orang bekerja dengan caidani, bingkai kayu atau logam untuk membawa cawan-cawan.[23]
Di bandar raya Mumbai, gerai-gerai teh tepi jalan menjual teh yang lebih kecil dan lebih murah yang dipanggil 'cai potong', 'potong' merujuk kepada kuantiti secawan dipotong setengah untuk mengurangkan kos secawan teh.[24]
Di Pakistan, cai masala biasanya dibancuh dengan susu dan dimaniskan dengan rempah seperti pala, kayu manis dan/atau cengkih. [25]
Cai juga boleh dihidangkan dalam kulhar, sejenis cawan tembikar tradisional sekali guna.[26]
Peminuman di luar subbenua India
Cai masala popular di Afrika Timur dan Karibia.[27][28] Ia juga agak popular di GCC; tetapi orang tempatan memanggilnya Teh Karak atau Cai Karak (Arab: شاي كركcode: ar is deprecated , Urdu: کڑک چائے).[29]
Di Barat
Di Barat, susu kering atau tepung boleh digunakan untuk menyerupai susu kerbau, dengan gula mentah atau turbinado yang biasa digunakan di India. Di samping itu, susu telah kurang diminum oleh semua peringkat umur di Barat sejak 50 tahun yang lalu, jadi pengganti seperti susu oat dan susu badam telah muncul sebagai alternatif untuk susu kerbau juga.[30]
Sebagai alternatif kepada sejenis teh panas, beberapa jenis minuman "cai" sejuk telah menjadi popular di Amerika Syarikat. Antaranya terdapat yang mudah dibuat seperti teh ais berempah tanpa susu kepada teh ais lecah berempah dengan susu (atau krimer bukan tenusu) yang dicampur dalam pengisar dan dihiasi dengan krim putar.[31]
Cai dengan espresso ditambahkan dipanggil "cai kotor, 'dirty chai'" di Amerika, juga "java chai, 'cai kopi'", "red eye chai, 'cai mata merah'", "turbocharger, 'pengecas/penyegar turbo'", "chai charger, 'cai pengecas/penyegar'", "tough guy chai, 'cai jantan'", dan lain-lain.[32][33]
^Collingham, Lizzie. (2006). "Chai: The Great Tea Campaign". Dalam Curry: A Tale of Cooks & Conquerors, m/s 187-214. New York: Oxford University Press. ISBN0-19-517241-8.
^Di negara selain India, seperti Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, atau negara Eropah lain, susu lembu penuh lemak biasanya digunakan. Susu tepung akan lebih menyerupai susu kerbau. Umumnya, bahagian utama cai masala ialah masala seperti ruku-ruku, likuoris, aswaganda, daun salam dan rempah-rempah lain yang berguna.