Sevai (Hindi : सेवई) atau juga dikenali sebagai shavige (Kannada: ಶಾವಿಗೆ), saemia dan santhakai (Tamil: சந்தகை) ialah sejenis hidangan bihun yang popular di India.[1][2][3] Walaupun biasanya dibuat daripada beras, varieti yang diperbuat daripada bijirin makanan lain seperti gandum, ragi dan lain-lain juga boleh didapati.
Sejarah
Menurut ahli sejarah makanan K. T. Achaya, rujukan dalam kesusasteraan Sangam menyebut sevai dan idiyappam sekitar abad ke-1 Masihi.[4] Lokopakara (1025 CE) sebuah buku masakan di Kannada juga menyebut kaedah membuat sevai dan penekan acuan yang digunakan untuknya.
Rujukan