Berbeza dengan kebanyakan wilayah lain, ibu kota, Songkhla bukanlah bandar terbesar dalam wilayah itu. Bandar yang lebih baru Hat Yai, yang mempunyai populasi seramai 359,813 orang, dianggap lebih besar, dua kali lebih banyak daripada populasi Songkhla (163,072). Ini sering membawa salah tanggapan bahawa Hat Yai adalah ibu kota wilayah.
Di utara wilayah ini terletak Tasik Songkhla, tasik semula jadi terbesar di Thailand. Tasik ini berkeluasan 1,040 km². Dua taman negara terketak dalam wilayah ini. Taman Negara Sankalakhiri meliputi 214 km² tanah tinggi pergunungan di sempadan Thailand - Malaysia (Sankalakhiri ialah panggilan orang Thailand untuk Banjaran Titiwangsa); Khao Nam Khang, juga terletak di kawasan pergunungan.
Sejarah
Nama Songkhla sebenarnya adalah dari perkataan Singgora (Jawi: سيڠڬورا) yang bermaksud kota singa dalam Bahasa Melayu. Ini merujuk kepada sebuah gunung berbentuk singa berdekatan kota Songkhla.
Dahulunya,Songkhla atau Singgora,nama asal wilayah Melayu sebelum dikuasai oleh kerajaan Siam atau kini,Thailand salah satu wilayah yang pernah berada di bawah kekuasaan Kesultanan Kedah dan Kerajaan Patani.
Demografi
Majoriti penduduk Songkhla beragama Buddha, kebanyakannya orang Thai atau Cina Thai.[1] Kira-kira satu perempat daripada penduduk adalah Muslim.[2]
^Geoffrey Benjamin, Cynthia Chou. Tribal Communities in the Malay World. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 80. ISBN981-230-166-6.
^Kobkua Suwannathat-Pian. The Historical Development of Thai-Speaking Muslim Communities in Southern Thailand and Northern Malaysia. Civility and Savagery: Social Identity in Tai States. Routledge. m/s. 173. ISBN0-7007-1173-2.
Rujukan
Stargardt, Janice (2001), "Behind the shadows: Archaeological data on two-way sea trade between Quanzhou and Satingpra, south Thailand, 10th-14th century", dalam Schottenhammer, Angela (penyunting), The emporium of the world: maritime Quanzhou, 1000-1400, Volume 49 of Sinica Leidensia, Brill, m/s. 309–393, ISBN90-04-11773-3