Keladi sebaring ialah sejenis pokok herba besar berbatang tebal dan tegak yang mencapai 1 meter (3 ka) tinggi ketika amat tua. Ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:
Daun: berbentuk jejantung (cordate) dan sangat lebar.
Tangkai daun: panjang dan berwarna hijau atau hijau gelap mendakap pada batang.
Jambak bunga: kecil, dengan bunga jantan terletak di atas dan bunga betina bawah. Sebahagian bunga-bunganya dilindungi oleh seludang.
Sejarah
Birah negeri pangkalnya ditanam di Filipina, namun diketahui melalui spesimen liar orang Austronesia awal di Taiwan. Dari Filipina, mereka tersebar keluar ke seluruh Nusantara dan ke arah Oceania di timur di mana mereka menjadi tanaman ruji penduduk pulau Pasifik.[5][6] Mereka adalah satu daripada spesies talas penting yang ditanam oleh orang Austronesia lagi-lagi untuk sumber kanji. Yang lainnya pula termasuklah sarek (Amorphophallus paeoniifolius), talas betul (Colocasia esculenta) dan keladi pari (Cyrtosperma merkusii) yang setiapnya ada kelainan tanaman. Batangnya turut termakan jika dimasak dengan betul, sungguhpun ia jarang dilakukan lantaran birah negeri mengandungi kandungan rafid lebih tinggi yang mendatangkan kegatalan.[7][8]
Walaupun batang keladi sebaring tidak boleh dimakan, batang ini pernah digunakan sebagai makanan di Malaysia dan Singapura semasa pendudukan Jepun.[perlu rujukan] Batang pokok itu harus dimasak untuk masa yang amat panjang untuk menghilangkan hablur-hablur kalsium oksalat yang beracun.
Jusnya yang pedar memberi kelegaan segera terhadap rasa pedih yang diakibatkan oleh pokok jelatang atau giant nettle (Laportea sp.). Di Jawa, akar-akar dan daun-daun yang dicincang digunakan selaku tuam untuk sakit sendi.[perlu rujukan]
^Wilkinson, Richard James (1932). "birah". A Malay-English dictionary (romanised). 1. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 144 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
^ abOsmond, Meredith (1998). "Horticultural practices"(PDF). Dalam Ross, Malcolm; Pawley, Andrew; Osmond, Meredith (penyunting). The lexicon of Proto Oceanic : The culture and environment of ancestral Oceanic society. 1: Material Culture. Pacific Linguistics. m/s. 115–142. doi:10.15144/PL-C152.115.