Banchan (Hangul: 반찬code: ko is deprecated ; Hanja: 飯饌code: ko is deprecated ; juga dieja panch'an) merujuk kepada hidangan sampingan kecil atau lauk yang disaji bersama nasi dalam masakan Korea. Lazimnya di atas meja akan terdapat juadah lengkap yang dinamakan bansang (반상) yang selalunya mengandungi bap (밥, nasi), guk atau tang (sup), gochujang atau ganjang, jjigae, dan kimchi. Menurut bilangan banchan yang ditambah, susunan meja dipanggil 3 cheop (삼첩), 5 cheop (오첩), 7 cheop (칠첩), 9 cheop (구첩), 12 cheop (십이첩) bansang, dengan 12 cheop lazimnya untuk santapan diraja.[1]
Banchan diletakkan ditengah-tengah meja untuk dikongsi. Di tengah-tengah meja tersebut ialah sajian utama sekunder, galbi atau bulgogi, dengan seperiuk jjigae yang dikongsi. Mangkuk nasi dan guk (sup) diletakkan untuk setiap individu. Banchan dihidang dalam saiz yang kecil, yang bertujuan untuk dihabiskan setiap kali makan dan hanya ditambah jika tidak cukup. Lazimnya, semakin formal hidangan tersebut, semakin banyak banchan disajikan. Wilayah Jeolla terutamanya memang terkenal dengan menyedikan pelbagai banchan dalam suatu juadah lengkap.[2]
Kimci ialah sayur jeruk, lazimnya baechu (kubis cina), diperisakan dengan cili dan garam. Ini ialah banchan yang paling standard dalam hidangan makanan Korea. Sesetengah masyarakat Korea tidak akan menganggap sesuatu juadah itu lengkap tanpa kimci. Kimci boleh dibuat dengan sayur lain juga, termasuk daun bawang, gat (갓), dan lobak putih (무; mu).
Kimchi diperbuat daripada mu (lobak putih) dipotong dadu
Oi sobagi
오이 소박이
Kimchi timun sumbat, disumbat dengan cili, daun bawang dan buchu
Chonggak kimchi
총각김치
Keseluruhan mu dengan perisa cili. Ia diperbuat daripada dallangmu, bersaiz seperti sosej.
Yeolmu kimchi
열무김치
Kimchi muda, disediakan dengan atau tanpa jeotgal jeruk.
Pa kimchi
파김치
Kimchi daun bawang, pedas dan masin, diperisakan dengan myeolchijeot yang banyak, ikan bilis masin versi Korea.
Gat kimchi
갓김치
Kimchisesawi hitam dengan serbuk cili yang banyak dan rasa yang pahit. Pes myeolchijeot dan pulut yang kuat ditambah untuk mengurangkan rasa pedas dan pahit.[5]
Namul (나물) merujuk kepada sayur yang dikukus, diperap atau digoreng kilas, lazimnya diperisakan dengan minyak bijan, garam, cuka, bawang putih kisar, hirisan daun bawang, cili kering dan sos soya.
Saengseon jeon (생선전) — Sajian kecil ikan yang disadur telur dan digoreng.[23]
Donggeurang ttaeng (동그랑땡) — Patti yang diperbuat daripada tauhu, daging dan sayuran, disadur dengan telur dan digoreng.[24]
Lain-lain
Japchae (잡채) — Hidangan tunggal, japchae juga boleh dimakan sebagai banchan. Japchae ialah mi yang diiringi dengan pelbagai sayur dan daging dalam sos bawang putih yang agak manis.
Salad kentang gaya Korea (감자 샐러드) dengan epal dan lobak merah.