Tangkai daun

Daun pokok mawar anjing (Rosa canina) yang bertangkai dan berjentu dengan lima anak daun.

Dalam botani, tangkai daun mencantumkan sehelai daun pada batang dahan pokok.[1][2]:171 Tangkai daun boleh pendek ataupun panjang seperti tangkai daun saderi dan rubarb. Tangkai-tangkai ini mampu memusingkan daun-daun tumbuhan agar menghadap sinaran cahaya matahari, dedaun banyak spesies tumbuhan disusun tangkai-tangkainya dalam pelbagai bentuk.

Bahagian yang tumbuh dari setiap sisi tangkai daun pada sesetengah spesies disebut stipul. Daun yang tidak bertangkai adalah sesil atau "apetiolat".[2]:157 Contohnya, spesies-spesies keluarga Orobanchaceae[3]:639 dan ada spesies genus Veronica.[3]:584

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Beentje, H. (2010). The Kew plant glossary. London: Kew Publishing. m/s. 87. ISBN 9781842464229.
  2. ^ a b Mauseth, James D (2003). Botany: An Introduction to Plant Biology. Jones & Bartlett Learning. ISBN 0-7637-2134-4.
  3. ^ a b Stace, C. A. (2010). New Flora of the British Isles (ed. ke-3). Cambridge, England, U.K.: Cambridge University Press. ISBN 9780521707725.