Logo Wikipedia dalam bahasa Cebú yang berisi transkripsi "Wikipedia" (atas) ke dalam ortografi masing-masing dan slogan "Ensiklopedia Bebas" (bawah) yang diterjemahkan ke dalam bahasa tersebut.
Bahasa Cebú (bahasa Kastilia: idioma cebuano; bahasa Inggeris: Cebuan language), juga dikenali sebagai Sinugboanon, adalah Bahasa Austronesia yang dituturkan di pulau Cebú dalam kepulauan Filipina lebih kurang oleh 18,000,000 orang dan adalah subkumpulan atau ahli dari Binisaya ("bahasa Bisaya"; bahasa Kastilia: idioma bisayo; bahasa Inggeris: Visayan language). Bahasa Cebú diberikan ISO 639-2 tiga kod huruf iaitu ceb, tetapi tidak mempunyai dua kod huruf ISO 639-1.