Kimchijeon atau kimchi jeon (juga dikenali sebagai Kimchi buchimgae [김치부침개]) (sebutan bahasa Korea:[kimtɕʰi dʑʌn]) ialah sejenis jeon, atau lempengKorea, yang dibuat daripada hirisan kimchi, tepung adunan dan kadang kala syur yang lain juga. Walau bagaimanapun, daging (lazimnya babi kisar) turut ditambah.[1] Kimchi, sayur jeruk yang diperisakan dengan cili dan jeotgal, ialah makanan ruji dalam masakan Korea. Makanan ini bagus jika kimchi matang digunakan. Kimchijeon sering dikenali dalam budaya Korea sebagai makanan tradisi yang berprofil rendah kerana mudah dibuat di rumah tanpa sebarang tambahan perbelanjaan.
Ketika menyediakan, jus dari kimchi sering ditambah, terutama sekali baechu kimchi, yang diperbuat dari kubis Napa. Jus itu memberikan warna merah kepada adunan tetapi tidak memberikan rasa pedas. Bersama-sama kimchi, ia turut dihidang sebagai anju dengan arak sebagai makgeolli atau dongdongju.